Bila WAKTU SUBUR Saya? - Part II

Bismillah...

Dalam entri yang sebelum ini (Part I), saya ada berkongsi tentang bagaimana untuk mengetahui waktu subur dan ovulasi bagi mereka yg kitaran haidnya tetap serta beberapa fakta asas tentang kitaran haid. Jadi, di entri ini saya ingin berkongsi pula tentang cara mengetahui waktu ovulasi bagi kitaran haid yg tidak tetap.

Kitaran haid tidak tetap bermaksud perbezaan hari di antara haid kali ini dan yg seterusnya tidak konsisten bagi setiap kitaran. Contoh:
April (Mula haid 2/04) - 40 hari
Mei (Mula haid 12/05) - 33 hari
Jun (Mula haid 14/06) - 26 hari

Kitaran haid yg tidak tetap, menyukarkan kita untuk menjangka bila waktu subur dan ovulasi. Ini seterusnya akan merendahkan peluang untuk kehamilan berlaku. Kitaran haid tidak tetap adalah petanda anda mengalami masalah berkaitan dengan organ peranakan seperti hormon tidak seimbang. Hormon yg tidak seimbang pula boleh menjadi punca kepada masalah infertiliti seperti PCOS, endometriosis, obesiti, keguguran dan lain-lain.


set subur shaklee

✔SMS/WHATSAPP "SET HORMON" ke 0194587610 SEKARANG untuk pesanan!
atau
✔PM "SET HORMON" ke www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan untuk pesanan!

Tetapi ini tidak bermakna, anda langsung tidak boleh mengetahui bila waktu subur dan ovulasi jika kitaran haid anda tidak tetap. Ada beberapa cara yg boleh dilakukan, sama ada dengan menggunakan alatan ataupun tidak.

Cara Tentukan Ovulasi Untuk Kitaran Haid Tidak Tetap

1. Kaedah Kiraan
Untuk kitaran haid yg tidak tetap, cara untuk menjangka ovulasi secara kasar ialah dengan mengambil kira kitaran haid paling panjang dan paling pendek.
- Kitaran haid paling panjang ditolak 12 hari
- Kitaran haid paling pendek ditolak 16 hari

Contoh : Jika kitaran haid anda berada di antara 26-35 hari
Kitaran haid paling panjang : 35 - 12 = 23
Kitaran haid paling pendek : 26 - 16 = 10
Jadi, waktu subur anda berada antara hari ke 10-23

*Nota: Untuk mengetahui dengan lebih tepat bilakah ovulasi akan berlaku, boleh gunakan kaedah #3 OPK dan/atau #5 Cervical Mucus.

2. Body Basal Temperature (BBT)
Basal Body Temperature atau suhu basal badan akan meningkat secara mendadak beberapa jam selepas ovulasi akibat peningkatan hormon progesteron
- Peningkatan suhu yg berlaku adalah di antara 0.5 hingga 1.5ºF (97.5ºF - 98.5ºF)
- Waktu paling subur ialah antara 2-3 hari SEBELUMberlakunya peningkatan suhu
- Cara ini perlu dilakukan menggunakan termometer basal dan merekodkan suhu badan di atas carta (gunakan kertas atau applikasi smart phone seperti FertilityFriend, MyCalendar)
- Untuk mendapatkan bacaan yg lebih tepat, suhu badan perlu diambil sebaik terjaga dari tidur pada masa yg sama setiap hari. Waktu tidur juga perlu sama.

Carta BBT dari app MyCalendar

*Nota:
- Dengan kaedah BBT, anda hanya tahu bila ovulasi SELEPAS ia berlaku. Perlu ambil catatan suhu 3 bulan bagi mendapatkan pattern/corak kenaikan suhu bagi menjangka bila ia akan berlaku
- Lebih efektif digabungkan dengan cara #5 Cervical Mucus

3. Ovulation Prediction Kit(OPK)
Ovulasi berlaku sebaik sahaja selepas berlakunya peningkatan Luteinizing Hormon(LH) secara mendadak. Waktu paling subur ialah dalam lingkungan 36 jam selepas peningkatan LH. Kehadiran LH boleh dikesan melalui air kencing menggunakan OPK. Ujian OPK perlu dilakukan pada tempoh subur atau fertile window (5-6 hari) untuk menjangka ovulasi dgn lebih tepat, sebelum ia berlaku.

OPK
Contoh ujian OPK

4. Ujian Air Liur 
Ovulasi juga boleh dikesan dgn berlakunya peningkatan hormon estrogen. Peningkatan hormon estrogen ini berlaku dalam kadar yg lebih cepat berbanding LH dan mencapai kemuncak lebih kurang 2-3 hari sebelum ovulasi. Kehadiran hormon estrogen boleh dikesan dalam air liur menggunakan "Ferning Microscope". Bentuk atau pattern air liur perlu diambil setiap hari sebaik sahaja kering darah haid bagi mendapatkan keputusan yg tepat. Ujian ini dikatakan mempunyai ketepatan sehingga 98% dan ovulasi boleh dikesan sebelum ia berlaku.

ferning
Ferning Microscope jenama Fertile Focus


5. Cervical Mucus(CM)
Ini adalah kaedah menentukan ovulasi yg paling asas, tanpa sebarang alatan. Kualiti dan kuantiti Cervical Mucus atau lendiran yg keluar dari faraj boleh dijadikan asas bagi menentukan waktu kesuburan. Lendiran faraj ini jika diperhatikan, berubah-ubah dari segi kuantiti dan kualitinya sepanjang kitaran haid. Sebaik sahaja haid kering, faraj akan berada dalam keadaan kering dan perlahan kuantiti lendiran akan meningkat secara perlahan-lahan. Kualiti lendiran juga dari  pekat dan berwarna akan perlahan-lahan berubah menjadi licing, boleh diregangkan dan jernih. Ketika waktu subur, lendiran akan menyerupai Putih Telur atau Egg White Cervical Mucus dan dipanggil CECAIR KESUBURAN. Kaedah ini sesuai digabungkan dengan mana-mana kaedah di atas.
*Nota: Shaklee GLA boleh BANTU menghasilkan cecair kesuburan

cecair kesuburan
Perubahan lendiran vagina

Anda tidak pasti KAEDAH mana yg sesuai untuk anda? Saya boleh BANTU.
Hubungi saya, SHIKIN di:
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan

No comments :

Post a Comment