Soya Tidak Baik Untuk Wanita?

Bismillah...

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong. Saya cuba berkongsi beberapa isu dan kajian yg telah dijalankan ke atas soya dan isoflavone.

Soya adalah sejenis Phytoestrogen
Phytoestrogen ialah sejenis kompaun dari tumbuhan yang berupaya menghasilkan aktiviti yg sama seperti estrogen (estrogenic activity). Isoflavone pula diklasifikasikan sebagai sejenis phytoestrogen. Tumbuhan yg mengandungi isoflavone ini termasuklah soya.

Estrogenic dan Anti-Estrogenic
Isoflavone soya telah diketahui memiliki estrogenic aktiviti yg lemah. Estrogen reseptor bukan sahaja terdapat pada tisu sistem peranakan tetapi juga pada tisu pada bahagian badan yg lain. Pada sesetengah tisu badan, isoflavone mampu merangsang kesan estrogen (estrogenic effect). Dan pada sesetengah tisu badan yg lain, isoflavone mampu menghalang kesan estrogen (anti-estrogenic effect).
Antara faedah estrogenic terhadap tisu badan seperti meningkatkan kepadatan tulang dan merendahkan kadar kolesterol. Manakala, faedah anti-estrogenic terhadap tisu badan seperti payudara, prostate dan rahim, pula dapat merendahkan risiko penyakit kanser. Kebolehan isoflavone dalam merangsang dan menghalang aktiviti estrogen menjadi topik fokus kepada para saintis untuk mengkaji dengan lebih lanjut.

Soya dan kanser payudara
Dianggarkan wanita Asia mengambil isoflavone dari soya antara 25-50mg sehari dan wanita bukan Asia mengambil isoflavone dari soya kurang dari 2mg sehari. Tetapi, kadar kanser payudara di negara Asia adalah jauh lebih RENDAH dari negara barat. Wbp, buat masa ini bukti yg menunjukkan soya dapat merendahkan risiko kanser payudara adalah tidak mencukupi.

Soya dan kanser endometrial
Pertumbuhan kanser endometrial adalah berpunca dari kesan pendedahan terlalu lama kepada estrogen dominan, bermakna kehadiran estrogen tidak diseimbangkan dengan progestron. Jadi, kesan anti-estrogenic dalam isoflavone dikatakan mampu mencegah kanser endometrial. Pernyataan ini disokong melalui hasil kajian ke atas sekumpulan wanita, di mana pengambilan isoflavon soya oleh wanita yg menghidap kanser endometrial dikatakan lebih rendah berbanding wanita yg tidak menghidap kanser. Wbp, bukti menunjukkan isoflavone soya mampu merendahkan risiko kanser endometrial adalah terhad.

Gangguan terhadap paras hormon dan kitaran ovulasi
Meskipun ada kajian menunjukkan isoflavone mampu mengganggu hormon akibat dari estrogenic activity, tetapi banyak kajian menunjukkan isoflavone soya tiada impak ke atas paras hormon wanita. Salah satu dari kajian terkini ke atas 34 wanita yg mengambil 100mg sehari selama setahun, dan tiada sebarang perubahan ditemui pada paras hormon ketika fasa luteal.
Tetapi yg menariknya, dalam banyak-banyak kajian ada satu kajian yg menunjukkan pengambilan isoflavone soya menyekat penghasilan estradiol ketika fasa luteal yg berlaku pada seorang wanita Asia. 

Kesimpulan
Soya isoflavone memiliki sifat estrogenic dan anti-estrogenic pada masa yg sama. Wbp, kebanyakan kajian memberikan kesimpulan bahawa yg bukti ada masih tidak cukup bagi mengatakan soya adalah MERBAHAYA untuk kesihatan mahupun mampu menjadi punca kepada sebarang penyakit. Ini kerana, metabolisme adalah pengaruh yg kuat kuat terhadap kesan biologikal soya isoflavone dan bergantung kepada aktiviti bakteria dalam usus besar yg berbeza bagi setiap orang. Saya berpegang kepada saranan Dr Malinda dalam blog beliau - "Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari" .Dan pastikan soya yg digunakan adalah non-GMO.

Rujukan
http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/phytochemicals/soyiso/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3074428/


No comments :

Post a Comment