Testimoni GLA - Pengalaman sendiri

Bismillah...

Tahun lepas, kitaran haid saya dah mula “gila”. Bulan ni ada, bulan depan tak ada. Kitaran haid menjadi semakin panjang dan kuantiti haid yg keluar sangat sedikit. Berlanjutan selama hampir setengah tahun sampailah saya tak tahan dah, saya mula mengamalkan Shaklee GLA.
Dua bulan pertama sebaik saya makan GLA, haid saya tip-top, on-time dan cukup 7 hari. Tapi masuk bulan ketiga, haid saya “gila” semula. Bulan itu saja, haid/istihadah datang 2 kali. Pusingan pertama lewat 3 hari dan haid keluar selama 7 hari, kering 5 hari. Pusingan kedua bermula, keluar mcm lendir dan darah pekat yg bukan mengalir sepanjang hari. Beterusan selama hampir 10 hari (saya rasa ini darah istihadah).
Walaupun begitu, saya tetap teruskan makan GLA sebab saya percaya ini adalah sebahagian daripada healing crisis.

Selepas kering 10 hari, haid datang semula. Kali ini, semuanya kelihatan normal dari segi kuantiti dan konsistensi. Dan berhenti sebaik cukup 7 hari. Berdebar menunggu kitaran seterusnya sambil berdoa semoga kitaran saya kembali normal. Alhamdulillah, cukup 28 hari barulah kitaran haid seterusnya bermula. Dan kekal begitu sehingga kini walaupun saya tidak lagi mengambil GLA (sebab dah ambil Vivix).
Rupa-rupanya, ramai juga yg mengalami nasib yg sama seperti saya sewaktu mula mengambil GLA. Ada juga yang berhenti dari mengambil GLA kerana tak tahan dengan healing crisis yg menyebabkan haid yg kucar kacir.

Nasihat saya, jangan berhenti separuh jalan. Badan kita mengambil masa untuk pulih kembali. Jika haid sudah tidak teratur sejak 2 tahun yg lalu, takkan boleh diperbetulkan dalam masa yg singkat, kan? Nasib saya agak baik, sebulan sahaja kitaran haid kembali normal. Ada antara rakan-rakan saya yg ada masalah kesuburan, mengambil masa 7-8 bulan untuk haid kembali normal dan akhirnya berjaya hamil. Apabila kitaran haid tetap, peratusan untuk ovulasi berlaku sangat tinggi.




No comments :

Post a Comment