Pantang Makan Kawal Endometriosis

Bismillah...

Pesakit endometriosis memang banyak pantangnya, pendek kata semua tak boleh makan. Ini kerana, recurring rate bagi pesakit endometriosis sangat tinggi. Selagi dalam badan ada hormon estrogen dan haid, makin endometriosis akan kekal ada. Tapi, orang perempuan mana boleh takda estrogen dan haid.

Pesakit endometriosis ni lazimnya mengalami kesakitan yg amat amat sangat, bukan sahaja ketika haid malah sebelum dan selepas haid. Jadi, kebiasaanya ubat untuk pesakit endometriosis ni tujuannya adalah bagi mengurangkan rasa sakit dengan cara menyekat penghasilan estrogen. Estrogen ialah hormon seksual wanita, paham-paham jelah apa yg jadi kalau estrogen ni takda. Masalah sakit hilang, masalah lain pula timbul.

Pantang Makan

Jadi, kebanyakan pesakit endometriosis akan mengamalkan diet pemakanan yg ketat bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Memang tak hairan jika ramai pesakit endometriosis memilih untuk menjadi vegan, kerana ia memang berkesan utk kurangkan kesakitan. Antara makanan yg biasa dijauhi oleh pesakit endometriosis:soya : kacang soya, air soya, edamame, tempe, tauhu
-     yis : roti, makanan berasaskan doh seperti pizza, donut
-          pengawet : jeruk, asam
-          gluten : tepung gandum dan segala yg diperbuat daripada tepung gandum termasuklah kuih muih, roti, mee, kek dan lain2
-          produk tenusu : keju, susu, aiskrim, kek
-          daging : lembu, kambing
-          nasi putih
-          gula dan madu : kek, minuman, coklat, biskut dan apa-apa yg mengandungi gula
-          toksin : produk kecantikan, produk mencuci rumah, sabun, shampoo
-          makanan dalam tin : sardin, fruit cocktail, cendawan dlm tin
-          minyak sayuran dan lemak tepu : makanan bergoreng, mentega
-          makanan segera : Mcdonalds, KFC, Nandos
-          makanan diproses : sosej, burger, french fries
-          perisa/perasa makanan : monosodium glutamat (MSG), Ajinomoto, sos, kicap


Yg perlu/boleh dimakan
-          Makanan yg kaya dengan Omega-3 seperti salmon, sardin segar, flaxseed oil, walnut kerana Omega-3 bersifat anti-inflamasi
-          Makanan yg bersifat anti-inflamasi lain spt kunyit, halia
-          Sayur-sayuran terutamanya yg berdaun hijau yg ditanam secara organik
-          Buah-buahan terutamanya berries yg boleh melegakan kekejangan
-          Minyak zaitun, minyak kelapa, butter, ghee
-          Kekacang
-          Natural yogurt
-          Kekacang dan biji benih
-          Makanan yg boleh detoks badan spt green tea, bawang putih atau pun detox jus
-          Garam laut(sedikit) untuk tiroid yg sihat dan stabil
-          Telur dan ayam kampung (sekali sekala)

Derita pesakit endo

Baru-baru ini, bertemu (di fb) kembali kawan lama semasa di universiti. Kami bertemu dalam group endometriosis. Saya tahu dia dah lama berkahwin dan masih belum ada cahaya mata tapi saya tak tahu dia ada masalah endometriosis, fibroid dan cyst. Masya Allah, besar betul dugaan kawan saya ni. Katanya, bila period memang sangat2 sakit sampai boleh guling2 dan menangis. Setiap kali period, dia mmg akan ambil MC sebab tak tahan sakit. Katanya, endo memang takda ubatnya tapi boleh dikawal. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat utk supress/sekat hormon estrogen bagi mengurangkan kesakitan. Bila kurang estrogen, masalah lain pula timbul. Ada juga yg bercerai berai kerana endo. Kawan saya beruntung dapat suami yg amat memahami


Vitamin Shaklee Meredakan Endometriosis

Bismillah...

