Hormon Estrogen Hormon Kewanitaan

Bismillah...

Estrogen ialah hormon yg berfungsi untuk menzahirkan sifat kewanitaan dan membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid. Estrogen juga ialah hormon yg penting bagi kesuburan wanita.

Estrogen yang dialirkan oleh darah menuju ke pelbagai jaringan sel di seluruh badan termasuk otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. Ia juga menimbulkan kesan tertentu pada organ yg berlainan dan bersesuaian dengan setiap fungsi organ. Ini terjadi kerana molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ.

Tahap hormon estrogen yg normal bergantung kepada usia.
Wanita 20-29 tahun : 149 piktogram per mililiter (pg/ml)
Wanita 30an : 210 pg/ml
Wanita 40 tahun (belum menopaus) : 152 pg/ml

Tahap hormon estrogen seseorang wanita dari sehari ke sehari adalah tidak tetap dan bergantung kepada kitaran haidnya. Rujuk graf di bawah, line BIRU menunjukkan turun naik hormon estrogen sepanjang kitaran haid.

Perubahan Hormon Ketika Kitaran Ovulasi


Sistem hormon atau endokrin mempunyai peranan penting dalam memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang wanita. Hormon dilengkapi dengan sistem kompleks yang berpusat pada otak manusia dan dikawal oleh  kelenjar pituitari .

Kekurangan hormon tertentu boleh mendatangkan kesan yg ketara seperti kulit menjadi kendur, ingatan menjadi kurang tajam, penglihatan menjadi kabur dan juga tekanan emosi seperti kemurungan, mudah marah dan sebagainya. Kekurang atau ketiadaan hormon estrogen juga boleh
menganggu tindakan hormon lain seperti progesteron, LH dan FSH. Ini adalah hormon-hormon utama sistem reproduktif wanita. Ketidak seimbangan hormon-hormon ini boleh mengakibatkan
gangguan kitaran haid dan seterusnya mengakibatkan gejala INFERTILITI. Kesan lain akibat ketiadaan hormon estrogen juga akan menyebabkan wanita memasuki fasa menopaus. Fasa menopaus boleh mengakibatkan berlakunya kemurungan, osteoperosis, rambut gugur, kulit berkedut, jeragat, kulit badan gatal, kekeringan vagina dan lain-lain

Kelenjar hormon kita sebenarnya amat sensitif. Fungsi kelenjar hormon boleh terganggu bukan sahaja akibat dari pemakanan, tetapi juga persekitaran. Ejen perosak hormon boleh terdapat dalam kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain-lain.

Antara bahan berbahaya yang boleh merosakkan sistem hormone/endokrin:

  • Nonylphenol (dalam racun serangga dan bahan plastik)
  • Phthalates (dalam PVC permainan kanak kanak dan perabot)
  • Dioxin (dalam PVC, peluntur pembuatan kertas/tisu)
  • Bisphenol A (dalam bekas plastik, tin, polisterin)
  • DDT (dalam racun penghalau serangga)


Dalam tidak sedar, kita ini sentiasa terdedah kepada bahan yg boleh mengganggu hormon. Keran ini perlunya untuk kita melakukan DETOX, menyingkirkan
toksin yg terkumpul di dalam kita bagi memastikan fungsi badan kita yg sepatutnya tidak terganggu. Antara cara detox yg mudah untuk dilakukan:

  • Bersenam, keluarkan peluh
  • Minum air 2L-3L sehari
  • Amalkan air lemon/limau nipis
  • Makanan yg membantu detox : avocado, almond, brokoli, cinnamon, kranberi, bawang putih, halia, teh hijau, nenas, celeri, kunyit dan banyak lagi
  • Amalkan supplemen detox seperti Shaklee Alfalfa, DTX, Herblax
  • Jauhi atau kurangkan makanan yg diproses dan manis seperti sosej, burger, french fries, kek, makanan ringan, makanan dalam tin dan lain-lain


Harga SET DETOX - RM105
RM105 sahaja dan boleh bertahan sehingga 2-4 bulan!

Jom order set detox dengan saya, anda dapat konsultasi PERCUMA :)
sms/whatsapp: 0194587610
fb: BEAUTECOLOGY


Mengatasi Masalah Keputihan Pada Wanita

Bismillah....

Keputihan atau "vaginal discharge" atau "cervical mucus (CM)" ialah cecair atau lendiran yang keluar dari vagina. Ia sebenarnya memainkan peranan yang penting kepada sistem reproduksi wanita. Melalui keputihan inilah segala bakteria dan sel mati akan dibawa keluar dari vagina dan rahim kita. Ia juga memastikan vagina kita ni bersih dan bebas daripada jangkitan. Kepekatan dan kuantiti keputihan yang keluar berubah-ubah sepanjang kitaran haid, seperti dinyatakan dalam gambar di bawah.



