Punca Rahim Membengkak - Fibroid atau Cyst?

Bismillah...

Isu rahim bengkak memang tengah "hot" sekarang ni. Jadi, saya pun curious nak tahu - kenapa rahim membengkak? Jom baca hasil pemahaman saya melalui pembacaan laman web dan fb Dr Malinda Mohd Ali, Dr Zubaidi dan Dr Hamid Arshat.

Sebenarnya, istilah "rahim bengkak" ini adalah istilah yg lemah (artikel). Doktor sepatutnya memberitahu di manakah punca yg menyebabkan saiz rahim membesar. Sama ada ada ketulan dikesan dan di manakah kedudukan ketulan itu di dalam rahim. Tak kurang juga ramai pesakit yg selalu keliru antara Uterine fibroid atau Ovarian cyst. Kedua-dua ini adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'. Perhatikan di mana kedudukan rahim dan di mana letaknya ovari. Berbeza kan?




Uterine Fibroid
Tidak semua wanita yg ada masalah fibroid mengalami sebarang simptom-simptom yg menandakan mereka ada fibroid. Berdasarkan kajian, 20-50% wanita dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor akibat tidak mengalami sebarang simptom. Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Ovarian Cyst
Ovarian cyst adalah kantung yg mengandungi cecair dan berada di dalam kilang ovari. Cyst adalah sejenis tumbuhan (maksudnya ia mengalami pertumbuhan dan semakin membesar) dan boleh mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair becampur protin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak atau lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dll

"Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement" - Dr Malinda

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Estrogen Yang Berlebihan (Estrogen Dominance)
Ini kerana, pertumbuhan fibroid dan cyst bergantung pada estrogen. Anda lebih berisiko untuk mendapat fibroid atau cyst jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang.
Keadaan hormon tidak seimbang ini biasa terjadi terhadap mereka yg mengalami masalah PCOS dan Endometriosis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan atau infertiliti.
Pil perancang atau contraceptive juga boleh menjadi punca kepada fibroid atau cyst kerana ia boleh mengakibat keadaan hormon estrogen yg tidak seimbang.

2. Badan mengandungi Xenoestrogen yang tinggi
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang bermaksud ia boleh berada dalam persekitaran termasuk makanan, air, bahan kimia dari industri ataupun produk penjagaan kecantikan.Walaupun ia bukan estrogen sebenar, ia masih boleh menganggu mahupun merangsang fungsi estrogen dalam tubuh kita.
Xenoestrogen boleh berada dalam phthalates (bahan dlm plastic atau getah), racun serangga (pesticides), tembakau dan banyak lagi.

3. Berat badan berlebihan/obesiti
Bila berat badan berlebihan maknanya tubuh kita ada lemak berlebihan Sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan berlebihan, maka lagi banyak sel lemak yg berupaya menghasilkan estrone. Estrone ini yang digelar "bad estrogen", juga dikatakan punca kanser. Estrone adalah satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopaus. Selain daripada itu, lemak juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

4. Genetik/Keturunan
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Simptom fibroid /cyst
- masalah kesuburan
- kerap rasa ingin terkencing/tidak boleh mengawal pundi kencing
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut kembung/membuncit
- pendarahan abnormal

Cadangan bagi mengelakkan fibroid - Dr Hamid Arshat
1. Jika ada ahli keluarga yg ada penyakit ini, perlu ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Genetik memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2.

2. Kawal paras hormon estrogen

3. Kawal pengambilan makanan yg mengandungi gula , minyak dan lemak berlebihan kerana ia dapat merangsang penghasilan estrogen.
Ambil makanan yang mengandungi natural progesterone diantaranya ialah keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

4. Jauhkan minum airdalam bekas plastik kerana ia mengandungi phatalates yg boleh menghasilkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.
Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.

5. Jauhi penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Begitu juga produk penjagaan diri, bahan pencuci dapur dan rumah, sebaiknya diubah kepada yang organik.

6. Amalkan pengambilan daging haiwan organik, ini lebih selamat untuk penghidap fibroid, dan endometriosis.

7. Jauhi caffeine, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang munkin boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid

8. Jauhi produk yg mengandungi paraben. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.

Bagaimana dengan produk soya? Yang ini saya akan share di entri yg seterusnya nanti.

Yang penting, dapatkan konsultasi daripada pengedar Shaklee mahupun pengedar apa jua produk kesihatan yang benar-benar tahu akan masalah kesuburan yg anda alami. Tidak semua supplemen sesuai untuk semua jenis masalah. Jika pengedar itu tidak tahu, cari pengedar lain. Ini kerana, anda bertanggungjawab akan apa yg anda masukkan ke dalam badan anda.

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut mengenai produk Shaklee yg bersesuaian dgn masalah kesuburan anda.
sms/whatsapp/telegram - 0194587610 (SHIKIN)
fb : www.facebook.com/vitaminkesuburan

No comments :

Post a Comment