Shaklee untuk Endometriosis 

Endometriosis tiada ubatnya. Jadi peranan supplemen ialah untuk meredakan kesakitan dan mengawal penghasilan tisu yg tidak normal daripada terus menular. Set Shaklee untuk Endometriosis terdiri daripada:

1. Shaklee Vitamin E
Dapat membantu mengurangkan rasa sakit akibat senggugut. Vitamin E juga sejenis antioksidan yg dapat membantu menghalang pertumbuhan tisu yg abnormal dalam badan seperti endometriosis.

2. Shaklee BComplex
- Diperlukan oleh penghidap endometriosis untuk hati menukarkan estrogen berlebihan kepada estrogen yg lemah dan kurang merbahaya.  
Bcomplex juga membantu menghasilkan ”prostaglandin baik” yg dapat merehatkan dan melebarkan salur darah. Manakala “prostaglandin jahat” menyebabkan kontraksi dan menambahkan kesakitan. Terdapat kajian menunjukkan kesakitan dan jangka masa senggugut ketara berkurangan dengan pengambilan vitamin B-complex. 

4. Shaklee Omega Guard
Asid lemak Omega-3 dapat membantu mengurangkan inflamasi/radang. Kajian ke atas dua kumpulan wanita – satu kumpulan diberi supplemen Omega-3 dan satu kumpulan diberi placebo. Kumpulan yg mengambil Omega-3, rasa sakit sakit senggugut mereka berkurangan dengan banyak sekali.

5. Shaklee Vita C Sustain Release
- Vitamin C memastikan immune sistem anda berfungsi pada tahap optimum supaya tubuh boleh mengesan dan memusnahkan tisu endometrium yg tidak normal.

6. Shaklee Ostematrix
- Ostematrix mengandungi magnesium yang dapat merehatkan otot serta mengurangkan rasa sakit ketika haid/senggugut yang teruk. 

Bagaimana Endometriosis Berlaku

Apabila tisu menyerupai sel-sel endometrium didapati pada bahagian selain lapisan terdalam dinding dan ruang rahim.
Contohnya :
- endometriosis pada tiub falopian
- endometriosis pada permukaan ovari, rahim dsb
- ketulan endometriosis di dalam dinding otot rahim (yang ini endometriosisnya ada nama khas iaitu adenomyosis)
- cyst endometriosis di dalam ovari (yang ini juga endometriosisnya ada nama khas iaitu endometrioma, juga disebut endometriotic cyst atau chocolate cyst)
- endometriosis juga boleh berada pada organ bukan berkaitan peranakan seperti pundi kencing, usus, paru-paru dll

Ini bermakna, jika doktor anda kata anda ada:
- Endometriosis, penyakit itu boleh berada pada mana-mana bahagian anda.
- Pelvic Endometriosis, ia berada pada bahagian pelvis
- Adenomyosis, ini khusus bermakna endometriosis itu berada di dalam dinding otot rahim

- Endometrioma, ia khusus merujuk keada cyst endometriosis di dalam ovari.

Endometriosis ialah salah satu sakit puan yg tiada ubatnya. Selagi anda wanita dan menghasilkan hormon estrogen, endometriosis akan kekal ada. Kebiasaannya penghidap endometriosis akan mengalami kesakitan yg amat sangat ketika hampir waktu period, ketika period dan selepas haid. Panadol, pain killer tidak akan mendatangkan sebarang kesan utk mengurangkan kesakitan ini. Jadi, apa yg biasa diberikan oleh doktor bagi meredakan kesakitan ialah memberikan lucrin, iaitu sejenis suntikan yg dapat menyekat penghasilan hormon estrogen. Estrogen ialah hormon seksual wanita, yg mendatangkan rasa berahi. Jadi, bila tiada estrogen maka nafsu seksual juga akan merudum. Sama seperti wanita yg telah menopaus. 

Hubungi saya untuk konsultasi dan maklumat lanjut.
whatsapp/sms: 0194587610


CARA KIRA BILA OVULASI AKAN BERLAKU

Bismillah...

