Bila WAKTU SUBUR Saya? - PART I

Bismillah...

Ada beberapa cara yg boleh digunakan bagi menentukan waktu subur. Daripada cara yg paling asas - mengira kitaran haid sehinggalah cara yg paling komplek - menggunakan alatan tertentu. Yang paling penting, ANDA perlu fahami fakta asas berikut sebelum menentukan cara yg mana yg sesuai untuk anda.

Fakta asas
1. Ovulasi hanya berlaku sekali dalam setiap kitaran haid
2. Kitaran haid yg normal ialah antara 21 - 35 hari
3. Wanita yg sihat fungsi sistem peranakannya mempunyai kitaran haid yg tetap
(Kitaran haid yg mempunya perbezaan 1-2 hari masih boleh dikira sebagai tetap. Contoh: 30 - 32 hari)
4. Ovulasi biasanya berlaku 14 hari sebelum kedatangan haid yg berikutnya/seterusnya.
5. Jangka hayat ovum yg sihat ialah 24-48 jam selepas ovulasi
6. Jangka hayat sperma yg sihat setelah berada dalam tubuh wanita ialah 24-72 jam selepas hubungan seks

Berdasarkan fakta-fakta asas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa waktu subur(fertile window) seorang wanita bermula seawal 72 jam atau 3 hari sebelum ovulasi sehingga selewat-leawatnya 48 jam selepas ovulasi. Jadi, jumlah waktu subur seorang wanita termasuk hari ovulasi ialah antara 5 - 6 hari bagi setiap setiap kitaran haid DAN jika ovum dan sperma SIHAT. Jika ovum dan sperma tidak sihat atau kurang berkualiti, waktu subur mungkin hanya tinggal beberapa jam sahaja.

Nampak tak betapa PENTINGNYA ovum dan sperma yg sihat? Peluang untuk persenyawaan dan kehamilan berlaku hanya sekali dalam sebulan. Dan peluang itu perlu digunakan sebaik mungkin. Jika waktu subur hanya tinggal beberapa JAM sahaja dalam sebulan, anda tidak mempunyai banyak peluang untuk mencuba berbanding jika anda mempunyai beberapa hari. Pastikan kesihatan dan sperma anda pada tahap terbaik bagi MENINGKATKAN peluang untuk hamil. Supplemen terbaik untuk kesihatan ovum dan sperma antaranya ialah Shaklee VIVIX, Vita E, Vita C, Omega Guard.


Cara tentukan bila ovulasi 
Jika kitaran haid anda tetap, ovulasi boleh ditentukan dengan mengira bilakah 14 hari sebelum haid yg berikutnya.

Contoh 1
Kitaran haid : 26 hari
Ovulasi : 26 - 14 = 12
Ovulasi akan berlaku pada hari ke -12

Contoh 2
Kitaran haid : 30 - 32 hari
Ovulasi : 30 -14 = 16 / 32 - 14 = 18
Ovulasi mungkin berlaku antara hari ke 16-18.
Bagi mengetahui bila waktu ovulasi secara tepatnya, gunakan Ovulation Prediction Kit bermula pada hari ke-15 sehingga hari ke-18

Nota Penting:
- Kitaran haid dikira dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid yg berikutnya
- Kitara haid dikira berdarsarkan jumlah hari bukan berdasarkan tarikh haid

Part II - CARA TENTUKAN OVULASI UNTUK KITARAN HAID TIDAK TETAP

Perlukan bantuan untuk menentukan ovulasi anda? Hubungi saya, Shikin di:
sms/whatsapp: 0194587610
pm: www.facebook.com/messages/vitaminkesuburan

No comments :

Post a Comment