Hormon Penting Bagi Sistem Peranakan Wanita - Part I

Bismillah...

Hari ni, saya akan berkongsi mengenai hormon yg penting untuk sistem peranakan wanita. Dalam erti kata lain, hormon yg penting bagi memastikan kehamilan berlaku. Ada 4 hormon semuanya iaitu ESTROGEN, FSH, LH dan PROGESTERONE. Dan untuk sistem peranakan berfungsi dengan baik, semua hormon ini perlu SEIMBANG.

Setiap hormon memainkan peranan yg tersendiri bagi memastikan kehamilan berlaku bermula dari penghasilan telur, persenyawaan sehinggalah embrio melekat pada dinding uterus.


Estrogen ialah hormon penting untuk sistem peranakan dan seksual wanita. Kebanyakan estrogen dihasilkan dalam ovari. TETAPI ada juga estrogen yg dihasilkan oleh sel lemak dan kalenjar adrenalin.

Antara Peranan Estrogen
---------------------------------
-          Pembentukan sifat fizikal wanita
-          Menetapkan kitaran haid
-          Mengawal pertumbuhan dinding uterus
-          Menyelia pembentukan tulang
-          Menyelia paras kolesterol


Kesan estrogen tidak stabil (tinggi atau rendah)
-----------------------------------------------------------
-          berat badan bertambah tertutamanya di bahagian pinggang, punggung dan peha
-          gangguan kitaran haid
-          kesan psikologi spt mood swings, rasa cemas, kelesuan
-          meningkatkan risiko kanser
-          Vagina kering
-          Keinginan seksual berkurang
-          Ketumpatan tulang berkurang
-          Insomnia/sukar tidur malam
-          Kadar kolesterol meningkat
-          KETIDAKSUBURAN
Kadar estrogen yg tinggi atau rendah boleh menyebabkan KETIDAKSUBURAN kerana terdapat gangguan pada ovulasi, di mana telur yg matang tidak dapat dihasilkan. Bila ovulasi terganggu maka kitaran haid turut terjejas. Estrogen berlebihan adalah antara punca berlakunya PCOS.


PROGESTRONE

Progesterone dihasilkan di dalam ovari, uterus dan kalenjar adrenalin. Ia emainkan peranan penting sebelum dan semasa kehamilan berlaku.
Sebelum kehamilan, progesterone mempersiapkan dinding uterus. Semasa kehamilan pula, progestrone membekalkan nutrien kepada fetus. Selain daripada itu, progestrone juga mengawal selia kitaran haid dan dan keinginan seksual.
Walaubagaimanapun, peranan paling penting progesterone ialah ia bertindak sebagai antagonis kepada estrogen – melindungi tubuh daripada kesan estrogen yg berlebihan. Seperti yg saya update sebelum ini, estrogen boleh mendatangkan risiko kanser tetapi progesterone bertindak mencegah kanser. Estrogen meningkatkan retention air dan garam dalam badan tetapi progesterone ialah diuretik (menggalakkan buang air kecil) semulajadi. Secara ringkasnya, estrogen ialah hormon jahat dan progesterone ialah hormon baik.

Tetapi, tidak bermakna ketiadaan estrogen baik untuk wanita. Tanpa estrogen, menopaus akan berlaku. Dan kehamilan juga tidak boleh berlaku jika salah satu daripada dua hormon ini tiada. Maka, keseimbangan hormon sangat penting bagi memastikan kehamilan dan sistem peranakan berfungsi dengan baik.
Sambungan LH dan FSH - Hormon Penting Bagi Sistem Peranakan Wanita - Part I

pil hormon shaklee


No comments :

Post a Comment