Tiada Cecair Kesuburan?

Bismillah...

Cecair kesuburan atau Egg White Cervical Mucus (EWCM) ialah lendir servik yg dihasilkan ketika waktu subur. Cecair kesuburan bertindak seperti pelincir untuk sperma, apabila ia dapat membantu melancarkan pergerakan sperma dalam tiub fallopio. Keadaan dalam tiub fallopio boleh menyukarkan sperma untuk bergerak jika tiada cecair kesuburan. Dan ini boleh menyebabkan kehamilan berlaku jika sperma tidak berupaya untuk bertemu telur bagi disenyawakan. Kadar dan konsistensi cecair servik yg betul juga membolehkan sperma untuk hidup lebih lama.


Ciri-ciri Cecair Servik yg Subur
-  cair
- berair
- jernih
- boleh diregangkan

Ciri-ciri Cecair Servik yg TIDAK Subur
- berwarna coklat
- pekat
- kering
- kenyal

Sesetengah wanita tidak ada lendir servik yang subur atau cecair kesuburan. Vagina kering adalah masalah yg biasa bagi kebanyakan wanita. Di antara faktor yang menyebabkan tiada cecair kesuburan:
- Tidak cukup pengambilan
- Diet tidak sihat dan berasid
- Tekanan/Stress
- Pengaliran tidak baik ke organ peranakan, gaya hidup tidak aktif
- Hormon tidak seimbang 
  --> kadar progesterone dan estrogen yg rendah boleh mnegubah penghasilan lendir servik
- Ubat/rawatan kesuburan yang mengandungi hormon
- Penyakit pada uterus atau servik, jangkitan virus pada vagina atau kerosakkan pada servik/sel servik yg akibat pembedahan atau biopsi

- Fibroid pada servik (jarang terjadi)

Adakah masalah TIADA CECAIR KESUBURAN ini boleh di atasi?
Ya, dengan set kesuburan Shaklee.
1. Shaklee GLA. 
- boleh membantu untuk mendapatkan kadar dan konsistensi cecair servik yang betul
2.Shaklee BComplex
- vitamin B6 dapat meningkatkan kuantiti cecair vagina
3. Shaklee Alfalfa
- mengurangkan keasidan tubuh yg dpt menghasilkan pH beralkali bagi memanjangkan jangka hayat sperma
4. Shaklee Omega Guard
- membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti cecair servik yg baik
- digunakan selepas ovulasi


Hubungi saya untuk konsultasi dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan harga yg lebih MURAH!
sms/whatsapp: 0194587610
pm : facebook.com/messages/vitaminkesuburan

vitamin kesuburan shaklee
Harga satu set : RM334.75

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK MASALAH KESUBURAN YG BERBEZA

Bismillah...
Setiap masalah kesuburan adalah berlainan. Jadi, tidak ada istilah "pukul rata" atau satu supplemen atau set dapat menangani semua masalah kesuburan. TIDAK SAMA SEKALI.

Contoh 1 - penghidap endometriosis adalah dinasihatkan supaya menjauhi supplemen yg bersifat estrogenic seperti Shaklee ESP dan Alfalfa kerana estrogen berlebihan boleh menyebabkan "period pain" bertambah teruk.
Contoh 2 - penghidap PCOS mengalami keadaan yg dipanggil estrogen dominance di mana hormon estrogen mereka lebih banyak daripada progesteron juga tidak sesuai utk ambil Shaklee ESP dan Alfalfa
Contoh 3 - setiap jenis masalah kesuburan perlu amalkan detoks dan guna cara detoks yg sesuai

Jadi, pastikan pengedar Shaklee anda tahu apakah jenis masalah kesuburan yg anda hadapi. Jangan beli semata-mata kerana mereka berikan harga murah.

