TESTIMONI - Berjaya Hamil Dengan Set Subur Shaklee

Bismillah...

Testimoni kali ni istimewa sikit sebab orangnya ialah "anak" Shaklee saya - Fadzillah Mohamad atau lebih mesra dipanggil Ila. Ila telah mengamalkan set kesuburan Shaklee selama 6 bulan kerana beliau mengalami masalah kitaran haid tidak tetap dan cyst yg berpunca dari PCOS. Alhamdulillah, dengan izin Allah, berkat kesabaran dan dispilin yg tinggi,  Ila sekarang ini disahkan hamil 4 minggu. Antara set supplemen Shaklee yg Ila amalkan ialah Shaklee Gla, Alfalfa dan BComplex. Dan lebih kurang 2 bulan yg lalu, Ila mula amalkan Omega Guard juga. Setiap supplemen ini mempunyai fungsi yg berbeza.

  • GLA --> untuk menetapkan kitaran haid dengan membantu mengimbangkan hormon
  • Alfalfa --> untuk detox - keluarkan toksin dari tubuh, menyerap asid supaya tubuh lebih beralkali dan sesuai utk persenyawaan
  • BComplex --> membekalkan asid folik dan vitamin B yg penting utk kesuburan dan prakehamilan
  • Omega Guard --> membantu mengimbangkan dan menghasilkan hormon, membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan sensitiviti insulin

Beli SEKARANG ---->> SET KESUBURAN SHAKLEE PCOS
(Khas untuk yang bukan ahli Shaklee, belian terus melalui website SHAKLEE)

shaklee set kesuburan



testimoni set kesuburan shaklee

Ila ni memang seorang yg bersungguh-sungguh. Ila turut mengamalkan pemakanan sunnah seperti pati delima, kurma dan susu kambing. Bukan amalan pemakanan sahaja, Ila juga berdisiplin dalam menjalankan amalan rohani seperti solat dhuha, bangun solat dan baca surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Dukhan hampir setiap malam. Kagum saya dengan kesungguhan yg ditunjukkan oleh Ila. Insha Allah, usaha yg disertai tawakkal pasti mendapat keredhaan dari-Nya.

testimoni set kesuburan shaklee

Saya harap perkongsian ini dapat membantu Puan-puan yg sedang mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut:
sms/whatsapp: 0194587610
fb: facebook.com/vitaminkesuburan


Endometriosis - Simptom dan Rawatan

Bismillah...

Merupakan penyakit di mana endometrium seorang wanita itu didapati terletak atau tertanam di luar rahim. Endometrium ialah selaput yg meliputi rongga rahim dan merupakan sebahagian dari dinding rahim. Endometrium akan mengalami penebalan dan kemudiannya akan terhakis dan menipis. Penghakisan endometrium inilah yg akan keluar sbg darah haid. Pendarahan haid ini akan berlaku setiap bulan selagi berlakunya ovulasi dan tidak hamil.

Dalam kes penyakit endometriosis, endometrium ini didapati di tempat2 lain di luar rahim seperti pada permukaan ovari, dalam ovari, dinding luar rahim, permukaan dinding luar usus dan lain2. Sel2 endometrium di luar rahim ini akan menjalani proses yg sama dgn endometrium dalam rongga rahim ketika waktu kedatangan haid - berlakunya pendarahan.

Pendarahan inilah yg menjadi punca masalah kerana ia boleh mengakibatkan radang/inflamasi setempat yg menyebabkan organ melekat sesama sendiri. Organ yg paling kerap terlibat dgn penyakit endometriosis ialah ovari, tiub falopio, selaput peritoneum pada pelvis, bahagian belakang rahim dan ligamen uterosakral. Kerosakan pada organ2 ini adalah punca penghidap endometriosis mengalami kesukaran utk hamil.


Simptom-simptom Endometriosis- Tiada gejala (penyakit dikesan secara tidak sengaja)
- Sakit ketika datang haid (berlaku dikalangan 70% penghidap endometriosis)
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Sakit belakang (back pain)
- Sakit perut yg berterusan walaupun tidak kedatangan haid
- Air kencing mengandungi darah ketika kedatangan haid (sel endo merebak ke pundi kencing)
- Pendarahan rektum (salur najis) ketika datang haid (sel endo merebak ke rektum)
- Pendarahan haid yg tidak menentu (sel endo merebak ke ovari)

Endometriosis boleh mengakibatkan bermacam lagi komplikasi selain daripada kesukaran untuk hamil seperti:
- Kesakitan yg berpanjangan
- Gangguan kitaran haid
- Salur ureter tersumbat
- Kegagalan buah pinggang
- Salur usus tersumbat
- Kesukaran buang air besar (rasa sakit pada salur najis)
- Gangguan emosi
- Masalah seksual


Rawatan Penyakit Endometriosis
Endometriosis ini bergantung kepada hormon estrogen. Maka, selagi wanita itu kedatangan haid, selagi itulah penyakit endometriosis akan terus dialaminya. Malah 1/3 daripada penghidap endometriosis, penyakit mereka menjadi bertambah serius. 

