Kesan buruk kafein ke atas kesuburan

Bismillah...


Hasil kajian menunjukkan kafein mendatangkan kesan buruk ke atas kesuburan dengan mengurangkan kontraksi otot tiub fallopio. Apabila tiada  kontraksi, maka telur tidak akan dapat bergerak dari ovari menuju ke uterus untuk disenyawakan. Kemungkinan untuk kehamilan luar rahim juga boleh berlaku jika embrio tersekat dan membesar di tiub fallopio. Kajian yg lain juga menunjukkan peluang untuk hamil menurun sebanyak 27% apabila mengambil 3 cawan kopi sehari. Pengambilan lebih dari 500mg kafein sehari adalah tidak baik untuk kesuburan.

Antara senarai makanan/minuman yg mengandungi kafein:
-          kopi (espresso, latte, frappucino, kek)
-          coklat (kek coklat, aiskrim)
-          minuman ringan (Coke, Pepsi, Mountain Dew, Diet Coke )
-          minum tenaga (100 Plus, Revive, RedBull)
-          teh


Bagi penggemar kopi atau Coffee Addict, kebiasaannya akan mengalami “withdrawal symptom” apabila mencuba untk berhenti minum kopi. Kebanyakan pakar mencadangkan supaya mengurangkan pengambilan kopi sedikit demi sedikit dan bukannya secara mendadak. Kadar pengambilan kopi/kafein yg dicadangkan ialah 100mg sehari.


Sepuluh tahun yg lalu, saya bukan penggemar kopi. Tapi dua tahun yg lepas, saya jadi penggemar kopi sampai sehari boleh minum dua mug café latte. Saya salah tekanan/stress di tempat kerja yg mengakibatkan saya jadi penggemar kopi. Bukannya boleh hilangkan stress pun tapi mesti nak minum setiap hari. Tiga bulan lalu saya mula melawan addiction saya terhadap kopi. Bila saya rasa nak minum kopi, saya akan minum green tea atau makan dark chocolate. Masih mengandungi kafein tapi sangat rendah berbanding dgn kopi. Sekarang, saya mampu bertahan dengan satu mug cafe latte seminggu. Target selepas ini, satu mug cafe latte dua minggu J

No comments :

Post a Comment