(Dipetik dari blog Dr Adilah Ahmat)

Cara mengira panjang kitaran haid ialah bermula dari hari pertama haid hingga ke hari pertama haid akan datang. Contoh:
      Hari pertama haid bulan Oktober : 20/10/2013
      Hari pertama haid bulan November : 18/10/2013
      Kitaran haid/Cycle Days : 30 hari
 
Telur yang tidak disenyawakan setelah ovulasi, akan keluar sebagai darah haid selepas 14 hari. Apa kaitannya dengan waktu subur? Kitar haid/cycle days – 14 hari. Contoh:
1) Jika kitar haid/cycle days anda 28 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 14
----> 28 – 14 = 14

2)Jika kitar haid anda 30 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 16
----> 30 – 14 = 16

3)Jika kitar haid anda 32 hari, ovulasi berlaku pada hari ke 18
----> 32 – 14 = 18
 
NOTA:
- Cara ini boleh diaplikasikan jika kitaran haid anda TETAP
- Jarang-jarang ada wanita yg mempunya kitaran haid yg TEPAT setiap bulan, kebanyakannya berubah sedikit setiap bulan dalam -+2 hari. Contoh, kitaran haid 28 – 30 hari. Ini boleh dikira TETAP.
- TEPAT dan TETAP adalah dua perkara berbeza. Jika cycle days  anda sentiasa berada dalam julat 28-30 hari, ini dianggap TETAP.
 
Tips bagi meningkatkan peluang untuk hamil:
- Melakukan hubungan seks penetratif setiap 2-3 hari sekali atau 2-3 kali seminggu bagi memastikan sperma hidup sentiasa berada di hujung tiub falopio menunggu untuk disenyawakan.

Masih keliru? Sila hubungi saya jika anda perlukan bantuan.
sms/whatsapp: 0194587610
facebook : www.facebook.com/vitaminkesuburan

TIADA OVULASI, TIADA PREGNANCY

Bismillah...

Jangan terkejut jika saya katakan masih ramai yg tidak tahu apa itu ovulasi. Ovulasi atau waktu subur berlaku apabila telur dibebaskan dari salah satu ovari. Ovulasi ialah perkara yg paling penting bagi mencetuskan kehamilan. Tanpa ovulasi, kehamilan tidak boleh berlaku kerana sperma tidak dapat disenyawakan.

Jadi, kenapa penting untuk tahu bila ovulasi berlaku?
-          Kebiasannya, hanya SATU telur yg matang ketika ovulasi
-          Telur hanya boleh hidup selama 12 – 24 jam sahaja atau kurang selepas ovulasi
-          Datang haid setiap bulan tidak bermakna ovulasi berlaku
-          Tidak datang haid tidak bermakna tiada ovulasi
-          Sperma yg sihat dan berkualitihanya boleh hidup selama 3-5 hari dalam badan wanita
Tanpa ovulasi, kehamilan tidak boleh berlaku. Kalau tidak tahu bila ovulasi, peluang untuk hamil agak tipis.

Mengukur dan merekod suhu basal badan (Body Basal Temperature) ialah salah satu cara untuk mengetahui bila ovulasi berlaku. Suhu basal perlu diukur menggunakan Basal Termometer. Termometer biasa tidak boleh digunakan kerana perubahan suhu Basal sangat kecil, hanya sekitar 0.4 – 1.0 degree/darjah. Suhu badan hendaklah direkodkan sebaik bangun dari tidur, setiap pagi pada waktu yg sama. Kemudian direkodkan pada carta yg disertakan. Kebiasaannya, pada bulan ketiga anda akan dapat menjangka dengan tepat bilakah ovulasi berlaku.


Jika anda berovulasi sebulan sekali, peluang untuk hamil hanya datang sebulan sekali. Jika anda berovulasi 3 bulan sekali, maka peluang untuk hamil hanya datang sebulan sekali. Tidakkah anda mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin?


5 PUNCA UTAMA TIDAK SUBUR DAN SUKAR HAMIL

Bismillah....

Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. 
Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

1. Tiada Ovulasi
- Salah satu punca berlakunya PCOS ialah kerana tiada ovulasi
 - Berat badan berlebihan atau terlalu kurus dan tiroid tidak seimbang boleh menjejaskan ovulasi

2. Masalah kesuburan lelaki
- Infertiliti di kalangan lelaki menjadi punca kepada 1/3 jumlah kes ketidaksuburan
- Berat badan juga boleh mempengaruhi kesuburan lelaki
- Gaya hidup tidak sihat dan terlalu aktif tidak baik untuk sperma
- Inflamasi atau jangkitan pada kelenjar prostat boleh menjadi punca infertiliti

3. Endometriosis
- Terjadi apabila lapisan endometrium berada terbentuk di bahagian luar uterus/rahim
- Boleh menyebabkan pendarahan yg banyak, sakit ketika datang haid dan ketidaksuburan

4. Tiub Fallopio Tersumbat
- Tiub fallopio tersumbat apabila ada tisu abnormal terbentuk di dalam tiub dna menghalang sperma dan telur dari bertemu
- Boleh berpunca dari pembedahan, jangkitan mahupun endometriosis

5. Jumlah telur yg sihat tidak mencukupi
- Wanita dilahirkan dengan jumlah telur yg terhad (finite)
- Jumlah dan kesihatan telur akan menurun apabila usia meningkat

Ingin hamil secara natural tanpa bantuan ubat-ubatan? Set kesuburan Shaklee boleh membantu.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
sms/whatsapp: 0194587610

set subur shaklee


Hormon Penting Bagi Sistem Peranakan Wanita - Part II

Bismillah...

Nota: LH – Luteinizing hormone, FSH – Follicle-stimulating hormone
Kedua-dua hormon ini dihasilkan oleh kalenjar pituitari (pituitary gland).

FSH
Berperanan untuk merangsang pertumbuhan/perkembangan folikel dalam ovari. Tugas folikel termasuklah perkembangan telur, sel yg berada disekeliling telur yg menghasilkan hormon utk menyokong kehamilan dan cecair disekitar telur. Semakin folikel berkembang, hormon estrogen yg dihasilkan oleh sel folikel akan bertambah dan dibebaskan ke dalam salur darah. Estrogen akan menyebabkan dinding uterus menebal sebelum ovulasi berlaku. Peningkatan estrogen dalam darah memberitahu kalenjar hypothalamus dan pituitari untuk memperlahankan penghasilan dan pembebasan FSH.
 LH
Juga berperanan untuk menghasilkan hormon estrogen. Wbp, peranan utama LH ialah sebagai pencetus ovulasi – masa untuk telur dibebaskan daro ovari. Selepas ovulasi, folikel yg menghasilkan hormon akan bertukar menjadi corpus luteum, yg akan menghasilkan estrogen dan juga progestrone pada kadar yg banyak. Progesterone akan menguatkan dinding uterus bagi menyokong implantasi embrio. Jika implantasi tidak berlaku, kadar estrogen dan progesterone akan menurun, dinding uterus akan luruh sebagai darah haid.


Apa akan berlaku jika kalenjar pituitari tidak dapat menghasilkan LH dan FSH? Keadaan ini dipanggil HYPOPITUARISM iaitu apabila kalenjar pituitari gagal untuk menghasilkan hormon pada kadar yg normal. Ramai pakar perubatan yg mencadangkan ALFALFA sebagai rawatan untuk masalah berkaitan kalenjar pituitari seain menyokong fungsi pituitari itu sendiri.

Hormon Penting Bagi Sistem Peranakan Wanita - Part I

Bismillah...

Hari ni, saya akan berkongsi mengenai hormon yg penting untuk sistem peranakan wanita. Dalam erti kata lain, hormon yg penting bagi memastikan kehamilan berlaku. Ada 4 hormon semuanya iaitu ESTROGEN, FSH, LH dan PROGESTERONE. Dan untuk sistem peranakan berfungsi dengan baik, semua hormon ini perlu SEIMBANG.

Setiap hormon memainkan peranan yg tersendiri bagi memastikan kehamilan berlaku bermula dari penghasilan telur, persenyawaan sehinggalah embrio melekat pada dinding uterus.


Estrogen ialah hormon penting untuk sistem peranakan dan seksual wanita. Kebanyakan estrogen dihasilkan dalam ovari. TETAPI ada juga estrogen yg dihasilkan oleh sel lemak dan kalenjar adrenalin.