Ketika hamil, endometriosis menjadi tidak aktif dan pulih utk sementara waktu. Ini kerana, semasa kehamilan kehadiran hormon progesteron sgt tinggi. Progesteron dapat bertindak sbg ubat semulajadi utk penyakit endometriosis. Wbp, spt yg diketahui, penghidap endometriosis mengalami kesukaran utk hamil.

Antara rawatan yg biasa diberikan kpd pesakit endometriosis ialah :
- ubat tahan sakit (paracetamol, mefenamic acid(
- ubat hormon progesteron
- rawatan pembedahan  laparoskopi
- open surgery bg mengeluarkan cyst 

Supplemen yg baik utk penghidap endometriosis
1.Vitamin E
- sejenis antioksidan yg dpt membantu menghalang pertumbuhan tisu abnormal spt sel endometriosis
2.Omega-3
- dapat mengurangkan inflamasi/radang  dan sengugut, seimbangkan hormon estrogen dan progesteron
3.Vitamin C
- memastikan imun sistem berada di tahap optimum. Pesakit endo memiliki antibodi yg lemah
4. Kalsium
mengandungi magnesium yg dpt merehatkan otot dan mengurangkan senggugut


endometriosis treatment


Hubungi saya utk konsultasi.
Vitaminfertiliti.blogspot.com

Sms/whatsapp:0194587610

Diet PCOS bantu turunkan berat badan

Bismillah...

Lebih daripada 50% penghidap PCOS mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Obesiti boleh menyebabkan paras insulin dalam badan meningkat dan seterusnya boleh menjejaskan perkembangan folikel. Akibatnya, ovulasi tidak berlaku.

Penghidap PCOS biasanya agak sukar untuk menurunkan berat badan. Oleh itu, diet yg betul dapat membantu penghidap PCOS menurunkan berat badan. Diet yg disyorkan untuk PCOS ialah:

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat
Karbohidrat boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan meningkatkan penyimpanan tenaga sebagai lemak

2. Jauhi GLUTEN (tepung gandum, barli, rye)
Mengakibatkan inflamasi dan gangguan pada sistem penghadaman

3.Kurangkan pengambilan GULA
Gula boleh memburukkan lagi paras insulin, lalu menyukarkan penurunan berat badan dan pembuangan lemak

4. Jangan ambil makan yg diproses
Makanan yg diproses mengandungi bahan perisa, perasa dan pewarna kimia yg boleh menambahkan toksin dalam badan dan menganggu keseimbangan hormon

Penurunan berat badan menerusi pemakanan sihat dan bersenam dapat membantu mengembalikan proses ovulasi. Kajian menunjukkan setiap 5% penurunan berat badan, 30% dari penghidap PCOS berjaya memulihkan masalah ovulasi mereka. Ini bermakna, jika berat anda 80kg, penurunan berat badan sebanya 4-5kg dapat mengembalikan ovulasi. Penghidap PCOS juga digalakkan memberi perhatian kepada ukur lilit pinggang. Ini kerana, taburan lemak yg banyak disekitar abdomen/perut akan menyebabkan paras insulin meningkat. Penurunan lemak akan terjadi dahulu sebelum berat badan menurun

"Walaupun berat badan tidak turun/statik tetapi jika kain atau seluar berasa longgar, itu menandakan badan anda bertindak balas dengan baik terhadap senaman dan diet yg diamalkan"

Penurunan berat badan merupakan langkah awal sebelum pengunaan ubat-ubatan merangsang ovulasi. Selain dari mengamalkan diet pemakanan yg sihat dan bersenam, pengambilan supplemen yg betul juga dapat membantu penghidap PCOS menurunkan berat badan sekaligus mengawal simptom-simptom PCOS.


