Bismillah...
(Dipetik dari blog Dr Adilah Ahmat)
Cara mengira panjang kitaran haid ialah bermula dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid akan datang. Contoh:
Hari pertama haid bulan Oktober : 20/10/2013
Hari pertama haid bulan November : 18/10/2013
Kitaran haid/Cycle Days : 30 hari
Telur yang tidak disenyawakan setelah ovulasi, akan keluar sebagai darah haid selepas 14 hari. Apa kaitannya dengan waktu subur? Kitar haid/cycle days – 14 hari. Contoh:
1) Jika kitar haid/cycle days anda 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14
----> 28 – 14 = 14
2)Jika kitar haid anda 30 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 16
----> 30 – 14 = 16
3)Jika kitar haid anda 32 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 18
----> 32 – 14 = 18
NOTA:
- Cara ini boleh diaplikasikan jika kitaran haid anda TETAP
- Jarang-jarang ada wanita yg mempunya kitaran haid yg TEPAT setiap bulan, kebanyakannya berubah sedikit setiap bulan dalam -+2 hari. Contoh, kitaran haid 28 – 30 hari. Ini boleh dikira TETAP.
- TEPAT dan TETAP adalah dua perkara berbeza. Jika cycle days anda sentiasa berada dalam julat 28-30 hari, ini dianggap TETAP.
Tips bagi meningkatkan peluang untuk hamil:
- Melakukan hubungan seks penetratif setiap 2-3 hari sekali atau 2-3 kali seminggu bagi memastikan sperma hidup sentiasa berada di hujung tiub falopio menunggu untuk disenyawakan.
Masih keliru? Sila hubungi saya jika anda perlukan bantuan.
sms/whatsapp: 0194587610
facebook : www.facebook.com/vitaminkesuburan
No comments :
Post a Comment