Set Wanita

Set A -> GLA Complex+BComplex+Alfalfa
- haid tidak teratur
- tidak datang haid

Set B -> GLA Complex+BComplex+Omega
- haid tidak teratur
- tidak datang haid
- masalah berat badan
- PCOS 
- Insulin Resistance

Set C -> Vitamin E+BComplex+Alfalfa
- tiada masalah haid
- tiada masalah kesuburan yang jelas

Set D -> Vitamin E+BComplex+Zinc+Vitalea+Omega
- tiada masalah haid
- masalah haid tambah GLA Complex
- mengalami keguguran
- Endometriosis

Set Lelaki

Set A - > Zinc + Vitamin E
- tiada masalah kesuburan yang jelas

 Set B -> Zinc+CoQHealth
- ada masalah dengan sperma spt bilangan sperma rendah

- isteri sering keguguran

Setiap pembelian dengan saya, layak menerima:
- konsultasi percuma
- khidmat track period dan waktu ovulasi

Hubungi saya untuk maklumat lanjut
sms/whatsapp: 0194587610
pm : facebook.com/messages/vitaminkesuburan

Doa Mendapat Zuriat

Bismillah...

Ini adalah antara doa-doa yg boleh diamalkan dalam usaha mendapatkan zuriat. Dalam kita berusaha dengan perubatan moden, jangan lupa semuanya berlaku dengan keizinan Allah. Mohonlah dariNya, berkali-kali dalam sehari pun takpe. Semoga kita bukan saja dikurniakan zuriat tetapi zuriat yg soleh dan solehah.

1. Surah Maryam : Ayat 4-5
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."

2. Surah Al Baqarah : Ayat 128

"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”  

3. Surah Ali Imran : Ayat 38

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

4. Surah Ibrahim : Ayat 35

“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah  berhala-berhala.” 

5. Surah Ibrahim : Ayat 40

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."

5. Surah Ibrahim : Ayat 41

“Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” 

6. Surah Al Furqan : Ayat 74

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

7. Surah Al-Ahqaf : Ayat 15

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

8. Surah Al-Anbia : Ayat 89

"Wahai Tuhanku, jangan engkau biarkan aku keseorangan. Kurniakanlah kepadaku cahaya mata untuk membantu dan menggantikan daku, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik waris"

Boleh juga amalkan Zikir berikut:

Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir
- Bagi isteri, cara yang dicadangkan ialah dengan berpuasa selama 7 hari. Ketika berbuka, baca ketiga-tiga nama ini dan hembus kepada segelas air. Kemudian berbuka puasa dengan minum air tersebut.

Rujukan:

http://hamidarshat6.blogspot.com/2011/01/doa-untuk-dapat-zuriat.html

Mengesan Dan Menjangka Ovulasi

Bismillah...

Ovulasi berlaku apabila telur dibebaskan daripada ovari. Ia adalah waktu paling subur bagi wanita dan peluang utk kehamilan berlaku agak tinggi. Ada beberapa cara yg boleh dilakukan utk mengesan bila berlakunya ovulasi iaitu menggunakan alatan spt Ovulation Prediction Kit(OPK), Ferning Microscope dan Basal Thermometer. 

OPK
OPK spt ujian kehamilan, mengesan ovulasi melalui urin. Ketepatan jangkaan OPK agak tinggi, lebih dari 90%. Wbp, ia lebih sesuai bg mereka yg mempunyai kitaran haid yg tetap. Boleh dibeli di farmasi Guardian, Watson dan seumpanya.


Ferning Microscope
Sebelum ini saya biasa biasa dengar cara-cara untuk menjangka bila ovulasi berlaku dengan memeriksa lendir servik dan suhu Basal. Rupa-rupanya, ada satu lagi cara sudah mula mendapat tempat dikalangan TTC iaitu SALIVA OVULATION PREDICTION.

Seperti lendir servik, air liur juga mengalami perubahan sepanjang tempoh kitaran haid. Saliva Prediction Kit ialah mikroskop kecil bagi melihat corak yg hadir pada air liur. Ujian ini dikatakan dapat menjangka waktu ovulasi dengan kadar ketepatan 98%.

Kehadiran "ferning pattern" atau corak seperti pokok fern menandakan ovulasi akan berlaku dalam masa 72 jam.

Bagi saya, Saliva Ovulation Prediction ini sangat sesuai bagi mereka yg mempunyai kitaran haid yg tidak tetap kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja dan berkali-kali seperti termometer Basal.


