Rawatan Kesuburan - Clomiphene Citrate

Bismillah...

Rawatan kesuburan menggunakan ubat-ubatan merupakan kaedah rawatan yg sering digunakan untuk memulihkan kesuburan wanita. Secara umumnya, kesemua ubat-ubatan ini adalah hormon yg dihasilkan melalui bahan sintetik, sama ada dalam bentuk ubat makan atau suntikan. Ada 4 jenis ubat-ubatan yg digunakan untuk merawat masalah kesuburan iaitu:
1. Merangsang ovulasi
2. Merangsang pembesaran dan kematangan folikel
3. Merencat kitaran haid semulajadi supaya kitaran haid akan dikawal oleh ubat
4. Menyokong implantasi dan perkembangan embrio
Antara ubat-ubatan yg sering digunakan ialah Clomiphene Citrate.

clomid

Clomiphene Citrate
Lebih dikenali dengan nama Clomid(jenama ubat Clomiphen Citrate) ialah antara ubat fertiliti yg paling popular dan menjadi pilihan pertama bagi wanita yg mengalami masalah anovulasi atau tiada ovulasi seperti yg dialami oleh PCOS. Ia menjadi pilihan utama kerana harganya murah, mudah diambil dan dikatakan mempunyai keberkesanan tinggi. Clomipehen Citrate berfungsi dengan menghalang reseptor estrogen di hipotalamus yg menyebabkan bahagian tengah otak ini menyangka tahap estrogen dalam badan adalah rendah. Apabila ini berlaku, ia akan menghantar isyarat kepada kelenjar pituitari untuk merembeskan lebih banyak hormon yg merangsang kematangan folikel dan ovulasi iaitu FSH(Follicle Stimulating Hormon) dan LH(Luteinizing Hormon).

Terdapat beberapa cara untuk mengambil Clomiphen Citrate bergantung kepada nasihat doktor. Ada doktor yg mengarahkan ambil 50mg Clomiphene Citrate setiap hari selama 5 hari, bermula pada haid hari ke-2 hingga hari ke-6. Jika ubat ini berkesan, ovulasi akan berlaku kira-kira seminggu selepas dos terakhir. Ada juga doktor yg mengarahkan ambil Clomiphene Citrate pada hari ke-5 hingga ke-9. Sekiranya gagal selepas dua kitaran haid, dos akan ditingkatkan. Dos maksimum ialah 150mg dan tidak boleh diambil melebihi 12 bulan. Tetapi, kebanyakan wanita hanya ambil selama 6 bulan sebelum menukar kepada ubat kesuburan yg lain.

Antara 70-80% wanita yg mengamil Clomiphen Citrate berjaya merangsang ovulasi dan hanya 30-50% darinya yg berjaya hamil. Ini adalah normal kerana kehamilan tidak hanya bergantung kepada ovulasi, terdapat banyak faktor-faktor lain yg terlibat dalam proses kehamilan seperti  kualiti lendir servik, ketebalan selaput endometrium, kualiti dan kuantiti sperma, kualiti ovum dan banyak lagi.

Kesan Sampingan
- kehamilan kembar
- loya dan muntah
- hot flush
- mode swing
- sakit kepala
- kembung perut/bloated
- pembesaran kelenjar ovari (hyperstimulating ovari)
- memekatkan mukus servik dan menipiskan lapisan endometrium jika ambil dalam jangka masa panjang
- risiko kanser ovari jika ambil lebih 12 bulan

Seperti yg dinyatakan sebelum ini, Clomipehene Citrate ialah ubat sintetik, dicipta dan dibuat menggunakan bahan kimia dan bukan bahan semulajadi. Bahan kimia tidak mesra tubuh dan dan pastinya ada kesan sampingan dalam jangka masa panjang. Jadi, ada tak pilihan semulajadi yg lebih selamat  untuk tubuh dan mampu merangsang ovulasi? ADA!

Set Hormon Seimbang dari Shaklee mampu membantu untuk merangsang ovulasi. Diperbuat dari bahan semulajadi, merupakan pilihan yg lebih selamat untuk tubuh. Jika ambil Clomiphen Citrate boleh memekatkan mukus servik, set ini ada kesan BONUS --->> MEMBANTU hasilkan cecair kesuburan atau Egg White Cervical Mucus. Fungsi set ini:
Omega Guard - membantu seimbangkan hormon dengan menghasilkan hormon yg berkualiti
Alfalfa - detoks dan menyerap asid bg meghasilkan pH badan yg selamat utk sel telur dan sperma
BComplex - membekalkan asid folik serta vitamin B6 dan B12 yg diperlukan sebelum kehamilan berlaku
GLA - menghasilkan cecair kesuburan dan menetapkan kitaran haid

✔SMS/WHATSAPP "SET HORMON" ke 0194587610 SEKARANG untuk pesanan!
atau
✔PM "SET HORMON" ke www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan untuk pesanan!


set shaklee untuk kesuburan


BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTASI PERCUMA
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan


No comments :

Post a Comment