Insulin Resistance dan PCOS

Bismillah..

Akak SA dah lama ngidam nak cerita pasal IR ni. Ilmu masih cetek...kalau ada yg nak tambah/perbetulkan, silakan.

Anda mengalami:
Kenaikan berat badan mendadak?
Sukar menurunkan berat badan?
Haid tidak teratur?
Besar kemungkinan anda mengalami PCOS (Plycystic Ovarian Syndrome) yg disebabkan oleh Insulin Resistance (Kerintangan Insulin)

Insulin Resistance berlaku apabila insulin (sejenis hormon yg dihasilkan oleh pankreas) hilang sensitiviti terhadap kehadiran gula dalam darah. Insulin sepatutnya bertindak untuk mengeluarkan gula daripada salur darah supaya dapat digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, insulin resistance menyebabkan pankreas merembeskan lebih banyak insulin kerana ia tidak lagi dapat mengesan kehadiran gula dalam darah dengan baik.

Insulin Resistance kebiasaannya dikaitkan dengan penyakit berikut:
- OBESITI
- diabetes type 2
- darah tinggi
- kadar kolesterol tidak normal
- penyakit jantung
- PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) //berkaitan dengan fertiliti

Simptom-simptom Insulin Resistance
-          Saiz pinggang lebih dari 40 inci utk lelaki dan 35 inci untuk wanita
-          Kenaikan kadar trigliserid
-          Kadar kolesterol baik (HDL) yg rendah
-          Tekanan darah 130/85 atau lebih atau adalah masalah hipertension
-          Kadar glukos dalam darah 100 mg/dL atau lebih tinggi atau menerima rawatan untuk kencing manis

No comments :

Post a Comment