Bismillah...
Merupakan penyakit di mana endometrium seorang wanita itu didapati terletak atau tertanam di luar rahim. Endometrium ialah selaput yg meliputi rongga rahim dan merupakan sebahagian dari dinding rahim. Endometrium akan mengalami penebalan dan kemudiannya akan terhakis dan menipis. Penghakisan endometrium inilah yg akan keluar sbg darah haid. Pendarahan haid ini akan berlaku setiap bulan selagi berlakunya ovulasi dan tidak hamil.
Dalam kes penyakit endometriosis, endometrium ini didapati di tempat2 lain di luar rahim seperti pada permukaan ovari, dalam ovari, dinding luar rahim, permukaan dinding luar usus dan lain2. Sel2 endometrium di luar rahim ini akan menjalani proses yg sama dgn endometrium dalam rongga rahim ketika waktu kedatangan haid - berlakunya pendarahan.
Pendarahan inilah yg menjadi punca masalah kerana ia boleh mengakibatkan radang/inflamasi setempat yg menyebabkan organ melekat sesama sendiri. Organ yg paling kerap terlibat dgn penyakit endometriosis ialah ovari, tiub falopio, selaput peritoneum pada pelvis, bahagian belakang rahim dan ligamen uterosakral. Kerosakan pada organ2 ini adalah punca penghidap endometriosis mengalami kesukaran utk hamil.
Simptom-simptom Endometriosis- Tiada gejala (penyakit dikesan secara tidak sengaja)
- Sakit ketika datang haid (berlaku dikalangan 70% penghidap endometriosis)
- Sakit ketika melakukan hubungan seks
- Sakit belakang (back pain)
- Sakit perut yg berterusan walaupun tidak kedatangan haid
- Air kencing mengandungi darah ketika kedatangan haid (sel endo merebak ke pundi kencing)
- Pendarahan rektum (salur najis) ketika datang haid (sel endo merebak ke rektum)
- Pendarahan haid yg tidak menentu (sel endo merebak ke ovari)
Endometriosis boleh mengakibatkan bermacam lagi komplikasi selain daripada kesukaran untuk hamil seperti:
- Kesakitan yg berpanjangan
- Gangguan kitaran haid
- Salur ureter tersumbat
- Kegagalan buah pinggang
- Salur usus tersumbat
- Kesukaran buang air besar (rasa sakit pada salur najis)
- Gangguan emosi
- Masalah seksual
Rawatan Penyakit Endometriosis
Endometriosis ini bergantung kepada hormon estrogen. Maka, selagi wanita itu kedatangan haid, selagi itulah penyakit endometriosis akan terus dialaminya. Malah 1/3 daripada penghidap endometriosis, penyakit mereka menjadi bertambah serius.
Ketika hamil, endometriosis menjadi tidak aktif dan pulih utk sementara waktu. Ini kerana, semasa kehamilan kehadiran hormon progesteron sgt tinggi. Progesteron dapat bertindak sbg ubat semulajadi utk penyakit endometriosis. Wbp, spt yg diketahui, penghidap endometriosis mengalami kesukaran utk hamil.
Antara rawatan yg biasa diberikan kpd pesakit endometriosis ialah :
- ubat tahan sakit (paracetamol, mefenamic acid(
- ubat hormon progesteron
- rawatan pembedahan laparoskopi
- open surgery bg mengeluarkan cyst
Supplemen yg baik utk penghidap endometriosis
1.Vitamin E
- sejenis antioksidan yg dpt membantu menghalang pertumbuhan tisu abnormal spt sel endometriosis
2.Omega-3
- dapat mengurangkan inflamasi/radang dan sengugut, seimbangkan hormon estrogen dan progesteron
3.Vitamin C
- memastikan imun sistem berada di tahap optimum. Pesakit endo memiliki antibodi yg lemah
4. Kalsium
- mengandungi magnesium yg dpt merehatkan otot dan mengurangkan senggugut
Hubungi saya utk konsultasi.
Vitaminfertiliti.blogspot.com
Sms/whatsapp:0194587610
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
alhamdulillah, moga bermanfaat untuk semua
ReplyDelete