Apa itu Egg White Mucus (Cecair Kesuburan)

Bismillah....

Set kesuburan Shaklee iaitu GLA dan Omega Guard dapat membantu hasilkan egg white cervical mucus(EWCM) atau cecair kesuburan. GLA ialah Omega-6 dan Omega Guard ialah Omega-3. Kedua-dua ini mengandungi asid lemak yg sangat diperlukan oleh banyak fungsi dalam tubuh kita, termasuklah penghasilan dan keseimbangan hormon. Hormon yg seimbang sangat penting utk tahap kesuburan yg baik.

Lendir servik atau cervical mucus ialah cecair yg keluar dari vagina. Kita biasanya kenali cecair ini sebagai "keputihan". Sebenarnya, keputihan ni memainkan peranan yang penting kepada sistem reproduksi wanita. Sebab, melalui keputihan inilah segala bakteria dan sel mati akan dibawa keluar dari vagina dan rahim. Ia memastikan vagina kita ni bersih dan takda jangkitan. Yang jadi masalah bila keputihan dah warna2 kuning/hijau/coklat, bau hanyir sampai husband pun tegur. Maksudnya keputihan tu memang sahih tak normal.

EWCM ialah cecair kesuburan yg mana rupanya dan kondisinya mmg seperti putih telur. Berwarna jernih, boleh diregangkan/stretchable. Dipanggil cecair kesuburan kerana ini adalah keadaan terbaik dan selamat utk sperma. Cecair servik bertindak seperti pelincir utk sperma bergerak dalam tiub fallopio. Jika lendir servik pekat tidak licin, ini akan menyukarkan perjalanan sperma dalam tiub fallopio dan menghalang sperma daripada bertemu dgn telur utk disenyawakan. Egg white mucus juga adalah tanda berlakunya OVULASI atau waktu PALING SUBUR.

Keadaan lendir servik sebenarnya berubah-ubah bergantung kepada kitaran haid. Jadi, memang ada masanya lendir yg keluar agak pekat, cair, ada warna, tak berwarna. Tetapi keadaan lendir servik yg diidam-idamkan ialah cecair seperti putih telur atau EWCM. Di bawah ini ialah corak perubahan lendir servik yg normal, berdasarkan kitaran haid 28 hari.


waktu subur


Memeriksa cecair servik biasanya dibuat sekali dengan merekod suhu basal badan atau BBT. Kedua-dua cara ini dapat membantu menjangka waktu ovulasi dgn lebih tepat. Cara ini sangat sesuai untuk puan-puan yg ada masalah period tidak tetap.

Anda perlukan bantuan utk memahami tentang kitaran haid, cecair kesuburan dan ovulasi?
Sila hubungi saya di :-
whatsapp/sms: 0194587610 (shikin)
facebook: facebook.com/vitamin kesuburan

No comments :

Post a Comment