Keguguran - Punca Dan Simptom

Bismillah...

Keguguran atau miscarriage ialah kehilangan fetus dalam tempoh 20 minggu kehamilan. Ramai juga yg tidak menyedari keguguran berlaku apabila ia berlaku pada awal kehamilan

Simptom-Simptom Keguguran
-          Pendarahan yg pada mulanya sedikit menjadi banyak
-          Kekejangan
-          Sakit pada bahagian abdomen
-          Demam
-          Rasa lemah
-          Sakit belakang

Jika anda mengalami antara simptom-simptom di atas, cepat-cepat berjumpa dengan doktor anda.

Punca Berlakunya Keguguran
Kebiasaannya, sebab berlakunya keguguran tidak dapat dikenal pasti. Tapi, kebiasaannya keguguran yg berlaku di awal kehamilan adalah disebabkan kromoson yg tidak normal. Kromoson yg tidak normal tiada kaitan dengan kesihatan ibua atau bapa.
Sebab lain berlakunya keguguran:
-          Jangkitan
-          Pendedahan kepada persekitaran yg merbahaya spt radiasi atau toksik
-          Masalah hormon
-          Uterus tidak normal
-          Serviks tidak berfungsi dgn baik
-          Gaya hidup tidak aihat spt merokok, penggunaan alkohol dan dadah
-          Gangguan sistem immune termasuk Lupus
-          Penyakit buah pinggang yg kronik
-          Penyakit jantung yg kronik
-          Diabetes yg tidak terkawal
-          Penyakit tiroid
-          Ubat
-          Kekurang nutrisi yg kronik

Risiko keguguran meningkat apabila usia semakin meningkat. Kajian menunjukkan risiko keguguran ialah 12% - 15%  bagi wanita lingkungan 20an dan meningkat kepada 25% bagi wanita yg berumur 40an. Peningkatan insiden kromosom yg tidak normal menyumbang kepada risiko keguguran yg disebabkan usia.

Boleh ke saya hamil selepas keguguran?
Ya, sekurang-kurangnya 85% wanita yg pernah keguguran boleh mengandung dan melahirkan secara normal.
Pernah keguguran sekali tidak bermakna anda tidak subur. Tetapi jika pernah keguguran berulang kali, maka sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Pakar berpendapat, wanita yg kekurang folik asid berisiko tinggi untuk mengalami keguguran. Ini kerana, fetus memerlukan folik asid di minggu-minggu awal sebelum kehamilan dapat dikesan.

No comments :

Post a Comment