Bismillah...
Biasanya kaedah suntikan ini akan disarankan jika gagal dirawat dengan ubat makan seperti Clomid. Ada juga ubat suntikan diberi dgn tujuan utk meningkatkan kesan ubat makan.
Ada dua jenis kaedah suntikan:
1. Suntikan bawah kulit
2. suntikan ke dalam otot
Ada banyak jenis ubat suntikan bagi merangsang kesuburan. Kesemua ubat suntikan ini adalah HORMON yg dihasilkan sama ada dengan bahan semulajadi mahupun sintetik. Antaranya ialah:
1. Human Chorionic Gonadotropin (hCG)
- ubat suntikan ini biasanya diberikan bersama ubat kesuburan yang lain
- untuk merangsang ovari mengeluarkan ovum atau ovulasi
Contoh: Pregnyl, Novarel, Oviderel
Kesan Sampingan
- Alahan
- Sakit kepala
- Bengkak kaki
- Kembung perut
- Keletihan
- Sakit payudara
2. Follicle Stimulating Hormone (FSH)
- merangsang kematangan folikel
- FSH diperolehi daripada hormon asli iaitu dari wanita yg dah menopaus (o_O)
- FSH rekombinan ialah hormon sintetik yg dihasilkan melalui teknologi DNA
Contoh : Follistim, Fertinex, Gonal-F
Kesan Sampingan
- Kembung perut
- Cirit-birit
- Loya dan muntah
- Demam
- Ovarian Hyperstimulation Syndrome (kelenjar ovari menjadi besar akibat rangsangan berlebihan)
3. Human Menopausal Gonadotropin (hMG)
- gabungan FSH dan LH untuk merangsang kematangan folikel
Contoh : Pergonal, Repronex, Metrodin
4. Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH)
- merangsang rembesan hormon FSH dan LH daripada kelenjar pituitari
Contoh : Factrel, Lutrepulse
5. Gonadotropin Releasing Hormone Analog (Analog GnRH)
- merencat pengeluaran hormon FSH dan LH dari kelenjar pituitari
- mengakibatkan kelenjar ovari tidak berfungsi seperti wanita menopaus
- boleh menghentikan haid
- untuk merawat endometriosis, fibroid dan masalah pendarahan haid
Contoh : Zoladex, Lucrin, Synarel
Kesan Sampingan
- Haid tidak teratur
- Gejala menopaus spt hot flush, berpeluh, kurang nafsu seks, faraj kering dan lain2
- Sakit kepala
- Sakit pada payudara
- Alahan spt kulit gatal, bengkak muka, ruam
- Loya dan muntah
- kebas, sakit sendi dan tulang rapuh
6. Gonadotropin Releasing Hormone Antagonist (GnRH antagonist)
Contoh : Anatagon, Cetrocide
Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA Set Kesuburan SHAKLEE
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Tingkatkan peluang hamil
ReplyDelete