Bismillah...
Pesakit endometriosis memang banyak pantangnya, pendek kata semua tak boleh
makan. Ini kerana, recurring rate bagi pesakit endometriosis sangat tinggi.
Selagi dalam badan ada hormon estrogen dan haid, makin endometriosis akan kekal
ada. Tapi, orang perempuan mana boleh takda estrogen dan haid.
Pesakit endometriosis ni lazimnya mengalami kesakitan yg amat amat sangat,
bukan sahaja ketika haid malah sebelum dan selepas haid. Jadi, kebiasaanya ubat
untuk pesakit endometriosis ni tujuannya adalah bagi mengurangkan rasa sakit
dengan cara menyekat penghasilan estrogen. Estrogen ialah hormon seksual
wanita, paham-paham jelah apa yg jadi kalau estrogen ni takda. Masalah sakit
hilang, masalah lain pula timbul.
Pantang Makan
Jadi, kebanyakan pesakit endometriosis akan mengamalkan diet pemakanan yg
ketat bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Memang tak hairan jika ramai
pesakit endometriosis memilih untuk menjadi vegan, kerana ia memang berkesan
utk kurangkan kesakitan. Antara makanan yg biasa dijauhi oleh pesakit
endometriosis:soya : kacang soya, air soya, edamame, tempe, tauhu
- yis : roti, makanan berasaskan
doh seperti pizza, donut
-
pengawet
: jeruk, asam
-
gluten
: tepung gandum dan segala yg diperbuat daripada tepung gandum termasuklah kuih
muih, roti, mee, kek dan lain2
-
produk
tenusu : keju, susu, aiskrim, kek
-
daging
: lembu, kambing
-
nasi
putih
-
gula
dan madu : kek, minuman, coklat, biskut dan apa-apa yg mengandungi gula
-
toksin
: produk kecantikan, produk mencuci rumah, sabun, shampoo
-
makanan
dalam tin : sardin, fruit cocktail, cendawan dlm tin
-
minyak
sayuran dan lemak tepu : makanan bergoreng, mentega
-
makanan
segera : Mcdonalds, KFC, Nandos
-
makanan
diproses : sosej, burger, french fries
-
perisa/perasa
makanan : monosodium glutamat (MSG), Ajinomoto, sos, kicap
Yg perlu/boleh dimakan
-
Makanan
yg kaya dengan Omega-3 seperti salmon, sardin segar, flaxseed oil, walnut
kerana Omega-3 bersifat anti-inflamasi
-
Makanan
yg bersifat anti-inflamasi lain spt kunyit, halia
-
Sayur-sayuran
terutamanya yg berdaun hijau yg ditanam secara organik
-
Buah-buahan
terutamanya berries yg boleh melegakan kekejangan
-
Minyak
zaitun, minyak kelapa, butter, ghee
-
Kekacang
-
Natural
yogurt
-
Kekacang
dan biji benih
-
Makanan
yg boleh detoks badan spt green tea, bawang putih atau pun detox jus
-
Garam
laut(sedikit) untuk tiroid yg sihat dan stabil
-
Telur
dan ayam kampung (sekali sekala)
Derita pesakit
endo
Baru-baru ini,
bertemu (di fb) kembali kawan lama semasa di universiti. Kami bertemu dalam
group endometriosis. Saya tahu dia dah lama berkahwin dan masih belum ada
cahaya mata tapi saya tak tahu dia ada masalah endometriosis, fibroid dan cyst.
Masya Allah, besar betul dugaan kawan saya ni. Katanya, bila period memang sangat2
sakit sampai boleh guling2 dan menangis. Setiap kali period, dia mmg akan ambil
MC sebab tak tahan sakit. Katanya, endo memang takda ubatnya tapi boleh
dikawal. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat utk supress/sekat hormon estrogen
bagi mengurangkan kesakitan. Bila kurang estrogen, masalah lain pula timbul.
Ada juga yg bercerai berai kerana endo. Kawan saya beruntung dapat suami yg
amat memahami
No comments :
Post a Comment