Basal Body Tenperature (BBT)Basal Thermometer rupanya spt termometer biasa tetapi lebih sensitif dan bacaan suhu dgn dua titik perpuluhan. Suhu normal basal ialah 97.2 - 97.7. 2-3 hari selepas ovulasi, suhu basal akan meningkat antara 0.4 -1.0. Suhu basal perlu direkod sekurang-kurangnya 3 bulan bagi menjangka bila ovulasi akan berlaku berdasarkan pattern/corak perubahan suhu. Cara ini sesuai bg kitaran haid tidak tetap.

Saya guna cara yg mana? Basal Thermometer. Ini carta suhu basal saya utk satu cycle. Kita tunggu carta cyle seterusnya pulak.


basal temperature

Mahu faham bagaimana menggunakan termometer Basal atau BBT?
sms/whatsapp:0194587610
PM : facebook.com/messages/vitaminkesuburan

Rawatan Islam Untuk Meningkatkan Kesuburan

Bismillah....

Ikhtiar mendapatkan zuriat dari Ustaz Sharhan Shafie

Bahan-bahan:
- 14 biji telur ayam kampung setiap seorang (suami 14 biji, isteri 14 biji)
- madu asli

Caranya:
- baca ayat di bawah sebelum memasak
1. An Nahl - ayat 69
2. Surah At-Tin
3. Akhiri dengan selawat 7x

- buat telur separuh masak
- campur 1 sudu madu asli ke dalam telur separuh masuk
- makan selang sehari

full video -> http://youtu.be/xG7avlOkkwM


Pemakanan Tidak Sihat Untuk Kesuburan

Bismillah...

Pakar perubatan berpendapat diet pemakanan seharian adalah faktor utama yg menyumbang kepada KETIDAKSUBURAN. Pengambilan makanan yg diproses spt biskut, sosej, burger, sos dan makanan segera spt McD, KFC dapat menjejaskan fungsi tubuh badan termasuklah hormon. Ini kerana, kebanyakan makanan ini mengandungi bahan tambahan spt perisa dan perasa makanan.

Bahan tambahan dalam makanan menjejaskan kesuburan
Jurnal Environmental Health Perspectives melaporkan perisa/perasa tambahan dalam makanan boleh bertindak seperti estrogen di dalam badan. Antara 3 yg paling biasa kita dengar:
1. MSG (Monosodium L-Glutamate, dilabelkan sebagai E621 atau 621)
  • Penambah perasa yg biasa digunakan dalam makanan terutama di kedai-kedai makan seperti A****MOTO, SECUKUP R*** dan lain2
  • MSG juga boleh dijumpai dalam sos, kicap, makanan diproses, keropok kentang dan banyak lagi.
2. Butylated Hydroxyanisole (BHA) dilabelkan sebagai E320 or 320
Butylated Hydroxytoluene (BHT) dilabelkan sebagai E321 or 321
  • Biasa digunakan untuk dalam makanan bagi mengekalkan lemak. Boleh mengakibatkan kecacatan pada kelahiran, infertiliti dan kanser
  • Boleh dijumpai makan dalam tin, serbuk sup, kentang lenyek segera, marjerin, baby oil, lipstik, pembungkus plastik yg mengandungi polyethylene 
3. Aspartame dilabelkan sebagai E951 or 951
  • Aspartame ialah pemanis tiruan yg boleh dijumapai dalam minum diet, makanan dan minuman rendah kalori dan apa juga makanan yg dilabelkan bebas gula.
  • Aspartame bertukar kepada formaldehyde, yg biasa digunakan utk mengawet mayat. Bila dimakan, aspartame akan mengawet lemak dan menyebabkan lemak sukar untuk diuraikan. Kesukaran menurunkan berat badan dan sering lapar adalah salah satu kesan pengambilan aspartame.
Jangan memandang ringan terhadap kesan pengambilan makanan-makanan ini. Amalkan pemakanan sihat, semulajadi dan disediakan oleh anda sendiri sekerap yg mungkin.

Keguguran Berulang Berpunca Daripada Jangkitan Kuman

Bismillah....