1. GLA Complex
- seimbangkan hormon
- bila hormon dah stabil, ovulasi akan berlaku
- meningkatkan peluang persenyawaan dengan menghasilkan cecair kesuburan

2. B-Complex
- membekalkan asid folik yg diperlukan oleh wanita yg ingin hamil
- membekalkan vitamin B12 dan B6 yg amat penting untuk hamil
- meredakan stress (TTC senang stress kan...)

3. Alfalfa
- mengurangkan kadar asid dalam badan kerana asid boleh menjejaskan kesihatan telur
- detoks lemak dan toksin 

4. Omega Guard
- fungsi 2 dalam 1, untuk kesuburan dan kuruskan badan
- membakar lemak dan mengawal selera makan
- seimbangkan hormon
- menjaga kesihatan organ peranakan
- meningkatkan sensitiviti insulin(punca sukar kurus)


Hubungi saya untuk konsultasi dan ketahui bagaimana untuk mendapatkan harga yg lebih MURAH!
sms/whatsapp: 0194587610 (shikin)
pm : facebook.com/messages/vitaminkesuburan



PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) Punca Sukar Hamil

Bismillah....

PCOS adalah merupakan salah satu punca infertiliti dan masalah haid yg semakin menjadi-jadi di kalangan wanita. Dianggarkan sebanyak 10% dari kaum wanita menghidap PCOS dan 30% daripada pesakit yg menrima rawatan fertiliti menghidap PCOS. Perkataan polycystic adalah merujuk kepada keadaan dalam kelenjar ovari yg kelihatan seperti banyak cyst di dalamnya.

Simptom-simptom

1. Haid Tidak Teratur
- jarang datang haid
- tiada haid selama berbulan-bulan
- haid yg kerap dan berpanjangan

2. Hormon testosteron yg berlebihan
- berbulu lebat di tempat yg tidak wajar bg perempuan spt dagu, misai, perut mahupun payudara (Hirsutism)

3. Ovari mempunyai banyak cyst
- cyst ini adalah folikel-folikel yg besar tapi tidak melalui ovulasi

Ultrasound menunjukkan cyst(lubang hitam) yg berada dalam ovari

Seorang wanita dikatakan menghidap PCOS sekiranya mereka mengalami dua daripada ciri-ciri di atas. Di samping itu, 50% daripada penghidap PCOS juga mengalami obesiti atau berat badan berlebihan.

Punca
Punca sebenar seseorang wanita menghidap PCOS masih menjadi tanda tanya. Pesakit PCOS biasanya mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap penyakit yg sama atau gejala-gejala yg berkaitan dengan PCOS Kebanyakan daripada pesakit PCOS mempunyai sejarah keluarga yg mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, hyperlipidemia(lemak berlebihan dalam darah) dan penyakit jantung koronari.

Kaitan PCOS dan INFERTILITI
Seorang wanita dikatakan subur apabila mengalami proses ovulasi setiap bulan secara tetap. Tetapi bagi penghidap PCOS, ovulasi mereka berlaku tidak menentu dan teratur. Ini menyebabkan kesuburan mereka turut terjejas. Penghidap PCOS mempunyai banyak simpanan folikel tetapi kesemua folikel ini tidak matang akibat dari hormon yg tidak seimbang. Folikel-folikel yg terjejas perkembangannya tidak dapat mengalami proses ovulasi dan telur yg berada dalam folikel akan terperangkap. Folikel-folikel ini dapat dilihat melalui pemeriksaan ultrasound. Folikel-folikel yg banyak ini juga bertangunggjawab menghasilkan hormon testosteron iaitu hormon lelaki yg menyebabkan berlakunya gejala Hirsutism.

Rawatan/Treatment Memulihkan Kesuburan Penghidap PCOS
Antara langkah-langkah yg boleh diambil ialah:
1. Menurunkan berat badan
2. Menggunakan ubat-ubatan yg boleh merangsang ovulasi seperti clomiphene citrate
3. Menggunakan ubat-ubatan merangsang ovulasi melalui suntikan gonadotropin
4. Menggunakan ubat-ubatan anti-insulin(punca berat badan sukar turun) seperti metformin
5. Pembedahan laparoskopi pada ovari (ovarian drilling)

set pcos


Set Supplemen untuk PCOS 

(membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang ovulasi)

1. GLA Complex

- seimbangkan hormon

- bila hormon dah stabil, ovulasi akan berlaku
- meningkatkan peluang persenyawaan dengan menghasilkan cecair kesuburan



2. B-Complex

- membekalkan asid folik yg diperlukan oleh wanita yg ingin hamil
- membekalkan vitamin B12 dan B6 yg amat penting untuk hamil
- meredakan stress (TTC senang stress kan...)



