Jenis makanan yang mengandungi gluten

Bismillah...

Secara amnya, makanan yg mengandungi gluten adalah bijirin seperti gandum, rye dan barli. Dan GANDUM adalah yang paling biasa dijumpai dalam makanan di Malaysia berbanding rye dan barli.

Antara makanan yg mengandungi gluten (jika tidak dilabel sebagai gluten-free)
-          Roti
-          Kek
-          Pasta
-          Bir
-          Tepung gandum, durum dan graham
-          Semolina
-          French fries
-          Sos termasuk kicap
-          Makanan yg diproses
-          Kuih-muih yg menggunakan tepung gandum
-          Roti canai
-          Makanan yg telah diproses
-          Makanan ringan
-          Biskut
-          Bijirin sarapan pagi

-          Pizza


Diet sihat untuk Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) - GLUTEN FREE

Bismillah...

Saya sering terjumpa mengenai gluten-free diet bila saya mencari maklumat berkenaan dengan diet sihat bagi penghidap PCOS. Ramai penghidap PCOS tidak sedar yang mereka gluten inolerance iaitu sensitif terhadap pengambilan gluten.

Gluten ialah sejenis protein yg terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rye. Oleh itu, makanan yg diperbuat daripada tepung gandum seperti roti mengandungi gluten. Ia boleh mengakibatkan simptom PCOS bertambah buruk.

Apakah kesan gluten terhadap penghidap PCOS?
Antara simptom utama penghidap PCOS ialah berat badan berlebihan, sukar menurunkan berat badan dan kembung(bloated), yg berpunca daripada pengambilan gluten.

Bagaimana pengambilan gluten memburukkan lagi keadaan PCOS?

  1. Gluten menyebabkan inflamasi yg boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti gangguan(disorder), athritis, jantung, diabetes
  2. Menyebabkan tubuh stress lalu kelenjar adrenalin akan membebaskan lebih banyak hormon kortisol
  3. Menurunkan kadar hormon seksual
  4. Turut menjejaskan sistem penghadaman


Kesan pengambilan gluten
-          Sering berasa lesu
-          Sukar tidur
-          Sakit sendi dan otot
-          Senang sakit : demam, selesema
-          Pertambahan berat badan atau sukar menurunkan berat badan
-          Daya fokus dan ingatan yang lemah
-          Kadar gula dalam darah rendah
-          Alergi, asthma, hypothyroidism

Apakah cara untuk merawat gluten intolerance ini? Senang je...ELAKKAN GLUTEN atau GLUTEN FREE. Ramai penghidap PCOS berjaya mengawal simptom PCOS dengan mengamalkan diet bebas gluten. Antaranya, Amy Medling dari www.pcosdiva.com

Cara-Cara mengatasi Insulin Resistance Dengan Shaklee

Bismillah...

Anda mengalami:
Kenaikan berat badan mendadak?
Sukar menurunkan berat badan?
Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin Resistance (Kerintangan Insulin)

Insulin Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas) hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam darah dengan baik.

Insulin Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar kolesterol tidak normal
- penyakit jantung
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti

Simptom-simptom Insulin Resistance
-          Saiz pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-          Kenaikan kadar trigliserid
-          Kadar kolesterol baik (HDL) yg rendah
-          Tekanan darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension
-          Kadar glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk kencing manis


Insulin resistance boleh di atasi melalui pemakanan yg betul dan senaman.
Pemakanan
- Tingkatkan pengambilan antioksidan spt beri, brokoli
- Tingkatkan pengambilan Omega-3 dan protein seperti ikan salmon, heriing, sardin dari laut dalam
- Tingkatkan pengambilan makanan berasaskan soya
- Kurangkan pengambilan karbohidrat dan daging
- Tingkatkan pengambilan fiber daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
- Mengamalkan detoks
- Menggantikan pemanis mulut dengan dark chocolate (70%)

Senaman
- berjalan 30 minit setiap hari
- interval training
- aerobik
- strength training

Shaklee dapat membantu dari sebagai makanan tambahan bagi memenuhi keperluan zat dan nutrien:
1. Vita C Sustained Release - kaya dgn antioksida
2. Omega Guard - kaya dgn Omega-3
3. ESP - minum berasaskan soya yg tinggi protein
4. Alfalfa - agen detoks yg kaya dgn fiber

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi bagi mengatasi Insulin Resistance.
PM : https://www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
SMS/Whatsapp: 0194587610






Testimoni GLA - Pengalaman sendiri

Bismillah...