Keguguran berulang kali boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kecacatan genetik, jangkitan kuman atau penyakit berkaitan ovari/rahim. Tapi ada juga masanya, punca keguguran tidak dapat dikenal pasti. Dr Hamid kebiasaannya menngunakan kaedah pembedahan dan penggunaan supplemen bagi mengatasi punca-punca keguguran.

Faktor-faktor lain yg boleh menyebabkan keguguran ialah daya tahan penyakit atau antibodi yang rendah dan toksin berlebihan dalam badan. Beliau mencadangkan penggunaan antioksidan seperti vitamin E dan vitamin C bagi mengatasi keadaan ini. Beliau juga mencadangkan penggunaan supplemen untuk membuang toksin dari dalam badan.

”4. Saya memberi multivitamin saperti obimin, asid folik, Vit C 1gm dan Vit E 400-800 IU setiap hari”

Selain dari itu, beliau juga mencadangkan:
-          amalkan pemakanan sihat, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan
-          jauhkan racun serangga, pewangi dan bahan kimia
-          kurangkan karbohidrat (roti, nasi) dan gula

-          jauhi junk food dan fast food

Set vitamin Shaklee untuk Masalah Keguguran 

shaklee miscarriage

Multivitamin
Sebagai asas keperluan kepada keperluan badan untuk multivitamin dan mineral

Folik Asid
Folik asid sgt penting bagi wanita yg pernah mengalami keguguran. Homocysteine ialah sejenis asid amino yg boleh menyebabkan kerosakan oada lapisan dalam salur darah. Kadar homocysteine(asid amino) yang tinggi dijumpai pada wanita mengalami keguguran berulang kali. Asid folik dan vitamin B12 dapat mengawal homocysteine ini. Selain drpd itu, asid folik dapat mencegah spina bifida.

Vitamin E
Dapat membantu mencairkan darah dan menghalang pembekuan darah. Sejenis antioksidan yg dapat menghapuskan free radicals.

Selenium
Para penyelidik mendapati, wanita yg keguguran memiliki kadar selenium yg rendah berbanding wanita yg tidak keguguran. Selenium ialah sejenis antioksida yg kuat dan dapat mencegah perpecahan kromosom dan kerosakan DNA iaitu punca keguguran dan kecacatan pada kelahiran. Selenium juga amat penting untuk pembentukan sperma yg sihat.

Zinc
Zinc paling banyak dijumpai dalam sperma. Jumlah yg mencukupi diperlukan bagi membina lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, memang jelas zinc sangat diperlukan bagi menghasilkan sperma yg sihat.
 Zinc juga ialah komponen material  genetik yang penting. Kekurangan zinc boleh mengakibat perubahan pada kromosom suami/isteri yg boleh membawa kepada keguguran.
 Zinc juga memainkan peranan yg penting dalam pembahagian sel. Jika anda faham bagaimana fetus terbentuk daripada telur dan sperma, anda akan tahu betapa pentingnya pembahagian sel. Kerana itu, zinc yg mencukupi amat penting ketika persenyawaan.

Co-Enzyme Q10
Amat penting utk proses penghasilan tenaga dan metabolik karbohidrat yg normal. Wanita yg memiliki kadar CoQ10 yg rendah, berisiko untuk mengalami keguguran. CoQ10 juga ialah sejenis antioksida. Oleh itu, ia amat baik untuk melindungi sperma daripada kerosakan. Sperma yg rosak atau tidak normal boleh membawa kepada keguguran.
CoQ10 banyak didapati pada bahagian antara kepala dan ekor sperma, yg memberi tenga untuk sperma bergerak dan lain2. Oleh itu, CoQ10 memainkan peranan penting dalam motility sperma.

Omega 3 Fatty Acids
Asid lemak ini sangat penting utk sistem peranakan dan fungsi hormone yg sihat, menghalang pembekuan darah yg tidak normal dan mengawal inflamasi yg mungkin boleh menyebabkan keguguran. Ia juga sangat penting bagi kaum lelaki kerana air mani mengandungi prostaglandin yg dihasilkan oleh asid lemak ini. Sperma yg tidak berkualiti, tidak normal, motility tidak baik atau bilangan sperma rendah tidak mengandungi kadar prostaglandin yg mencukupi.


