Mengesan Dan Menjangka Ovulasi

Bismillah...

Ovulasi berlaku apabila telur dibebaskan daripada ovari. Ia adalah waktu paling subur bagi wanita dan peluang utk kehamilan berlaku agak tinggi. Ada beberapa cara yg boleh dilakukan utk mengesan bila berlakunya ovulasi iaitu menggunakan alatan spt Ovulation Prediction Kit(OPK), Ferning Microscope dan Basal Thermometer. 

OPK
OPK spt ujian kehamilan, mengesan ovulasi melalui urin. Ketepatan jangkaan OPK agak tinggi, lebih dari 90%. Wbp, ia lebih sesuai bg mereka yg mempunyai kitaran haid yg tetap. Boleh dibeli di farmasi Guardian, Watson dan seumpanya.


Ferning Microscope
Sebelum ini saya biasa biasa dengar cara-cara untuk menjangka bila ovulasi berlaku dengan memeriksa lendir servik dan suhu Basal. Rupa-rupanya, ada satu lagi cara sudah mula mendapat tempat dikalangan TTC iaitu SALIVA OVULATION PREDICTION.

Seperti lendir servik, air liur juga mengalami perubahan sepanjang tempoh kitaran haid. Saliva Prediction Kit ialah mikroskop kecil bagi melihat corak yg hadir pada air liur. Ujian ini dikatakan dapat menjangka waktu ovulasi dengan kadar ketepatan 98%.

Kehadiran "ferning pattern" atau corak seperti pokok fern menandakan ovulasi akan berlaku dalam masa 72 jam.

Bagi saya, Saliva Ovulation Prediction ini sangat sesuai bagi mereka yg mempunyai kitaran haid yg tidak tetap kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa saja dan berkali-kali seperti termometer Basal.


Basal Body Tenperature (BBT)Basal Thermometer rupanya spt termometer biasa tetapi lebih sensitif dan bacaan suhu dgn dua titik perpuluhan. Suhu normal basal ialah 97.2 - 97.7. 2-3 hari selepas ovulasi, suhu basal akan meningkat antara 0.4 -1.0. Suhu basal perlu direkod sekurang-kurangnya 3 bulan bagi menjangka bila ovulasi akan berlaku berdasarkan pattern/corak perubahan suhu. Cara ini sesuai bg kitaran haid tidak tetap.

Saya guna cara yg mana? Basal Thermometer. Ini carta suhu basal saya utk satu cycle. Kita tunggu carta cyle seterusnya pulak.


basal temperature

Mahu faham bagaimana menggunakan termometer Basal atau BBT?
sms/whatsapp:0194587610
PM : facebook.com/messages/vitaminkesuburan

No comments :

Post a Comment