Antara Peranan Estrogen
---------------------------------
-          Pembentukan sifat fizikal wanita
-          Menetapkan kitaran haid
-          Mengawal pertumbuhan dinding uterus
-          Menyelia pembentukan tulang
-          Menyelia paras kolesterol


Kesan estrogen tidak stabil (tinggi atau rendah)
-----------------------------------------------------------
-          berat badan bertambah tertutamanya di bahagian pinggang, punggung dan peha
-          gangguan kitaran haid
-          kesan psikologi spt mood swings, rasa cemas, kelesuan
-          meningkatkan risiko kanser
-          Vagina kering
-          Keinginan seksual berkurang
-          Ketumpatan tulang berkurang
-          Insomnia/sukar tidur malam
-          Kadar kolesterol meningkat
-          KETIDAKSUBURAN
Kadar estrogen yg tinggi atau rendah boleh menyebabkan KETIDAKSUBURAN kerana terdapat gangguan pada ovulasi, di mana telur yg matang tidak dapat dihasilkan. Bila ovulasi terganggu maka kitaran haid turut terjejas. Estrogen berlebihan adalah antara punca berlakunya PCOS.


PROGESTRONE

Progesterone dihasilkan di dalam ovari, uterus dan kalenjar adrenalin. Ia emainkan peranan penting sebelum dan semasa kehamilan berlaku.
Sebelum kehamilan, progesterone mempersiapkan dinding uterus. Semasa kehamilan pula, progestrone membekalkan nutrien kepada fetus. Selain daripada itu, progestrone juga mengawal selia kitaran haid dan dan keinginan seksual.
Walaubagaimanapun, peranan paling penting progesterone ialah ia bertindak sebagai antagonis kepada estrogen – melindungi tubuh daripada kesan estrogen yg berlebihan. Seperti yg saya update sebelum ini, estrogen boleh mendatangkan risiko kanser tetapi progesterone bertindak mencegah kanser. Estrogen meningkatkan retention air dan garam dalam badan tetapi progesterone ialah diuretik (menggalakkan buang air kecil) semulajadi. Secara ringkasnya, estrogen ialah hormon jahat dan progesterone ialah hormon baik.

Tetapi, tidak bermakna ketiadaan estrogen baik untuk wanita. Tanpa estrogen, menopaus akan berlaku. Dan kehamilan juga tidak boleh berlaku jika salah satu daripada dua hormon ini tiada. Maka, keseimbangan hormon sangat penting bagi memastikan kehamilan dan sistem peranakan berfungsi dengan baik.
Sambungan LH dan FSH - Hormon Penting Bagi Sistem Peranakan Wanita - Part I