(Dipertik dari blog Dr Hamid Arshat)

Hubungi saya untuk pesanan dan konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610
PM : facebook.com/messages/vitaminkesuburan

5 PUNCA UTAMA TIDAK BOLEH HAMIL

Bismillah...

Ada banyak sebenarnya punca yg menyebabkan sesorang wanita itu tidak boleh atau sukar hamil. Tapi di bawah ini saya akan kongsi 5 punca utama, yg paling banyak berlaku di kalangan wanita dan pasangan yg cuba mendapatkan cahaya mata.

Bilangan telur yg sihat tidak mencukupi
-          Wanita dilahirkan dengan jumlah telur yg terhad (finite)

-          Bilangan dan kesihatan telur akan menurun apabila usia meningkat
-      Bilangan telur berkurang dgn mendadak apabila umur mencecah 35 tahun

Tiada ovulasi
-          Salah satu punca berlakunya PCOS ialah kerana tiada ovulasi
-          Berat badan berlebihan atau terlalu kurus dan tiroid tidak seimbang boleh menjejaskan ovulasi

Masalah fertiliti kaum lelaki
-          Infertiliti di kalangan lelaki menjadi punca kepada 1/3 jumlah kes ketidaksuburan
-          Berat badan juga boleh mempengaruhi kesuburan lelaki
-          Gaya hidup tidak sihat dan terlalu aktif tidak baik untuk sperma
-          Inflamasi atau jangkitan pada kelenjar prostat boleh menjadi punca infertiliti

Endometriosis
-          Terjadi apabila lapisan endometrium berada terbentuk di bahagian luar uterus/rahim
-          Boleh menyebabkan pendarahan yg banyak, sakit ketika datang haid dan ketidaksuburan

Tiub Fallopio Tersumbat
-          Tiub fallopio tersumbat apabila ada tisu abnormal terbentuk di dalam tiub dan menghalang sperma dan telur dari bertemu
-          Boleh berpunca dari pembedahan, jangkitan mahupun endometriosis


Kenal pasti masalah kesuburan yg anda hadapi. Sila rujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk
membuat pemeriksaan lanjut. Dengan mengenal pasti masalah kesuburan, rawatan yg sesuai dapat 
diberikan. Setiap masalah kesuburan memerlukan rawatan yg berbeza. Begitu juga dengan set kesuburan
Shaklee, masalah berbeza memerlukan set supplemen yg berbeza.

Hubungi saya untuk konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610
PM: facebook.com/messages/vitaminkesuburan

Shaklee Ostematrix untuk bakal ibu mengandung dan kesuburan

Bismillah...

Shaklee Ostematrix mampu membekalkan keperluan kalsium harian yang secukupnya untuk badan anda. Shaklee Ostematrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D bagi memastikan kalsium dapat diserap dan menjalankan fungsinya dengan baik.

  • 1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources
  • 400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bones and strengthen them
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption

Kepentingan Kalsium untuk Kesuburan
Tahukah anda pengambilan kalsium secara konsisten dapat membantu TINGKATKAN kesuburan? Pakar pemakanan mencadangkan pengambilan kalsium sebanyak 1000mg sehari bagi wanita yg ingin hamil. Ia juga dapat membekalkan kalsium yg secukupnya kepada ibu dan bayi bila hamil nanti. Selain daripada itu, kalsium juga dapat membantu pembentukan tulang yg kuat dan menghalang osteoperosis.

Sumber kalsium:
- produk tenusu spt yogurt, butter
- susu
- kacang
- soya
- brokoli/kobis/okra
- buah oren
- ikan yg dimakan tulangnya spt sardin

Peranan Vitamin D Untuk Kesuburan
Untuk penyerapan dan penggunaan maksimum kalsium, vitamin D diperlukan. Hasil kajian juga menunjukkan, KETIDAKSUBURAN berpunca dari kekurangan vitamin D. Sama ada utk lelaki mahupun perempuan.

