Bismillah...
Nota: LH – Luteinizing hormone, FSH –
Follicle-stimulating hormone
Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh
kalenjar pituitari (pituitary gland).
FSH
Berperanan untuk merangsang pertumbuhan/perkembangan folikel dalam ovari.
Tugas folikel termasuklah perkembangan telur, sel yg berada disekeliling telur
yg menghasilkan hormon utk menyokong kehamilan dan cecair disekitar telur.
Semakin folikel berkembang, hormon estrogen yg dihasilkan oleh sel folikel akan
bertambah dan dibebaskan ke dalam salur darah. Estrogen akan menyebabkan
dinding uterus menebal sebelum ovulasi berlaku. Peningkatan estrogen dalam
darah memberitahu kalenjar hypothalamus dan pituitari untuk memperlahankan
penghasilan dan pembebasan FSH.
LH
Juga berperanan untuk menghasilkan hormon estrogen. Wbp, peranan utama LH
ialah sebagai pencetus ovulasi – masa untuk telur dibebaskan daro ovari.
Selepas ovulasi, folikel yg menghasilkan hormon akan bertukar menjadi corpus
luteum, yg akan menghasilkan estrogen dan juga progestrone pada kadar yg
banyak. Progesterone akan menguatkan dinding uterus bagi menyokong implantasi
embrio. Jika implantasi tidak berlaku, kadar estrogen dan progesterone akan
menurun, dinding uterus akan luruh sebagai darah haid.
Apa akan berlaku jika kalenjar pituitari tidak dapat menghasilkan LH dan
FSH? Keadaan ini dipanggil HYPOPITUARISM iaitu apabila kalenjar pituitari gagal
untuk menghasilkan hormon pada kadar yg normal. Ramai pakar perubatan yg
mencadangkan ALFALFA sebagai rawatan untuk masalah berkaitan kalenjar pituitari
seain menyokong fungsi pituitari itu sendiri.
No comments :
Post a Comment