Tahun lepas, kitaran haid saya dah mula “gila”. Bulan ni ada, bulan depan tak ada. Kitaran haid menjadi semakin panjang dan kuantiti haid yg keluar sangat sedikit. Berlanjutan selama hampir setengah tahun sampailah saya tak tahan dah, saya mula mengamalkan Shaklee GLA.
Dua bulan pertama sebaik saya makan GLA, haid saya tip-top, on-time dan cukup 7 hari. Tapi masuk bulan ketiga, haid saya “gila” semula. Bulan itu saja, haid/istihadah datang 2 kali. Pusingan pertama lewat 3 hari dan haid keluar selama 7 hari, kering 5 hari. Pusingan kedua bermula, keluar mcm lendir dan darah pekat yg bukan mengalir sepanjang hari. Beterusan selama hampir 10 hari (saya rasa ini darah istihadah).
Walaupun begitu, saya tetap teruskan makan GLA sebab saya percaya ini adalah sebahagian daripada healing crisis.

Selepas kering 10 hari, haid datang semula. Kali ini, semuanya kelihatan normal dari segi kuantiti dan konsistensi. Dan berhenti sebaik cukup 7 hari. Berdebar menunggu kitaran seterusnya sambil berdoa semoga kitaran saya kembali normal. Alhamdulillah, cukup 28 hari barulah kitaran haid seterusnya bermula. Dan kekal begitu sehingga kini walaupun saya tidak lagi mengambil GLA (sebab dah ambil Vivix).
Rupa-rupanya, ramai juga yg mengalami nasib yg sama seperti saya sewaktu mula mengambil GLA. Ada juga yang berhenti dari mengambil GLA kerana tak tahan dengan healing crisis yg menyebabkan haid yg kucar kacir.

Nasihat saya, jangan berhenti separuh jalan. Badan kita mengambil masa untuk pulih kembali. Jika haid sudah tidak teratur sejak 2 tahun yg lalu, takkan boleh diperbetulkan dalam masa yg singkat, kan? Nasib saya agak baik, sebulan sahaja kitaran haid kembali normal. Ada antara rakan-rakan saya yg ada masalah kesuburan, mengambil masa 7-8 bulan untuk haid kembali normal dan akhirnya berjaya hamil. Apabila kitaran haid tetap, peratusan untuk ovulasi berlaku sangat tinggi.




Shaklee GLA untuk Kesuburan

Bismillah....

Gamma linoleic acid ialah asid lemak Omega-6 yg biasanya boleh didapati daripada minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti minyak biji bunga borage, minyak evening primrose dan minyak black currant.
Omega-6 ialah asid lemak yg penting untuk kesihatan tubuh tetapi tubuh kita tak boleh menghasilkannya. Jadi, kita mendapatkan bekalan Omega-6 daripada makanan. Omega-6 juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty  acid mempunyai banyak kebaikan.

Kebaikan GLA
-          melegakan sakit pada saraf akibat diabetes
-          mengurangkan simptom reumatoid atritis (sakit, bengkak dan tegang)
-          meredakan alergi/alahan
-          megurangkan kesakitan pada payudara (mastalgia)
-          mengurangkan/melambatkan osteoperosis
-          melegakan PMS
-          menyebabkan sel lemak membebaskan lemak berlebihan
-          menghasilkan cecair KESUBURAN
-          menstabilkan metabolisma
-          menyelia SISTEM PERANAKAN
-          baik untuk fungsi dan perkembangan otak
-          merangsang pertumbuhan kulit dan rambut


Peranan GLA untuk kesuburan
=======================
GLA boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan kerana  ia membantu utk mendapatkan kadar dan konsistensi cecair servik yang betul. Ini memudahkan perjalanan sperma sepanjang melalui saluran peranakan dan ke uterus. Cecair servik ialah sejenis pelincir yg memudahkan untuk sperma menempuhi perjalanan melalui tiub fallopio dari vagina ke uterus. Kadar dan konsistensi cecair servik yg betul juga membolehkan sperma untuk hidup lebih lama.

