Organ Reproduktif Wanita

Bismillah...

Pengetahuan berkenaan organ reproduktif dan bagaimana ia berfungsi sangat penting. Ia adalah asas utk memahami masalah-masalah fertiliti atau kesuburan yg berlaku kepada kita. Organ reproduktif ialah organ yg bertanggungjawan dalam proses pembiakan. Tanpa organ-organ ini atau jika organ-organ ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna, proses pembiakan atau kehamilan tidak akan terjadi. Setiap organ pembiakan mempunyai tugas dan fungsi yg tertentu.

Organ reproduktif wanita terdiri daripada:
1. Vulva
- genitalia atau bahagian luar kemaluan

2. Faraj (Vagina)
- faraj mempunyai kulit yg nipis dan boleh mengeluarkan lendiran
- kedalaman faraj seorang wanita berbeza dengan yg lain

3. Serviks (Pangkal Rahim)
- pintu keluar rahim
- organ reproduktif yg paling penting dan mudah terdedah kpd jangkitan
- kelenjar pada dinding servik yg mengeluarkan rembesan cecair faraj

4. Rahim
- Organ yg terbesar dalam sistem reproduktif wanita
- Terletak antara pundi kencing hadapan dan rektum di belakang
- Tempat janis membesar semasa proses kehamilan
- Saiz rahim 6-7cm panjang dan 3-4cm lebar boleh membesar sehingga 6-7 kali ganda semasa hamil
- Selaput pada dinding rahim dipanggil endometrium

5. Tiub Falopian
- Sifatnya yg mudah bergerak penting dalam proses persenyawaan
- Lazimnya berukuran 10cm panjang
- Mempunyai satu hujung yg terbuka yg dipanggil hujung fimbrial
- Proses persenyawaan berlaku di bahagian tiub falopian yg dipanggil ampula

6. Kelenjar ovari
- Berfungsi sbg kelenjar yg mengeluarkan hormon estrogen, progesteron dan androgen
- Menghasilkan benih wanita atau ovum
- Secara normal, terdapat dua kelenjar terletak di kiri dan kanan rahim
- Permukaan dalam ovari terdiri daripada folikel
- Saiz folikel berbeza-beza mengikut kematangan
- Jumlah folikel berbeza mengikut umur
- Selepas mencapai baligh/puberty, jumlah folikel yg tinggal ialah 300,000


Daripada gambarajah 1.2, kita dapat lihat hubungan dari faraj, salur servik, rongga rahim hingga ke tiub falopian.  Tiub falopian pula mempunyai hubungan yg rapat dengan ovum melalui bukaan yg dipanggil hujung fimbrial. Hubungan dari faraj hingga ke ovari ini sangat penting kerana ini adalah saluran yg menghubungkan benih wanita iaitu telur/ovum dengan benih lelaki iaitu sperma. Jika di mana-mana salur atau hubungan ini tersumbat, ini akan menganggu proses persenyawaan antara ovum dengan sperma. Keadaan akan menjadi punca kepada infertiliti. 

Hubungan antara salur ini juga menunjukkan, jika ada sebarang jangkitan pada mana-mana bahagian pada salur ini, ia berpotensi untuk menjangkiti bahagian-bahagian yg lain. Ini termasuklah penyakit berjangkit, fibroid mahupun kanser. 

Pelihara organ reproduktif kita sebaik mungkin. Ambil makanan yg berkhasiat, lakukan senaman dan pastikan sentiasa bersih. Jika terdapat tanda-tanda yg mencurigakan spt keputihan yg melampau, berbau atau berwarna, perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. 

(Dipetik dari buku Panduan Lengkap Reproduksi Manusia dan Rawatan Infertiliti)

No comments :

Post a Comment