pil hormon shaklee


Seimbangkan Hormon Anda Secara Natural dengan Shaklee

Bismillah...
Kalenjar endokrin adalah sekumpulan sel yg kerjanya menghasilkan – HORMON. Antara kelenjar endokrin yg utama termasuklah kelenjar pituitari, pineal, tiroid, adrenalin dan pankreas.
Tahukah anda hormon dihasilkan menggunakan LEMAK dan KOLESTEROL BAIK? Antara sebab ketidakseimbangan hormon berlaku kerana tubuh kita tidak berkemampuan untuk menghasilkan lemak dan kolesterol ini dengan sendiri. Selain dari itu, toksin yg mengandungi bahan kimia juga boleh mengakibatkan hormon tidak seimbang kerana ia boleh menyerupai hormon.
Sistem endokrin ialah sistem yg kompleks dan sukar difahami tetapi, ada perkara-perkara asaa yg boleh kita lakukan untuk membantu tubuh kita menghasilkan dan imbangkan hormon.
1. Jauhi pengambilan Omega-6 lemak tidak tepu
Badan kita memerlukan lemak untuk menghasilkan hormon tetapi lemak tidak tepu sangat tidak stabil dan teroksida ke dalam badan dengan mudah. Lemak tidak tepu boleh dijumpai dalam minyak sayuran, minyak kacang, minyak kacang soya dan lain2. Yang baik, pilih lemak seperti minyak kelapa, butter dan ikan yg kaya dengan OMEGA-3 (Shaklee Omega Guard ada OMEGA-3)
2. Kawal pengambilan kafein
Kafein berlebihan boleh merosakkan sistem endokrin. Anda boleh gantikan kopi dengan teh herba.
3. Elakkan toksin
Toksin yang dijumpai dalam racun serangga, bahan kimia kegunaan di rumah, plastik dan lain2, mengandungi bahan kimia yg merosakkan hormon. Ia boleh meniru hormon dan menghlang tubuh kita dari menghasilkan hormon yg sebenar. Yang terbaik, cari produk dan makanan yg berasaskan sumber organik.
4. Tidur
Tahukan anda, hormon tidak seimbang jika anda tidak cukup tidur? Tidur 6 – 8 jam sehari sudah mencukupi.
5. Amalkan pengambilan SUPPELEMEN dengan bijak
- Supplemen yg tinggi asid lemak baik untuk hormon seperti GLA dan OMEGA GUARD
- Magnesium boleh membantu kita untuk tidur dengan lebih baik selain dari beratus-ratus fungsi lain
- Vitamin D dapat menyokong fungsi hormon. Caranya – berjemur bawah panas matahari!
6. Senaman ringan
Senaman berat seperti kardio, berlari jarak jauh sebenarnya tidak baik untuk hormon yg tidak seimbang. Tidur adalah lebih penting sebenarnya. Dan amalkan senaman seperti berjalan, berenang dan seumpamanya.
7. Senaman angkat berat
Angkat berat atau short bursts of heavy lifting seperti kettlebells, deadlifts, squats, lunges sangat baik kerana ia boleh mencetuskan reaksi hormon yg baik. Fokus kepada hanya 5-7 set dengan berat yg betul-betul mencabar keupayaan anda.
8. Minyak kelapa
Minyak kelapa baik untuk kesihatan hormon. Ia menyediakan blok binaan asas yg penting bagi menghasilkan hormon. 
9. Perbaiki fungsi LEPTIN
Leptin ialah master hormon. Jika leptin tidak seimbang, hormon lain juga turut tidak seimbang. Memperbaiki leptin dapat meningkatkan kesuburan, mudah untuk kurangkan berat badan, tidur yg lebih baik dan mengurangkan radang/inflamasi. Salah satu cara untuk memperbaiki leptin ialah dengan meningkatkan pengambilan OMEGA-3.
pil hormon shaklee

Hubungi saya untuk konsultasi SEKARANG!
Klik link ini untuk PM -> 
www.facebook.com/vitaminkesuburan

Sms/whatsapp: 0194587610 (SHIKIN)

Keguguran - Punca Dan Simptom

Bismillah...

Keguguran atau miscarriage ialah kehilangan fetus dalam tempoh 20 minggu kehamilan. Ramai juga yg tidak menyedari keguguran berlaku apabila ia berlaku pada awal kehamilan

Simptom-Simptom Keguguran
-          Pendarahan yg pada mulanya sedikit menjadi banyak
-          Kekejangan
-          Sakit pada bahagian abdomen
-          Demam
-          Rasa lemah
-          Sakit belakang

Jika anda mengalami antara simptom-simptom di atas, cepat-cepat berjumpa dengan doktor anda.

Punca Berlakunya Keguguran
Kebiasaannya, sebab berlakunya keguguran tidak dapat dikenal pasti. Tapi, kebiasaannya keguguran yg berlaku di awal kehamilan adalah disebabkan kromoson yg tidak normal. Kromoson yg tidak normal tiada kaitan dengan kesihatan ibua atau bapa.
Sebab lain berlakunya keguguran:
-          Jangkitan
-          Pendedahan kepada persekitaran yg merbahaya spt radiasi atau toksik
-          Masalah hormon
-          Uterus tidak normal
-          Serviks tidak berfungsi dgn baik
-          Gaya hidup tidak aihat spt merokok, penggunaan alkohol dan dadah
-          Gangguan sistem immune termasuk Lupus
-          Penyakit buah pinggang yg kronik
-          Penyakit jantung yg kronik
-          Diabetes yg tidak terkawal
-          Penyakit tiroid
-          Ubat
-          Kekurang nutrisi yg kronik

Risiko keguguran meningkat apabila usia semakin meningkat. Kajian menunjukkan risiko keguguran ialah 12% - 15%  bagi wanita lingkungan 20an dan meningkat kepada 25% bagi wanita yg berumur 40an. Peningkatan insiden kromosom yg tidak normal menyumbang kepada risiko keguguran yg disebabkan usia.