Ciri-ciri cecair servik yg subur :
-          cair
-          berair
-          jernih
-          boleh diregangkan

Tahukah anda cecair servik yang pekat, berwarna coklat atau kering boleh menghalang persenyewaan daripada berlaku?
Perhatikan ciri-ciri cecair servik anda ketika waktu ovulasi.


Kesan buruk kafein ke atas kesuburan

Bismillah...


Hasil kajian menunjukkan kafein mendatangkan kesan buruk ke atas kesuburan dengan mengurangkan kontraksi otot tiub fallopio. Apabila tiada  kontraksi, maka telur tidak akan dapat bergerak dari ovari menuju ke uterus untuk disenyawakan. Kemungkinan untuk kehamilan luar rahim juga boleh berlaku jika embrio tersekat dan membesar di tiub fallopio. Kajian yg lain juga menunjukkan peluang untuk hamil menurun sebanyak 27% apabila mengambil 3 cawan kopi sehari. Pengambilan lebih dari 500mg kafein sehari adalah tidak baik untuk kesuburan.

Antara senarai makanan/minuman yg mengandungi kafein:
-          kopi (espresso, latte, frappucino, kek)
-          coklat (kek coklat, aiskrim)
-          minuman ringan (Coke, Pepsi, Mountain Dew, Diet Coke )
-          minum tenaga (100 Plus, Revive, RedBull)
-          teh


Bagi penggemar kopi atau Coffee Addict, kebiasaannya akan mengalami “withdrawal symptom” apabila mencuba untk berhenti minum kopi. Kebanyakan pakar mencadangkan supaya mengurangkan pengambilan kopi sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Kadar pengambilan kopi/kafein yg dicadangkan ialah 100mg sehari.


Sepuluh tahun yg lalu, saya bukan penggemar kopi. Tapi dua tahun yg lepas, saya jadi penggemar kopi sampai sehari boleh minum dua mug café latte. Saya salah tekanan/stress di tempat kerja yg mengakibatkan saya jadi penggemar kopi. Bukannya boleh hilangkan stress pun tapi mesti nak minum setiap hari. Tiga bulan lalu saya mula melawan addiction saya terhadap kopi. Bila saya rasa nak minum kopi, saya akan minum green tea atau makan dark chocolate. Masih mengandungi kafein tapi sangat rendah berbanding dgn kopi. Sekarang, saya mampu bertahan dengan satu mug cafe latte seminggu. Target selepas ini, satu mug cafe latte dua minggu J

Fakta Menarik Tentang Kafein

Bismillah...

  • Kopi yg disediakan di restoran spt espresso yg dibrew boleh mencapai sehingga 500mg KAFEIN secawan
  • Kandungan kafein bagi bahan yg sama adalah berbeza mengikut cara penyediaan.
    • Cth kandungan kafein dalam kopi o “kaw”  lebih tinggi daripada kopi 3 in 1.
  • Teh/teh hijau mengandungi kurang dari 50mg kafein secawan
  • Gantikan secawan kopi dengan decaffeinated coffee (kopi tanpa kafein) yg mengandungi hanya 2mg kafein secawan
  • Minuman ringan seperti 7up dan Sprite tidak mengandungi kafein
  • Kafein di dalam Diet Coke/Pepsi adalah lebih tinggi daripada Coke/Pepsi biasa

CADANGAN SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK LELAKI

Bismillah...

Asyik cerita pasal kaum wanita je, jangan ingat kaum lelaki tak perlukan supplemen. Peranan sperma sama pentingnya dengan peranan ovulasi.


Zinc Complex
---------------
Zinc paling banyak dijumpai dalam sperma. Jumlah yg mencukupi diperlukan bagi membina lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, memang jelas zinc sangat diperlukan bagi menghasilkan sperma yg sihat.

Zinc juga memainkan peranan yg penting dalam pembahagian sel. Jika anda faham bagaimana fetus terbentuk daripada telur dan sperma, anda akan tahu betapa pentingnya pembahagian sel. Kerana itu, zinc yg mencukupi amat penting ketika persenyawaan.

