Hormon Estrogen Hormon Kewanitaan

Bismillah...

Estrogen ialah hormon yg berfungsi untuk menzahirkan sifat kewanitaan dan membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid. Estrogen juga ialah hormon yg penting bagi kesuburan wanita.

Estrogen yang dialirkan oleh darah menuju ke pelbagai jaringan sel di seluruh badan termasuk otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. Ia juga menimbulkan kesan tertentu pada organ yg berlainan dan bersesuaian dengan setiap fungsi organ. Ini terjadi kerana molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ.

Tahap hormon estrogen yg normal bergantung kepada usia.
Wanita 20-29 tahun : 149 piktogram per mililiter (pg/ml)
Wanita 30an : 210 pg/ml
Wanita 40 tahun (belum menopaus) : 152 pg/ml

Tahap hormon estrogen seseorang wanita dari sehari ke sehari adalah tidak tetap dan bergantung kepada kitaran haidnya. Rujuk graf di bawah, line BIRU menunjukkan turun naik hormon estrogen sepanjang kitaran haid.

Perubahan Hormon Ketika Kitaran Ovulasi


Sistem hormon atau endokrin mempunyai peranan penting dalam memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang wanita. Hormon dilengkapi dengan sistem kompleks yang berpusat pada otak manusia dan dikawal oleh  kelenjar pituitari .

Kekurangan hormon tertentu boleh mendatangkan kesan yg ketara seperti kulit menjadi kendur, ingatan menjadi kurang tajam, penglihatan menjadi kabur dan juga tekanan emosi seperti kemurungan, mudah marah dan sebagainya. Kekurang atau ketiadaan hormon estrogen juga boleh
menganggu tindakan hormon lain seperti progesteron, LH dan FSH. Ini adalah hormon-hormon utama sistem reproduktif wanita. Ketidak seimbangan hormon-hormon ini boleh mengakibatkan
gangguan kitaran haid dan seterusnya mengakibatkan gejala INFERTILITI. Kesan lain akibat ketiadaan hormon estrogen juga akan menyebabkan wanita memasuki fasa menopaus. Fasa menopaus boleh mengakibatkan berlakunya kemurungan, osteoperosis, rambut gugur, kulit berkedut, jeragat, kulit badan gatal, kekeringan vagina dan lain-lain

Kelenjar hormon kita sebenarnya amat sensitif. Fungsi kelenjar hormon boleh terganggu bukan sahaja akibat dari pemakanan, tetapi juga persekitaran. Ejen perosak hormon boleh terdapat dalam kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain-lain.

Antara bahan berbahaya yang boleh merosakkan sistem hormone/endokrin:

  • Nonylphenol (dalam racun serangga dan bahan plastik)
  • Phthalates (dalam PVC permainan kanak kanak dan perabot)
  • Dioxin (dalam PVC, peluntur pembuatan kertas/tisu)
  • Bisphenol A (dalam bekas plastik, tin, polisterin)
  • DDT (dalam racun penghalau serangga)


Dalam tidak sedar, kita ini sentiasa terdedah kepada bahan yg boleh mengganggu hormon. Keran ini perlunya untuk kita melakukan DETOX, menyingkirkan
toksin yg terkumpul di dalam kita bagi memastikan fungsi badan kita yg sepatutnya tidak terganggu. Antara cara detox yg mudah untuk dilakukan:

  • Bersenam, keluarkan peluh
  • Minum air 2L-3L sehari
  • Amalkan air lemon/limau nipis
  • Makanan yg membantu detox : avocado, almond, brokoli, cinnamon, kranberi, bawang putih, halia, teh hijau, nenas, celeri, kunyit dan banyak lagi
  • Amalkan supplemen detox seperti Shaklee Alfalfa, DTX, Herblax
  • Jauhi atau kurangkan makanan yg diproses dan manis seperti sosej, burger, french fries, kek, makanan ringan, makanan dalam tin dan lain-lain


Harga SET DETOX - RM105
RM105 sahaja dan boleh bertahan sehingga 2-4 bulan!

Jom order set detox dengan saya, anda dapat konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
fb: BEAUTECOLOGY


No comments :

Post a Comment