Untuk perempuan, vitamin D boleh meningkatkan kadar hormon progesteron dan estrogen, menetapkan kitaran haid dan meningkatkan peluang utk hamil.
Untuk lelaki, vitamin D dapat menghasilkan sperma yg sihat dan mengekalkan kualiti sperma serta bilangan sperma. Vitamin D juga dapat meningkatkan tahap hormon testosteron dan libido.

Sumber vitamin D:
- MATAHARI (kena berjemur/berjoging di bawah panas matahari pagi)

- kuning telur
- ikan salmon/tuna/mackerel


Untuk pesanan dan konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610




Apa itu Egg White Mucus (Cecair Kesuburan)

Bismillah....

Set kesuburan Shaklee iaitu GLA dan Omega Guard dapat membantu hasilkan egg white cervical mucus(EWCM) atau cecair kesuburan. GLA ialah Omega-6 dan Omega Guard ialah Omega-3. Kedua-dua ini mengandungi asid lemak yg sangat diperlukan oleh banyak fungsi dalam tubuh kita, termasuklah penghasilan dan keseimbangan hormon. Hormon yg seimbang sangat penting utk tahap kesuburan yg baik.

Lendir servik atau cervical mucus ialah cecair yg keluar dari vagina. Kita biasanya kenali cecair ini sebagai "keputihan". Sebenarnya, keputihan ni memainkan peranan yang penting kepada sistem reproduksi wanita. Sebab, melalui keputihan inilah segala bakteria dan sel mati akan dibawa keluar dari vagina dan rahim. Ia memastikan vagina kita ni bersih dan takda jangkitan. Yang jadi masalah bila keputihan dah warna2 kuning/hijau/coklat, bau hanyir sampai husband pun tegur. Maksudnya keputihan tu memang sahih tak normal.

EWCM ialah cecair kesuburan yg mana rupanya dan kondisinya mmg seperti putih telur. Berwarna jernih, boleh diregangkan/stretchable. Dipanggil cecair kesuburan kerana ini adalah keadaan terbaik dan selamat utk sperma. Cecair servik bertindak seperti pelincir utk sperma bergerak dalam tiub fallopio. Jika lendir servik pekat tidak licin, ini akan menyukarkan perjalanan sperma dalam tiub fallopio dan menghalang sperma daripada bertemu dgn telur utk disenyawakan. Egg white mucus juga adalah tanda berlakunya OVULASI atau waktu PALING SUBUR.

Keadaan lendir servik sebenarnya berubah-ubah bergantung kepada kitaran haid. Jadi, memang ada masanya lendir yg keluar agak pekat, cair, ada warna, tak berwarna. Tetapi keadaan lendir servik yg diidam-idamkan ialah cecair seperti putih telur atau EWCM. Di bawah ini ialah corak perubahan lendir servik yg normal, berdasarkan kitaran haid 28 hari.


waktu subur


Memeriksa cecair servik biasanya dibuat sekali dengan merekod suhu basal badan atau BBT. Kedua-dua cara ini dapat membantu menjangka waktu ovulasi dgn lebih tepat. Cara ini sangat sesuai untuk puan-puan yg ada masalah period tidak tetap.

Anda perlukan bantuan utk memahami tentang kitaran haid, cecair kesuburan dan ovulasi?
Sila hubungi saya di :-
whatsapp/sms: 0194587610 (shikin)
facebook: facebook.com/vitamin kesuburan

Set Kesuburan Shaklee - Untuk Isteri

Bismillah...

Setiap masalah kesuburan, puncanya berlainan. Maka, cara rawatannya juga berlainan. Mana boleh satu supplemen, selesaikan semua masalah kesuburan. Agak mustahil bagi saya.
Ada beberapa Set Kesuburan Shaklee untuk masalah kesuburan yang berbeza. Dan harga Set Kesuburan Shaklee ini boleh disuai padan mengikut kesesuaian bajet Puan. Saya akan cuba bantu Puan kenal pasti, set mana yg sesuai dengan masalah dan bajet Puan. Jangan risau ya :)


shaklee set subur


Set A -> GLA Complex+BComplex+Alfalfa ( RM197.25)
- haid tidak teratur
- tidak datang haid