3. Alfalfa

- mengurangkan kadar asid dalam badan kerana asid boleh menjejaskan kesihatan telur
- detoks lemak dan toksin 



4. Omega

- fungsi 2 dalam 1, untuk kesuburan dan kuruskan badan
- membakar lemak dan mengawal selera makan
- seimbangkan hormon
- menjaga kesihatan organ peranakan
- meningkatkan sensitiviti insulin(punca sukar kurus)



**Supplemen Shaklee diperbuat dari sumber semulajadi. Sebab itu salah satu motto Shaklee ialah - ALWAYS GREEN. 


Diet PCOS bantu turunkan berat badan




Tak pasti jika anda ada PCOS? Saya akan cuba bantu anda.

Hubungi saya untuk konsultasi dan harga.
SMS/Whatsapp: 0194587610




Berat Badan Berlebihan Punca Tidak Subur?

Bismillah....

Kesan Berat Badan Berlebihan Terhadap Lelaki

Kajian telah membuktikan lelaki yg mengalami obesiti akan menghasilkan cecair semen yg 60% kurang daripada mereka yg normal dan tidak mengalami masalah berat badan. Lelaki obese juga dikhuatiri memiliki 40% lebih banyak kandungan sperma yg tidak sihat berbanding mereka yg mengandungi berat badan yg ideal.

Lelaki yg mengalami berat badan berlebihan, juga memiliki tisu lemak yg berlebihan. Hasil kajian membuktikan tisu lemak mampu menukarkan hormon lelaki iaitu testosterone kepada hormon wanita iaitu estrogen.

Hormon leptin yg dihasilkan oleh sel lemak juga boleh merosakkan sel sperma. Selain darii tu, suhu skrotum juga boleh meningkat akibat tisu lemak yg berlebihan dan seterusnya merosakkan sel sperma

Kesan Berat Badan Berlebihan Terhadap Wanita

Wanita yang memiliki berat badan berlebihan seringkali dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Ini dapat dikaitkan dengan faktor hormon, sama ada hormon yg dihasilkan oleh ovari iaitu estrogen dan progesteron mahupun hormon yg mengawal fungsi hipotalamus iaitu GnRH. 

Lemak juga dikatakan berupaya menghasilkan hormon yang seakan-akan estrogen iaitu estrone. Keadaan estrogen yg berlebihan ini dipanggil “Estrogen Dominance”. Antara kesan buruk estrogen dominance ini termasuklah senggugut yg melampau, risiko kanser, haid tidak tetap dan juga KETIDAK SUBURAN.

Selain itu, wanita yg mengalami berat badan berlebihan juga berkemungkinan menghidap PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome. PCOS berlaku apabila wanita memiliki hormon lelaki iaitu androgen secara berlebihan. PCOS boleh menyebabkan berlakunya Insulin Resistance, keadaan yg menyebabkan sukar untuk menurunkan berat badan.


Sebaik-baiknya pasangan suami isteri, kedua-keduanya haruslah memiliki BMI(Body Mass Index) yg ideal. BMI melebihi 29 adalah tidak elok untuk pasangan yg cuba untuk mendapatkan cahaya mata. Ketahui BMI anda dengan widget BMI CALCULATOR yg terdapat di panel sebelah kanan -------->>>>

Kata Kevin Zahri, seorang jurulatih kecergasan, berat badan berlebihan dapat diturunkan melalui 3 cara:
1. Kawal pemakanan
2. Senaman
3. Pengambilan Supplemen/Set Kuruskan Badan

Set Kuruskan Badan Shaklee

Set Kurus Shaklee menggunakan 3 langkah iaitu 3B:

1. BUANG - Shaklee Alfalfa/Herblax
Kenapa perlu buang atau detox? Lemak yang telah dibakar perlu dibuang keluar dari tubuh. Jika dibiarkan tersimpan walaupun sudah dibakar, lemak tadi akan diserap kembali oleh tubuh. Detox juga perlu untuk usus besar yg bersih. Jika tidak, nutrien tidak dapat diserap oleh tubuh. Badan akan hantar isyarat yg ia perlukan nutrien (masih lapar), maka kita pun makan dan makan lagi. Entri pasal perut buncit ni ada cerita in detail kaitan usus besar dengan selera makan. Alfalfa berperanan sebagai agen detox kesulurhan, melawaskan sistem pencernaan dan sangat bagus utk yg ada sembelit.

