11 Amalan Meningkatkan Kesuburan dan Peluang untuk Hamil

Bismillah....

Antara soalan-soalan yg biasa diajukan oleh mereka yg takda hati dan perasaan.
"Bila nak dapat anak?"
"Eh, dah lama kan kahwin...kenapa takda anak lagi?"

Jawapan yg boleh tutup mulut mereka ni:
"Tu semua kuasa Allah...dah lupa?"

Masalah kesuburan bukanlah masalah yg mudah. Dalam kebanyakan kes, punca masalah kesuburan tak dapat dikenal pasti. Tapi, bukanlah bermakna tiada jalan penyelesaian langsung. Ada...cuma jalan penyelesaiannya berbeza-beza bagi setiap orang, baik lelaki mahupun wanita. Kadang-kadang, caranya mudah je seperti dengan mengawal pemakanan, dah boleh membawa perubahan yg besar terhadap tahap kesuburan anda.

Di sini saya nak kongsikan 11 tip dan amalan yg boleh meningkatkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
(Dipetik dari Dr Raja Juhaidah, pakar O&G Hospital Columbia Asia)

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi.
Kehamilan akan terjadi bila telur dan sperma disenyawakan. hanya satu telur akan dikeluarkan oleh ovari dalam setiap kitaran haid atau dipanggil OVULASI. Jika kitaran haid teratur, lebih mudah nak jangka bila ovulasi berlaku berdasarkan kiraan CD - 14. Oleh itu, kehamilan tidak berlaku mungkin disebabkan oleh tiada ovulasi, sperma tidak dapat bertemu dgn telur, bersetubuh ketika BUKAN waktu ovulasi, sperma tidak sihat dan sebagainya. Perkara paling penting, ketahui bila OVULASI berlaku

2. Jumpa doktor anda.
Jika anda telah berkahwin lebih dari 12 bulan dan masih belum hamil, sila berjumpa dengan doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang jenis kesakitan. Kenali tanda atau gejala penyakit kesuburan seperti endometriosis akan mengalami senggugut/period pain yg teruk, cyst/PCOS akan mengalami gangguan haid dan fibroid akan menyebabkan perut membesar dan keras. Pengesanan di peringkat awal dapat memudah proses penyembuhan.

3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Berat badan boleh mempengaruhi keseimbangan hormon anda. Lemak berlebihan boleh menghasilkan hormon seakan estrogen. Jika ini berlaku, anda boleh mengalami keadaan yg dipanggil ESTROGEN DOMINANCE atau estrogen berlebihan. Estrogen ialah hormon yg tidak baik utk wanita dan punca kepada senggugut, cyst, jerawat dan kanser. Cuba ketahui berapa BMI(body mass index) bagi mendapatkan indikasi sama ada berat badan anda ideal atau tidak.

4. Ketahui waktu subur anda.
Ovulasi ialah hari PALING SUBUR. Tetapi WAKTU SUBUR dalam satu kitaran haid adalah sebanyak 4 -5 hari. Ini mengambil kira jangka hayat sperma iaitu 3-5 hari dan jangka hayat telur iaitu 24 jam selepas ovulasi. Jika kitaran tidak teratur, boleh jangkakan Ovulasi dengan merekod suhu basal (BBT) dan kondisi lendir servik/cervical mucus.

5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Waktu yg paling penting utk melakukan hubungan seks ialah pada WAKTU SUBUR iaitu 4-5 hari. Banyak doktor menyarankan melakukan hubungan seks dengan kerap pada waktu subur. Posisi seks yg baik juga boleh meningkatkan peluang kehamilan. Meletakkan bantal di bawah punggung selama 30 mins dan membiarkan zakar suami dalam faraj selama 15 mins selepas ejakulasi dapat memastikan tiada tumpahan sperma

6. Tingkatkan kesuburan suami.
Bukan isteri sahaja yg kena tingkatkan kesuburan, suami juga kena turut serta. Suami kena amalkan cara hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya mengalami sebarang masalah spt ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor.

7. Mengambil MULTIVITAMIN
Wanita yg ingin hamil sangatlah disarankan untuk mengambil vitamin seperti ASID FOLIK bagi mengelakkan risiko janin cacat dan juga membekalkan vitamin B yg diperlukan ketika pra-kehamilan. OMEGA-3 juga penting untuk keseimbangan hormon. Manakala, VITAMIN C dapat memastikan sel telur berada dalam keadaan sihat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen seperti ZINC, VITAMIN E dan CoQ10 bagi menghasilkan sperma yg sihat, kuantiti sperma yg banyak dan pergerakan sperma yg baik.

8. Bersenam secara rutin .
Bersenam dapat meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan, termasuklah organ peranakan dan seksual. Disamping itu, senaman juga dapat membantu mengekalkan berat badan yg ideal dan meredakan tekanan.

9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pemakanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi. Anatara masalah ovulasi yg biasa dialamai kaum wanita ialah PCOS, Endometriosis dan cyst. Dan ramai di antara mereka yg berjaya mengawal simptom penyakit ini dan akhirnya berjaya hamil apabila mereka mengawal pemakanan. Makanan mengandungi gluten, gula, estrogenic adalah antara makanan yg perlu dijauhi oleh pesakit yg mengalami masalah kesuburan ini.
Amalkan pengambilan lelemak monounsaturated spt Omega-3, protin dari sayuran dan makanan berfiber tinggi.

 10. Kurangkan tekanan.
Tekanan dapat mempengaruhi keseimbangan hormon. Apabila ini berlaku, kitaran haid akan turut terganggu. Kurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti seperti berzikir, membaca al-Quran, bersenam, menari, mengurut dan sebagainya.

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras berisiko utk menganggu tahap kesuburan anda. ketiga-tiga perkara ini juga boleh meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Ini termasuklah penggunaan ubat-ubatan dan pengambilan kafein/kopi.

Sila hubungi saya untuk konsultasi kesuburan, mengambil suhu BBT, cara kira waktu OVULASI.
sms/whatsapp: 0194587610 (shikin)
facebook : facebook.com/vitaminkesuburan

No comments :

Post a Comment