Pemakanan Tidak Sihat Untuk Kesuburan

Bismillah...

Pakar perubatan berpendapat diet pemakanan seharian adalah faktor utama yg menyumbang kepada KETIDAKSUBURAN. Pengambilan makanan yg diproses spt biskut, sosej, burger, sos dan makanan segera spt McD, KFC dapat menjejaskan fungsi tubuh badan termasuklah hormon. Ini kerana, kebanyakan makanan ini mengandungi bahan tambahan spt perisa dan perasa makanan.

Bahan tambahan dalam makanan menjejaskan kesuburan
Jurnal Environmental Health Perspectives melaporkan perisa/perasa tambahan dalam makanan boleh bertindak seperti estrogen di dalam badan. Antara 3 yg paling biasa kita dengar:
1. MSG (Monosodium L-Glutamate, dilabelkan sebagai E621 atau 621)
  • Penambah perasa yg biasa digunakan dalam makanan terutama di kedai-kedai makan seperti A****MOTO, SECUKUP R*** dan lain2
  • MSG juga boleh dijumpai dalam sos, kicap, makanan diproses, keropok kentang dan banyak lagi.
2. Butylated Hydroxyanisole (BHA) dilabelkan sebagai E320 or 320
Butylated Hydroxytoluene (BHT) dilabelkan sebagai E321 or 321
  • Biasa digunakan untuk dalam makanan bagi mengekalkan lemak. Boleh mengakibatkan kecacatan pada kelahiran, infertiliti dan kanser
  • Boleh dijumpai makan dalam tin, serbuk sup, kentang lenyek segera, marjerin, baby oil, lipstik, pembungkus plastik yg mengandungi polyethylene 
3. Aspartame dilabelkan sebagai E951 or 951
  • Aspartame ialah pemanis tiruan yg boleh dijumapai dalam minum diet, makanan dan minuman rendah kalori dan apa juga makanan yg dilabelkan bebas gula.
  • Aspartame bertukar kepada formaldehyde, yg biasa digunakan utk mengawet mayat. Bila dimakan, aspartame akan mengawet lemak dan menyebabkan lemak sukar untuk diuraikan. Kesukaran menurunkan berat badan dan sering lapar adalah salah satu kesan pengambilan aspartame.
Jangan memandang ringan terhadap kesan pengambilan makanan-makanan ini. Amalkan pemakanan sihat, semulajadi dan disediakan oleh anda sendiri sekerap yg mungkin.

No comments :

Post a Comment