PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) Punca Sukar Hamil

Bismillah....

PCOS adalah merupakan salah satu punca infertiliti dan masalah haid yg semakin menjadi-jadi di kalangan wanita. Dianggarkan sebanyak 10% dari kaum wanita menghidap PCOS dan 30% daripada pesakit yg menrima rawatan fertiliti menghidap PCOS. Perkataan polycystic adalah merujuk kepada keadaan dalam kelenjar ovari yg kelihatan seperti banyak cyst di dalamnya.

Simptom-simptom

1. Haid Tidak Teratur
- jarang datang haid
- tiada haid selama berbulan-bulan
- haid yg kerap dan berpanjangan

2. Hormon testosteron yg berlebihan
- berbulu lebat di tempat yg tidak wajar bg perempuan spt dagu, misai, perut mahupun payudara (Hirsutism)

3. Ovari mempunyai banyak cyst
- cyst ini adalah folikel-folikel yg besar tapi tidak melalui ovulasi

Ultrasound menunjukkan cyst(lubang hitam) yg berada dalam ovari

Seorang wanita dikatakan menghidap PCOS sekiranya mereka mengalami dua daripada ciri-ciri di atas. Di samping itu, 50% daripada penghidap PCOS juga mengalami obesiti atau berat badan berlebihan.

Punca
Punca sebenar seseorang wanita menghidap PCOS masih menjadi tanda tanya. Pesakit PCOS biasanya mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap penyakit yg sama atau gejala-gejala yg berkaitan dengan PCOS Kebanyakan daripada pesakit PCOS mempunyai sejarah keluarga yg mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, hyperlipidemia(lemak berlebihan dalam darah) dan penyakit jantung koronari.

Kaitan PCOS dan INFERTILITI
Seorang wanita dikatakan subur apabila mengalami proses ovulasi setiap bulan secara tetap. Tetapi bagi penghidap PCOS, ovulasi mereka berlaku tidak menentu dan teratur. Ini menyebabkan kesuburan mereka turut terjejas. Penghidap PCOS mempunyai banyak simpanan folikel tetapi kesemua folikel ini tidak matang akibat dari hormon yg tidak seimbang. Folikel-folikel yg terjejas perkembangannya tidak dapat mengalami proses ovulasi dan telur yg berada dalam folikel akan terperangkap. Folikel-folikel ini dapat dilihat melalui pemeriksaan ultrasound. Folikel-folikel yg banyak ini juga bertangunggjawab menghasilkan hormon testosteron iaitu hormon lelaki yg menyebabkan berlakunya gejala Hirsutism.

Rawatan/Treatment Memulihkan Kesuburan Penghidap PCOS
Antara langkah-langkah yg boleh diambil ialah:
1. Menurunkan berat badan
2. Menggunakan ubat-ubatan yg boleh merangsang ovulasi seperti clomiphene citrate
3. Menggunakan ubat-ubatan merangsang ovulasi melalui suntikan gonadotropin
4. Menggunakan ubat-ubatan anti-insulin(punca berat badan sukar turun) seperti metformin
5. Pembedahan laparoskopi pada ovari (ovarian drilling)

set pcos


Set Supplemen untuk PCOS 

(membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sensitiviti insulin dan merangsang ovulasi)

1. GLA Complex

- seimbangkan hormon

- bila hormon dah stabil, ovulasi akan berlaku
- meningkatkan peluang persenyawaan dengan menghasilkan cecair kesuburan



2. B-Complex

- membekalkan asid folik yg diperlukan oleh wanita yg ingin hamil
- membekalkan vitamin B12 dan B6 yg amat penting untuk hamil
- meredakan stress (TTC senang stress kan...)



3. Alfalfa

- mengurangkan kadar asid dalam badan kerana asid boleh menjejaskan kesihatan telur
- detoks lemak dan toksin 



4. Omega

- fungsi 2 dalam 1, untuk kesuburan dan kuruskan badan
- membakar lemak dan mengawal selera makan
- seimbangkan hormon
- menjaga kesihatan organ peranakan
- meningkatkan sensitiviti insulin(punca sukar kurus)



**Supplemen Shaklee diperbuat dari sumber semulajadi. Sebab itu salah satu motto Shaklee ialah - ALWAYS GREEN. 


Diet PCOS bantu turunkan berat badan




Tak pasti jika anda ada PCOS? Saya akan cuba bantu anda.

Hubungi saya untuk konsultasi dan harga.
SMS/Whatsapp: 0194587610




No comments :

Post a Comment