2. BAKAR - Shaklee OmegaGuard
Lemak perlu dibakar supaya dapat dikeluarkan dari badan melalui sistem perkumuhan. Jika tidak dibakar atau diuraikan, maka berkepuklah lemak di dalam badan kita. Bila dah penuh kat pinggang, punggung, peha...lemak tu akan melimpah ruah ke bahagian organ penting badan kita yakni visceral fat. Bahaya tu dek non, risiko utk kena darah tinggi, kencing manis dll tu memang ada. OmegaGuard ni lagi satu kelebihannya, boleh kawal selera makan kalau kena cara makannya.

3.BINA - Shaklee Cinch
Bina di sini ialah bina otot bagi menggantikan lemak yang telah dibuang tadi. Kalau lemak tidak digantikan dengan otot, maka terjadilah kulit menggeleber dan tidak firm. Penat-penat je turunkan berat badan, tapi body tak mantap dan pejal. Cinch ni kaya dengan protein dan leucine yang boleh menukarkan lelemak kepada otot.


SET KURUS SHAKLEE SELAMAT DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YG MERBAHAYA


Set Kurus

Hubungi saya untuk konsultasi ekslusif untuk mengetahui set supplemen yg berkesan dan sesuai untuk anda menurunkan berat badan.
whatsapp/sms : 0194587610
facebook : facebook.com/vitaminkesuburan




Organ Reproduktif Wanita

Bismillah...

Pengetahuan berkenaan organ reproduktif dan bagaimana ia berfungsi sangat penting. Ia adalah asas utk memahami masalah-masalah fertiliti atau kesuburan yg berlaku kepada kita. Organ reproduktif ialah organ yg bertanggungjawan dalam proses pembiakan. Tanpa organ-organ ini atau jika organ-organ ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna, proses pembiakan atau kehamilan tidak akan terjadi. Setiap organ pembiakan mempunyai tugas dan fungsi yg tertentu.

Organ reproduktif wanita terdiri daripada:
1. Vulva
- genitalia atau bahagian luar kemaluan

2. Faraj (Vagina)
- faraj mempunyai kulit yg nipis dan boleh mengeluarkan lendiran
- kedalaman faraj seorang wanita berbeza dengan yg lain

3. Serviks (Pangkal Rahim)
- pintu keluar rahim
- organ reproduktif yg paling penting dan mudah terdedah kpd jangkitan
- kelenjar pada dinding servik yg mengeluarkan rembesan cecair faraj

4. Rahim
- Organ yg terbesar dalam sistem reproduktif wanita
- Terletak antara pundi kencing hadapan dan rektum di belakang
- Tempat janis membesar semasa proses kehamilan
- Saiz rahim 6-7cm panjang dan 3-4cm lebar boleh membesar sehingga 6-7 kali ganda semasa hamil
- Selaput pada dinding rahim dipanggil endometrium

5. Tiub Falopian
- Sifatnya yg mudah bergerak penting dalam proses persenyawaan
- Lazimnya berukuran 10cm panjang
- Mempunyai satu hujung yg terbuka yg dipanggil hujung fimbrial
- Proses persenyawaan berlaku di bahagian tiub falopian yg dipanggil ampula

6. Kelenjar ovari
- Berfungsi sbg kelenjar yg mengeluarkan hormon estrogen, progesteron dan androgen
- Menghasilkan benih wanita atau ovum
- Secara normal, terdapat dua kelenjar terletak di kiri dan kanan rahim
- Permukaan dalam ovari terdiri daripada folikel
- Saiz folikel berbeza-beza mengikut kematangan
- Jumlah folikel berbeza mengikut umur
- Selepas mencapai baligh/puberty, jumlah folikel yg tinggal ialah 300,000


Daripada gambarajah 1.2, kita dapat lihat hubungan dari faraj, salur servik, rongga rahim hingga ke tiub falopian.  Tiub falopian pula mempunyai hubungan yg rapat dengan ovum melalui bukaan yg dipanggil hujung fimbrial. Hubungan dari faraj hingga ke ovari ini sangat penting kerana ini adalah saluran yg menghubungkan benih wanita iaitu telur/ovum dengan benih lelaki iaitu sperma. Jika di mana-mana salur atau hubungan ini tersumbat, ini akan menganggu proses persenyawaan antara ovum dengan sperma. Keadaan akan menjadi punca kepada infertiliti. 