Set B -> GLA Complex+BComplex+Alfalfa+Omega (RM333.25)
- haid tidak teratur
- tidak datang haid
- masalah berat badan
- PCOS
- Insulin Resistance

Set C -> Vitamin E+BComplex+Alfalfa (RM255.00)
- tiada masalah haid
- tiada masalah kesuburan yang jelas

Set D -> Vitamin E+BComplex+Zinc+Vitalea+Omega (RM460.50)
- tiada masalah haid
- masalah haid tambah GLA Complex
- mengalami keguguran
- Endometriosis

Nota:
- perlu kenal pasti jika ada masalah ovulasi/waktu subur
- masalah fibroid/cyst perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
- Alfalfa tidak sesuai utk pesakit SLE/Lupus

Hubungi saya untuk mengetahui harga set ini berserta konsultasi tanpa had
PM : https://www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
SMS/Whatsapp: 0194587610


Rawat Endometriosis Dengan Air Kunyit

Bismillah....

Memang terdapat banyak alternatif kepada rawatan endometriosis. Rawatan hormon, pembedahan, supplemen Shaklee dan juga kaedah tradisional.

Set Shaklee untuk Endometriosis

1. Shaklee Vitamin E
Dapat membantu mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Vitamin E juga sejenis antioksidan yg dapat membantu menghalang pertumbuhan tisu yg abnormal dalam badan seperti endometriosis.

2. Shaklee BComplex
- Diperlukan oleh penghidap endometriosis untuk hati menukarkan estrogen berlebihan kepada estrogen yg lemah dan kurang merbahaya.  
Bcomplex juga membantu menghasilkan ”prostaglandin baik” yg dapat merehatkan dan melebarkan salur darah. Manakala “prostaglandin jahat” menyebabkan kontraksi dan menambahkan kesakitan. Terdapat kajian menunjukkan kesakitan dan jangka masa senggugut ketara berkurangan dengan pengambilan vitamin B-complex. 

4. Shaklee Omega Guard
Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan inflamasi/radang. Kajian ke atas dua kumpulan wanita – satu kumpulan diberi supplemen Omega-3 dan satu kumpulan diberi placebo. Kumpulan yg mengambil Omega-3, rasa sakit sakit senggugut mereka berkurangan dengan banyak sekali.

5. Shaklee Vita C Sustain Release
- Vitamin C memastikan immune sistem anda berfungsi pada tahap optimum supaya tubuh boleh mengesan dan memusnahkan tisu endometrium yg tidak normal.

6. Shaklee Ostematrix
- Ostematrix mengandungi magnesium yang dapat merehatkan otot serta mengurangkan rasa sakit ketika haid/senggugut yang teruk.

Rawatan Tradisional

Saya mmg sukakan rawatan tradisional yg menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti herba dan tumbuh-tumbuhan. Saya ingin kongsikan petua Dina Zaman, seorang penulis yg menghidap endometriosis bertahun lamanya. Cyst endometriosis Dina HILANG selepas mengamalkan air kunyit. Seperti yg dikongsikan oleh Daphne Iking di laman blog beliau -> http://daphneiking.blogspot.com/2014/02/dinas-air-kunyit-jamu.html

Minum air kunyit ini 3 kali seminggu.

Bahan-bahan:
1. Tumeric (5 ketul bersaiz  jari sederhana)
2. Ginger ( besar ibu jari)
3. Lengkuas (besar ibu jari)
4. Daun Sirih (optional)
5. Kacip Fatimah (optional)
6. Asam Jawa (1 sudu besar)
7. Gula Melaka (sedikit je utk rasa)
8. 1 liter air (lebih kurang)

Anda boleh blend/kisar bahan-bahan 1-5 dan kemudian rebus bersama gula melaka. Tetapi, wanita Indonesia yg mengajar Dina petua ini memberitahu cara terbaik ialah si pesakit mencencang bahan-bahan ini sambil niat supaya dipulihkan endometriosis, dikurniakan kesihatan yg baik. Dan juga disertai dengan selawat ke atas Rasulullah SAW. Jika Dina boleh pulih dari endometriosis dengan air rebusan kunyit ini, kenapa tidak anda? Insha Allah...dengan izin dari-Nya.