TIADA OVULASI, TIADA PREGNANCY

Bismillah...

Jangan terkejut jika saya katakan masih ramai yg tidak tahu apa itu ovulasi. Ovulasi atau waktu subur berlaku apabila telur dibebaskan dari salah satu ovari. Ovulasi ialah perkara yg paling penting bagi mencetuskan kehamilan. Tanpa ovulasi, kehamilan tidak boleh berlaku kerana sperma tidak dapat disenyawakan.

Jadi, kenapa penting untuk tahu bila ovulasi berlaku?
-          Kebiasannya, hanya SATU telur yg matang ketika ovulasi
-          Telur hanya boleh hidup selama 12 – 24 jam sahaja atau kurang selepas ovulasi
-          Datang haid setiap bulan tidak bermakna ovulasi berlaku
-          Tidak datang haid tidak bermakna tiada ovulasi
-          Sperma yg sihat dan berkualitihanya boleh hidup selama 3-5 hari dalam badan wanita
Tanpa ovulasi, kehamilan tidak boleh berlaku. Kalau tidak tahu bila ovulasi, peluang untuk hamil agak tipis.

Mengukur dan merekod suhu basal badan (Body Basal Temperature) ialah salah satu cara untuk mengetahui bila ovulasi berlaku. Suhu basal perlu diukur menggunakan Basal Termometer. Termometer biasa tidak boleh digunakan kerana perubahan suhu Basal sangat kecil, hanya sekitar 0.4 – 1.0 degree/darjah. Suhu badan hendaklah direkodkan sebaik bangun dari tidur, setiap pagi pada waktu yg sama. Kemudian direkodkan pada carta yg disertakan. Kebiasaannya, pada bulan ketiga anda akan dapat menjangka dengan tepat bilakah ovulasi berlaku.


Jika anda berovulasi sebulan sekali, peluang untuk hamil hanya datang sebulan sekali. Jika anda berovulasi 3 bulan sekali, maka peluang untuk hamil hanya datang sebulan sekali. Tidakkah anda mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin?


No comments :

Post a Comment