Hubungan antara salur ini juga menunjukkan, jika ada sebarang jangkitan pada mana-mana bahagian pada salur ini, ia berpotensi untuk menjangkiti bahagian-bahagian yg lain. Ini termasuklah penyakit berjangkit, fibroid mahupun kanser. 

Pelihara organ reproduktif kita sebaik mungkin. Ambil makanan yg berkhasiat, lakukan senaman dan pastikan sentiasa bersih. Jika terdapat tanda-tanda yg mencurigakan spt keputihan yg melampau, berbau atau berwarna, perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. 

(Dipetik dari buku Panduan Lengkap Reproduksi Manusia dan Rawatan Infertiliti)

Rahsia Vitamin E untuk Kesuburan Suami Isteri

Bismillah....

Antara vitamin dan mineral yg dapat membantu meningkatkan kesuburan ialah Omega-3, Zinc, vitamin B, asid folik, vitamin C, vitamin E dan selenium. Yg bagusnya, Shaklee Vitamin E dah siap dilengkapi dengan Selenium, sejenis mineral yg dapat melengkapi fungsi vitamin E itu sendiri. Jadi, tak payah susah-susah nak ambil nak dua jenis supplemen yg berbeza. Selain dari Shaklee Omega Guard, Vitamin E adalah vitamin yg sangat bagus untuk suami dan isteri.

Vitamin E dan selenium ialah sejenis antioksidan yg powerful dan telah terbukti dapat membantu meningkat kesuburan kaum lelaki dan juga wanita. Sifat antioksidan ini dapat melindungi sel sperma dan telur dari kerosakan yg disebabkan oleh radikal bebas.

Vitamin E dan selenium untuk Kesuburan Lelaki
Hasil kajian mendapati, lelaki yg mengalami masalah kesuburan biasanya memiliki paras vitamin E dan selenium yg rendah. Vitamin E dapat meningkatkan kualiti dan pergerakan (motility) sperma. Jangka hayat sperma yg sihat dalam sistem peranakan wanita ialah 3 -5 hari. Oleh, sperma yg tidak sihat dan berkualiti tidak akan mampu hidup selama itu. Ini dapat merendahkan peluang untuk hamil. Begitu juga jika sperma tidak berupaya bergerak dengan baik dalam tiub fallopio yg banyak halangannya, ia tidak akan berjaya untuk menemui telur bagi disenyawakan. Selain dari sifat antioksidan, selenium pula telah terbukti dapat membantukan pembentukan sperma yg sempurna. Bentuk sperma yg baik dapat membantu sperma bergerak dan menembusi telur ketika persenyawaan.

Vitamin E dan selenium untuk Kesuburan Wanita
Vitamin E dapat membantu menghasilkan lendir servik atau cervical mucus yg diperlukan untuk memanjangkan jangka hayat sperma pada kadar maksima iaitu 5 hari. Sifat antioksida dapat mencegah kecacatan pada telur dan seterusnya meningkatkan kesihatan telur secara menyeluruh. Ini secara tidak langsung dapat mencegah dari berlakunya keguguran dan kecacatan pada bayi. Hasil kajian juga menunjukkan, vitamin E dapat memanjang fasa luteal.

BONUS - Grape Seed Extract!!
Tak cukup dengan Selenium, Shaklee Vitamin E juga mengadungi ekstrak biji anggur atau grape seed extract. Esktrak biji anggur ni bukan saja suka-suka ditambah tetapi sebab ia mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protein, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C.


Shaklee Vitamin E bukan sekadar Vitamin E biasa, tetapi vitamin E Shaklee dengan 400IU ini dilengkapi dengan mineral dan nutrien tambahan yg mampu menjadikannya antara vitamin E yg TERBAIK dalam pasaran. Tak kenal maka tak cinta, tak cuba maka tak tahu. 


Ambil peluang ini untuk mencuba Shaklee Vita E - untuk meningkatkan kesuburan dan peluang untuk hamil. Sesuai untuk SUAMI dan ISTERI. 


HARGA BIASA: RM149.00 (120 Kapsul)
HARGA ISTIMEWA UNTUK AHLI!

set kesuburan shaklee


Hubungi saya untuk konsultasi EKSKLUSIF
sms/whatsapp: 0194587610
PM : facebook.com/beautecology

VITAMIN E UNTUK KULIT CANTIK DAN AWET MUDA