Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts

Diet PCOS bantu turunkan berat badan

Bismillah...

Lebih daripada 50% penghidap PCOS mengalami obesiti atau berat badan berlebihan. Obesiti boleh menyebabkan paras insulin dalam badan meningkat dan seterusnya boleh menjejaskan perkembangan folikel. Akibatnya, ovulasi tidak berlaku.

Penghidap PCOS biasanya agak sukar untuk menurunkan berat badan. Oleh itu, diet yg betul dapat membantu penghidap PCOS menurunkan berat badan. Diet yg disyorkan untuk PCOS ialah:

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat
Karbohidrat boleh meningkatkan paras gula dalam darah dan meningkatkan penyimpanan tenaga sebagai lemak

2. Jauhi GLUTEN (tepung gandum, barli, rye)
Mengakibatkan inflamasi dan gangguan pada sistem penghadaman

3.Kurangkan pengambilan GULA
Gula boleh memburukkan lagi paras insulin, lalu menyukarkan penurunan berat badan dan pembuangan lemak

4. Jangan ambil makan yg diproses
Makanan yg diproses mengandungi bahan perisa, perasa dan pewarna kimia yg boleh menambahkan toksin dalam badan dan menganggu keseimbangan hormon

Penurunan berat badan menerusi pemakanan sihat dan bersenam dapat membantu mengembalikan proses ovulasi. Kajian menunjukkan setiap 5% penurunan berat badan, 30% dari penghidap PCOS berjaya memulihkan masalah ovulasi mereka. Ini bermakna, jika berat anda 80kg, penurunan berat badan sebanya 4-5kg dapat mengembalikan ovulasi. Penghidap PCOS juga digalakkan memberi perhatian kepada ukur lilit pinggang. Ini kerana, taburan lemak yg banyak disekitar abdomen/perut akan menyebabkan paras insulin meningkat. Penurunan lemak akan terjadi dahulu sebelum berat badan menurun

"Walaupun berat badan tidak turun/statik tetapi jika kain atau seluar berasa longgar, itu menandakan badan anda bertindak balas dengan baik terhadap senaman dan diet yg diamalkan"

Penurunan berat badan merupakan langkah awal sebelum pengunaan ubat-ubatan merangsang ovulasi. Selain dari mengamalkan diet pemakanan yg sihat dan bersenam, pengambilan supplemen yg betul juga dapat membantu penghidap PCOS menurunkan berat badan sekaligus mengawal simptom-simptom PCOS.


1. GLA Complex
- seimbangkan hormon
- bila hormon dah stabil, ovulasi akan berlaku
- meningkatkan peluang persenyawaan dengan menghasilkan cecair kesuburan

2. B-Complex
- membekalkan asid folik yg diperlukan oleh wanita yg ingin hamil
- membekalkan vitamin B12 dan B6 yg amat penting untuk hamil
- meredakan stress (TTC senang stress kan...)

3. Alfalfa
- mengurangkan kadar asid dalam badan kerana asid boleh menjejaskan kesihatan telur
- detoks lemak dan toksin 

4. Omega Guard
- fungsi 2 dalam 1, untuk kesuburan dan kuruskan badan
- membakar lemak dan mengawal selera makan
- seimbangkan hormon
- menjaga kesihatan organ peranakan
- meningkatkan sensitiviti insulin(punca sukar kurus)


Hubungi saya untuk konsultasi dan ketahui bagaimana untuk mendapatkan harga yg lebih MURAH!
sms/whatsapp: 0194587610 (shikin)
pm : facebook.com/messages/vitaminkesuburan



Pemakanan Tidak Sihat Untuk Kesuburan

Bismillah...

Pakar perubatan berpendapat diet pemakanan seharian adalah faktor utama yg menyumbang kepada KETIDAKSUBURAN. Pengambilan makanan yg diproses spt biskut, sosej, burger, sos dan makanan segera spt McD, KFC dapat menjejaskan fungsi tubuh badan termasuklah hormon. Ini kerana, kebanyakan makanan ini mengandungi bahan tambahan spt perisa dan perasa makanan.

