Cara Menggunakan Ovulation Prediction Kit (OPK)

Bismillah...
Sekarang ni dah banyak alat bantuan atau tool bagi menjangka bilakah ovulasi akan berlaku seperti Basal Thermometer, Ovulation Microscope atau Saliva Ovulation Predictor dan termasuklah, Ovulation Prediction Kit.

Ovulation Prediction Kit ini menggunakan kaedah lonjakan LH atau LH Surge. Pembebasan Luteinizing Hormon yang banyak akan menyebabkan berlakunya ovulasi - telur dibebaskan dari ovari ke dalam tiub falopio. Peningkatan LH atau LH Surge yg berlaku ketika waktu ini amat ketara berbanding waktu lain dalam kitaran haid dan akan berlaku SEBELUM ovulasi. Dianggarkan, persenyawaan boleh berlaku dalam jangka masa 24-48 jam selepas LH Surge. Jika kit ujian LH anda menunjukan positif, maka anda mungkin berada dalam keadaan paling subur sepanjang kitaran haid anda.

Masa yang paling sesuai untuk mengambil sampel ujian air kencing adalah pada masa yg sama, antara 12 tengah hari - 8 malam. Bukannya pada waktu awal pagi, seperti mengambil sampel kencing untuk ujian kehamilan (UPT). Sampel air kencing perlu dikumpul menggunakan bekas plastic atau kaca. Sangat penting, puasa air selama 3 jam sebelum melakukan ujian.

Masa Yang Sesuai Untuk Melakukan Ujian

1. Kitaran Haid Normal dan Tetap
Tiada masalah jika kitaran haid anda tetap ataupun beza 1-2 hari. Jika beza 1-2 hari, kira purata hari bagi 3-5 bulan kitaran haid yg sebelumnya. Lakukan ujian selama 5 hari bermula pada hari seperti jadual di bawah (Mulakan Ujian Pada Hari Berikut Dalam Kitaran Haid)
Contoh : 
Bulan Jun - 28 hari
Bulan Julai - 29 hari
Bulan Ogos - 30 hari
-->>28+29+30/3 = 30 hari
Purata Kitaran = 30 hari
Jadi, mulakan ujian OPK pada hari ke - 14 selama 5 hari atau sehingga anda mendapat keputusan positif

2. Kitaran Haid Tidak Tetap
Untuk kitaran haid yg tidak tetap, cara untuk menjangka ovulasi secara kasar ialah dengan mengambil kira kitaran haid paling panjang dan paling pendek. Dan digalakkan untuk menggunakan data dari 5 kitaran haid yg sebelumnya bagi mendapatkan anggaran tempoh subur yg tepat.
- Kitaran haid paling panjang ditolak 12 hari
- Kitaran haid paling pendek ditolak 16 hari

Contoh : 

Jika kitaran haid anda berada di antara 26-35 hari
Kitaran haid paling panjang : 35 - 12 = 23
Kitaran haid paling pendek : 26 - 16 = 10
Jadi, waktu subur anda berada antara hari ke 10-23


Cara 1 - Lakukan ujian pada setiap hari dari hari ke 10 - 23
Cara 2 - Perhatikan perubahan yg berlaku pada cecair mukus. Lakukan ujian apabila tekstur dan warna cecair mukus mula berubah.

Cara merekod

Sangat PENTING bagi anda melabel hari dan waktu pada OPK. Dan simpan kesemua test strip sehingga anda menemui keputusan ujian positif. Ini amat penting untuk anda melihat dan menbandingkan perubahan yg berlaku pada ujian OPK anda. Lihat contoh di bawah, bagaimana perubahan pada test strip dari hari ke-12 hingga hari ke-17.


opk result


Menentukan Keputusan Ujian

Hasil ujian OPK boleh memberikan keputusan positif, negatif dan invalid(tidak sah). Waktu terbaik untuk melihat keputusan ujian adalah 3-5 minit selepas mengambil sampel.
1. Positif
Jika jalur ujian(test) adalah sama warna atau lebih gelap dari jalur kawalan (control)

2. Negatif
Jika jalur ujian(test) lebih pudar dari jalur kawalan(control) atau langsung tiada jalur

3. Tidak Sah (Invalid)
Jika jalur kawalan (control) tidak muncul dalam tempoh 10 minit atau kedua-dua jalur tidak muncul



Jika anda mendapat keputusan ujian OPK yg positif, anda digalakkan untuk bersama suami secepat mungkin dan untuk 3 hari yang berikutnya. Ini adalah untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil dengan mengambil kira jangka hayat telur dan sperma dalam badan.

<<SPECIAL Untuk Customer Cahaya Mataku>>
5 Keping Ovulation Prediction Kit (OPK) PERCUMA Untuk Setiap Pembelian Set Kesuburan

***Pembelian set basic kesuburan(GLA +Zinc) pun dah boleh dapat OPK Percuma
***Hanya terdapat di Cahaya Mataku SAHAJA, takda kat pengedar Shaklee yang lain, takda kat cawangan Shaklee

sms/whatsapp/telegram: 0194587610
pm: cahaya mataku



1 comment :

  1. Assalam. Nice artikel. Mohon share dalam blog saya. Saya akan kredit saudari.

    ReplyDelete