Vita E Complex dengan Selenium
--------------------------------------
Vitamin E penting untuk kesuburan dan sistem reproduksi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita. Ia juga dapat meningkatkan mobiliti sperma(sperm motility)

Selenium ialah sejenis antioksida yg kuat dan dapat mencegah perpecahan kromosom dan kerosakan DNA iaitu punca keguguran dan kecacatan pada kelahiran. Selenium juga amat penting untuk pembentukan sperma yg sihat.

Co-Enzyme Q10
-------------------
Amat penting utk proses penghasilan tenaga dan metabolik karbohidrat yg normal. Wanita yg memiliki kadar CoQ10 yg rendah, berisiko untuk mengalami keguguran. CoQ10 juga ialah sejenis antioksida. Oleh itu, ia amat baik untuk melindungi sperma daripada kerosakan. Sperma yg rosak atau tidak normal boleh membawa kepada keguguran.

CoQ10 banyak didapati pada bahagian antara kepala dan ekor sperma, yg memberi tenaga untuk sperma bergerak dan lain proses. Oleh itu, CoQ10 memainkan peranan penting dalam motility sperma.

Hubungi saya untuk mengetahui set mana yg sesuai utk anda atau suami anda.
PM : https://www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
SMS/Whatsapp: 0194587610






10 TIPS KESUBURAN UNTUK LELAKI



Bismillah...

Kongsi-kongsikan dengan LELAKI anda.


Insulin Resistance dan PCOS

Bismillah..

Akak SA dah lama ngidam nak cerita pasal IR ni. Ilmu masih cetek...kalau ada yg nak tambah/perbetulkan, silakan.

Anda mengalami:
Kenaikan berat badan mendadak?
Sukar menurunkan berat badan?
Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin Resistance (Kerintangan Insulin)

Insulin Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas) hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam darah dengan baik.

Insulin Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar kolesterol tidak normal
- penyakit jantung
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti

Simptom-simptom Insulin Resistance
-          Saiz pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-          Kenaikan kadar trigliserid
-          Kadar kolesterol baik (HDL) yg rendah
-          Tekanan darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension
-          Kadar glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk kencing manis

Peranan Shaklee GLA untuk kesuburan

Bismillah..

*GLA = Gamma Linoleic Acid

Gamma linoleic acid ialah asid lemak Omega-6 yg biasanya boleh didapati daripada minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti minyak biji bunga borage, minyak evening primrose dan minyak black currant.
Omega-6 ialah asid lemak yg penting untuk kesihatan tubuh tetapi tubuh kita tak boleh menghasilkannya. Jadi, kita mendapatkan bekalan Omega-6 daripada makanan. Omega-6 juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty  acid mempunyai banyak kebaikan.

Kebaikan GLA
===========
-          melegakan sakit pada saraf akibat diabetes
-          mengurangkan simptom reumatoid atritis (sakit, bengkak dan tegang)
-          meredakan alergi/alahan
-          megurangkan kesakitan pada payudara (mastalgia)
-          mengurangkan/melambatkan osteoperosis
-          melegakan PMS
-          menyebabkan sel lemak membebaskan lemak berlebihan
-          menghasilkan cecair KESUBURAN
-          menstabilkan metabolisma
-          menyelia SISTEM PERANAKAN
-          baik untuk fungsi dan perkembangan otak
-          merangsang pertumbuhan kulit dan rambut


Peranan GLA untuk kesuburan
=======================
GLA boleh membantu untuk meningkatkan kesuburan kerana  ia membantu utk mendapatkan kadar dan konsistensi mukus servik yang betul. Ini memudahkan perjalanan sperma sepanjang melalui saluran peranakan dan ke uterus. mukus servik ialah sejenis pelincir yg memudahkan untuk sperma menempuhi perjalanan melalui tiub fallopio dari vagina ke uterus. Kadar dan konsistensi mukus servik yg betul juga membolehkan sperma untuk hidup lebih lama.

Ciri-ciri mukus servik yg subur :
-          cair
-          berair
-          jernih
-          boleh diregangkan


Tahukah anda mukus servik yang pekat, berwarna coklat atau kering boleh menghalang persenyawaan daripada berlaku?