Bahan tambahan dalam makanan menjejaskan kesuburan
Jurnal Environmental Health Perspectives melaporkan perisa/perasa tambahan dalam makanan boleh bertindak seperti estrogen di dalam badan. Antara 3 yg paling biasa kita dengar:
1. MSG (Monosodium L-Glutamate, dilabelkan sebagai E621 atau 621)
  • Penambah perasa yg biasa digunakan dalam makanan terutama di kedai-kedai makan seperti A****MOTO, SECUKUP R*** dan lain2
  • MSG juga boleh dijumpai dalam sos, kicap, makanan diproses, keropok kentang dan banyak lagi.
2. Butylated Hydroxyanisole (BHA) dilabelkan sebagai E320 or 320
Butylated Hydroxytoluene (BHT) dilabelkan sebagai E321 or 321
  • Biasa digunakan untuk dalam makanan bagi mengekalkan lemak. Boleh mengakibatkan kecacatan pada kelahiran, infertiliti dan kanser
  • Boleh dijumpai makan dalam tin, serbuk sup, kentang lenyek segera, marjerin, baby oil, lipstik, pembungkus plastik yg mengandungi polyethylene 
3. Aspartame dilabelkan sebagai E951 or 951
  • Aspartame ialah pemanis tiruan yg boleh dijumapai dalam minum diet, makanan dan minuman rendah kalori dan apa juga makanan yg dilabelkan bebas gula.
  • Aspartame bertukar kepada formaldehyde, yg biasa digunakan utk mengawet mayat. Bila dimakan, aspartame akan mengawet lemak dan menyebabkan lemak sukar untuk diuraikan. Kesukaran menurunkan berat badan dan sering lapar adalah salah satu kesan pengambilan aspartame.
Jangan memandang ringan terhadap kesan pengambilan makanan-makanan ini. Amalkan pemakanan sihat, semulajadi dan disediakan oleh anda sendiri sekerap yg mungkin.

Pantang Makan Kawal Endometriosis

Bismillah...

Pesakit endometriosis memang banyak pantangnya, pendek kata semua tak boleh makan. Ini kerana, recurring rate bagi pesakit endometriosis sangat tinggi. Selagi dalam badan ada hormon estrogen dan haid, makin endometriosis akan kekal ada. Tapi, orang perempuan mana boleh takda estrogen dan haid.

Pesakit endometriosis ni lazimnya mengalami kesakitan yg amat amat sangat, bukan sahaja ketika haid malah sebelum dan selepas haid. Jadi, kebiasaanya ubat untuk pesakit endometriosis ni tujuannya adalah bagi mengurangkan rasa sakit dengan cara menyekat penghasilan estrogen. Estrogen ialah hormon seksual wanita, paham-paham jelah apa yg jadi kalau estrogen ni takda. Masalah sakit hilang, masalah lain pula timbul.

Pantang Makan

Jadi, kebanyakan pesakit endometriosis akan mengamalkan diet pemakanan yg ketat bagi mengurangkan rasa sakit ketika haid. Memang tak hairan jika ramai pesakit endometriosis memilih untuk menjadi vegan, kerana ia memang berkesan utk kurangkan kesakitan. Antara makanan yg biasa dijauhi oleh pesakit endometriosis:soya : kacang soya, air soya, edamame, tempe, tauhu
-     yis : roti, makanan berasaskan doh seperti pizza, donut
-          pengawet : jeruk, asam
-          gluten : tepung gandum dan segala yg diperbuat daripada tepung gandum termasuklah kuih muih, roti, mee, kek dan lain2
-          produk tenusu : keju, susu, aiskrim, kek
-          daging : lembu, kambing
-          nasi putih
-          gula dan madu : kek, minuman, coklat, biskut dan apa-apa yg mengandungi gula
-          toksin : produk kecantikan, produk mencuci rumah, sabun, shampoo
-          makanan dalam tin : sardin, fruit cocktail, cendawan dlm tin
-          minyak sayuran dan lemak tepu : makanan bergoreng, mentega
-          makanan segera : Mcdonalds, KFC, Nandos
-          makanan diproses : sosej, burger, french fries
-          perisa/perasa makanan : monosodium glutamat (MSG), Ajinomoto, sos, kicap