Boleh ke saya hamil selepas keguguran?
Ya, sekurang-kurangnya 85% wanita yg pernah keguguran boleh mengandung dan melahirkan secara normal.
Pernah keguguran sekali tidak bermakna anda tidak subur. Tetapi jika pernah keguguran berulang kali, maka sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Pakar berpendapat, wanita yg kekurang folik asid berisiko tinggi untuk mengalami keguguran. Ini kerana, fetus memerlukan folik asid di minggu-minggu awal sebelum kehamilan dapat dikesan.

Cadangan vitamin Shaklee bagi mengelakkan keguguran

Bismillah....

Multivitamin
Sebagai asas keperluan kepada keperluan badan untuk multivitamin dan mineral

Folik Asid
Folik asid sgt penting bagi wanita yg pernah mengalami keguguran. Homocysteine ialah sejenis asid amino yg boleh menyebabkan kerosakan oada lapisan dalam salur darah. Kadar homocysteine(asid amino) yang tinggi dijumpai pada wanita mengalami keguguran berulang kali. Asid folik dan vitamin B12 dapat mengawal homocysteine ini. Selain drpd itu, asid folik dapat mencegah spina bifida.

Vitamin E dan Selenium
Dapat membantu mencairkan darah dan menghalang pembekuan darah.
Para penyelidik mendapati, wanita yg keguguran memiliki kadar selenium yg rendah berbanding wanita yg tidak keguguran. Selenium ialah sejenis antioksida yg kuat dan dapat mencegah perpecahan kromosom dan kerosakan DNA iaitu punca keguguran dan kecacatan pada kelahiran. Selenium juga amat penting untuk pembentukan sperma yg sihat.

Zinc
Zinc paling banyak dijumpai dalam sperma. Jumlah yg mencukupi diperlukan bagi membina lapisan luar dan ekor sperma. Oleh itu, memang jelas zinc sangat diperlukan bagi menghasilkan sperma yg sihat.
Zinc juga ialah komponen material  genetik yang penting. Kekurangan zinc boleh mengakibat perubahan pada kromosom suami/isteri yg boleh membawa kepada keguguran.
 Zinc juga memainkan peranan yg penting dalam pembahagian sel. Jika anda faham bagaimana fetus terbentuk daripada telur dan sperma, anda akan tahu betapa pentingnya pembahagian sel. Kerana itu, zinc yg mencukupi amat penting ketika persenyawaan.

Co-Enzyme Q10
Amat penting utk proses penghasilan tenaga dan metabolik karbohidrat yg normal. Wanita yg memiliki kadar CoQ10 yg rendah, berisiko untuk mengalami keguguran. CoQ10 juga ialah sejenis antioksida. Oleh itu, ia amat baik untuk melindungi sperma daripada kerosakan. Sperma yg rosak atau tidak normal boleh membawa kepada keguguran.
CoQ10 banyak didapati pada bahagian antara kepala dan ekor sperma, yg memberi tenga untuk sperma bergerak dan lain2. Oleh itu, CoQ10 memainkan peranan penting dalam motility sperma.

Omega 3 Fatty Acids

Asid lemak ini sangat penting utk sistem peranakan dan fungsi hormone yg sihat, menghalang pembekuan darah yg tidak normal dan mengawal inflamasi yg mungkin boleh menyebabkan keguguran. Ia juga sangat penting bagi kaum lelaki kerana air mani mengandungi prostaglandin yg dihasilkan oleh asid lemak ini. Sperma yg tidak berkualiti, tidak normal, motility tidak baik atau bilangan sperma rendah tidak mengandungi kadar prostaglandin yg mencukupi.

Set Mengelakkan Keguguran Shaklee
Wanita
- Vitalea Iron
- Zinc
- Omega Guard
- Vita E 
- BComplex

Lelaki
- CoQHealth
- Zinc
- Vita E

Hubungi saya untuk konsultasi
sms/whatsapp: 0194587610