Diet sihat untuk Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) - GLUTEN FREE

Bismillah...

Saya sering terjumpa mengenai gluten-free diet bila saya mencari maklumat berkenaan dengan diet sihat bagi penghidap PCOS. Ramai penghidap PCOS tidak sedar yang mereka gluten inolerance iaitu sensitif terhadap pengambilan gluten.

Gluten ialah sejenis protein yg terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rye. Oleh itu, makanan yg diperbuat daripada tepung gandum seperti roti mengandungi gluten. Ia boleh mengakibatkan simptom PCOS bertambah buruk.

Apakah kesan gluten terhadap penghidap PCOS?
Antara simptom utama penghidap PCOS ialah berat badan berlebihan, sukar menurunkan berat badan dan kembung(bloated), yg berpunca daripada pengambilan gluten.

Bagaimana pengambilan gluten memburukkan lagi keadaan PCOS?

  1. Gluten menyebabkan inflamasi yg boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti gangguan(disorder), athritis, jantung, diabetes
  2. Menyebabkan tubuh stress lalu kelenjar adrenalin akan membebaskan lebih banyak hormon kortisol
  3. Menurunkan kadar hormon seksual
  4. Turut menjejaskan sistem penghadaman


Kesan pengambilan gluten
-          Sering berasa lesu
-          Sukar tidur
-          Sakit sendi dan otot
-          Senang sakit : demam, selesema
-          Pertambahan berat badan atau sukar menurunkan berat badan
-          Daya fokus dan ingatan yang lemah
-          Kadar gula dalam darah rendah
-          Alergi, asthma, hypothyroidism

Apakah cara untuk merawat gluten intolerance ini? Senang je...ELAKKAN GLUTEN atau GLUTEN FREE. Ramai penghidap PCOS berjaya mengawal simptom PCOS dengan mengamalkan diet bebas gluten. Antaranya, Amy Medling dari www.pcosdiva.com

No comments :

Post a Comment