Yg perlu/boleh dimakan
-          Makanan yg kaya dengan Omega-3 seperti salmon, sardin segar, flaxseed oil, walnut kerana Omega-3 bersifat anti-inflamasi
-          Makanan yg bersifat anti-inflamasi lain spt kunyit, halia
-          Sayur-sayuran terutamanya yg berdaun hijau yg ditanam secara organik
-          Buah-buahan terutamanya berries yg boleh melegakan kekejangan
-          Minyak zaitun, minyak kelapa, butter, ghee
-          Kekacang
-          Natural yogurt
-          Kekacang dan biji benih
-          Makanan yg boleh detoks badan spt green tea, bawang putih atau pun detox jus
-          Garam laut(sedikit) untuk tiroid yg sihat dan stabil
-          Telur dan ayam kampung (sekali sekala)

Derita pesakit endo

Baru-baru ini, bertemu (di fb) kembali kawan lama semasa di universiti. Kami bertemu dalam group endometriosis. Saya tahu dia dah lama berkahwin dan masih belum ada cahaya mata tapi saya tak tahu dia ada masalah endometriosis, fibroid dan cyst. Masya Allah, besar betul dugaan kawan saya ni. Katanya, bila period memang sangat2 sakit sampai boleh guling2 dan menangis. Setiap kali period, dia mmg akan ambil MC sebab tak tahan sakit. Katanya, endo memang takda ubatnya tapi boleh dikawal. Kebiasaannya, doktor akan beri ubat utk supress/sekat hormon estrogen bagi mengurangkan kesakitan. Bila kurang estrogen, masalah lain pula timbul. Ada juga yg bercerai berai kerana endo. Kawan saya beruntung dapat suami yg amat memahami


Jenis makanan yang mengandungi gluten

Bismillah...

Secara amnya, makanan yg mengandungi gluten adalah bijirin seperti gandum, rye dan barli. Dan GANDUM adalah yang paling biasa dijumpai dalam makanan di Malaysia berbanding rye dan barli.

Antara makanan yg mengandungi gluten (jika tidak dilabel sebagai gluten-free)
-          Roti
-          Kek
-          Pasta
-          Bir
-          Tepung gandum, durum dan graham
-          Semolina
-          French fries
-          Sos termasuk kicap
-          Makanan yg diproses
-          Kuih-muih yg menggunakan tepung gandum
-          Roti canai
-          Makanan yg telah diproses
-          Makanan ringan
-          Biskut
-          Bijirin sarapan pagi

-          Pizza


Diet sihat untuk Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) - GLUTEN FREE

Bismillah...

Saya sering terjumpa mengenai gluten-free diet bila saya mencari maklumat berkenaan dengan diet sihat bagi penghidap PCOS. Ramai penghidap PCOS tidak sedar yang mereka gluten inolerance iaitu sensitif terhadap pengambilan gluten.

Gluten ialah sejenis protein yg terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rye. Oleh itu, makanan yg diperbuat daripada tepung gandum seperti roti mengandungi gluten. Ia boleh mengakibatkan simptom PCOS bertambah buruk.

Apakah kesan gluten terhadap penghidap PCOS?
Antara simptom utama penghidap PCOS ialah berat badan berlebihan, sukar menurunkan berat badan dan kembung(bloated), yg berpunca daripada pengambilan gluten.

Bagaimana pengambilan gluten memburukkan lagi keadaan PCOS?

  1. Gluten menyebabkan inflamasi yg boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti gangguan(disorder), athritis, jantung, diabetes
  2. Menyebabkan tubuh stress lalu kelenjar adrenalin akan membebaskan lebih banyak hormon kortisol
  3. Menurunkan kadar hormon seksual
  4. Turut menjejaskan sistem penghadaman


Kesan pengambilan gluten
-          Sering berasa lesu
-          Sukar tidur
-          Sakit sendi dan otot
-          Senang sakit : demam, selesema
-          Pertambahan berat badan atau sukar menurunkan berat badan
-          Daya fokus dan ingatan yang lemah
-          Kadar gula dalam darah rendah
-          Alergi, asthma, hypothyroidism

Apakah cara untuk merawat gluten intolerance ini? Senang je...ELAKKAN GLUTEN atau GLUTEN FREE. Ramai penghidap PCOS berjaya mengawal simptom PCOS dengan mengamalkan diet bebas gluten. Antaranya, Amy Medling dari www.pcosdiva.com.