KEPUTIHAN YG MERBAHAYA

Keputihan itu normal selagi ia jernih/berwarna putih, takda berbau dan vagina tak gatal/sakit. Yang jadi masalah ialah apabila keputihan berwarna kuning/hijau/coklat dan berbau hanyir. Ini menandakan keputihan itu tidak normal dan terdapat masalah lain yg menyebabkan ia berlaku. Antara sebab-sebab ia berlaku:
  • Penggunaan antibiotik atau steroid
  • Bacterial vaginosis (bagi mereka yang mengandung)
  • Pil kawalan kehamilan
  • Kanser servik
  • Chlamydia atau gonorrhea 
  • Diabetes
  • Jangkitan yis
Jika tidak dirawat keputihan ini, jangkitan tadi boleh merebak dan menyebabkan pelvis kita sakit(pelvic pain) atau Pelvic Inflammatory Disease. Apabila ini berlaku, ia mungkin boleh menyebabkan KETIDAKSUBURAN jika dibiarkan terlalu lama. Di mana peluang untuk mengandung akan terjejas. 

Ramai pengguna Shaklee Alfalfa Complex berjaya mengubati masalah keputihan mereka secara langsung mahupun tidak langsung. Permulaannya, mereka ambil Alfalfa untuk menggalakkan penghasilan susu badan (milk booster) tapi masalah keputihan pun hilang juga. Yang penting Shaklee Alfalfa Complex ini dijamin selamat dan telah menjalani pelbagai ujian klinikal. Shaklee Alfalfa ni diformulasi pada tahun 1950an. Dah lebih setengah abad pun umurnya. Jom tengok testimoni pengguna Shaklee Alfalfa Complex:




Shaklee Alfalfa terdapat dalam dua size - Large(700biji) dan Small(330 biji)
Sangat BERBALOI sebab satu botol besar boleh bertahan hampir 4 bulan.

MAHU ORDER SHAKLEE ALFALFA?
sms/whatsapp/telegram: 0194587610

Hormon Progesteron Rendah Punca Pelbagai Masalah Kesuburan

Bismillah...

Kadar progesteron rendah adalah suatu keadaan dimana tubuh seorang wanita tidak menghasilkan hormon progesteron yg mencukupi dan tidak seimbang dengan hormon estrogen. Secara amnya, tubuh perempuan menghasilkan hormon progesteron sepanjang kitaran ovulasi melalui ovari dan kelenjar adrenal.

Kadar hormon progesteron yg rendah sering dikaitkan dengan masalah kesuburan seperti endometriosis, PCOS, keguguran berulang dan lain-lain. Keadaan hormon progesteron rendah ini juga dikenal sebagai "Estrogen Dominance" kerana kadar estrogen yg lebih tinggi dari progesteron.

Punca Hormon Progesteron Rendah
- Disfungsi hati
- Dominasi estrogen akibat faktor persekitaran, insulin resistance, stress, diet, kurang bersenam dan akibat penggunaan ubat-ubatan tertentu

Antara simptom-simptom rendah progesterone
- Perut buncit 
- Rendah libido
- Period tidak teratur atau banyak
- Ketidaksuburan
- Kesukaran sepanjang waktu hamil
- Ketulan pada payudara yg sakit bila disentuh
- Simptom PMS yg teruk - kembung, mood swing, mengidam dan sakit
- Keletihan disebabkan insomnia
- Sakit kepala, sengal pada sendi dan fibromyalgia
- Kemurungan

Kesan jangka masa panjang akibat dari kekurangan progesterone
- Sembelit yg kronik
- Sering jatuh sakit
- Berisiko untuk mendapat osteoperosis, sakit jantung dan cancer uterus

Ada beberapa cara yg boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap progesteron dalam badan:
- pengambilan pil hormon (Duphaston, Provera)
- penggunaan krim luaran (Lumiglowz, Wild Yam)
- tingkatkan pengambilan supplemen B6 dan Vitamin C
- ambil makanan yg mengandungi Zinc(ketam, dark chocolate)
- amalkan makanan yg kaya dengan Magnesium (bayam, labu, bendi)
- jauhi makanan/persekitaran yg boleh meningkatkan paras estrogen


Antara makanan dan herba yg dipercayai dapat meningkatkan kadar progesteron 
Herba
1. Kulit kayu manis
2. Chasteberry
3. Dill
4. Kunyit

Makanan lain
1. Kekacang dan bijian seperti walnut, biji bunga matahari, badam
2. Avocado
3. Sayur berdaun hijau
4. Keladi liar
5. Keledek merah dan ungu

Cadangan Suplemen Shaklee yg mengandungi vitamin B6, vitamin C, zinc dan magnesium.


Shaklee Vitalea Iron, Multi vitamin dan Multi mineral yang dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yg diperlukan oleh orang dewasa termasuk
-  Vitamin B6
-  Vitamin C
-  Magnesium
-  Zinc
-  Biotin
-  Vitamin A
-  Vitamin D
-  Folate
-  Vitamin B12
-  Calcium

ATAU, pengambilan suplemen Shaklee berikut yang membekalkan lebih banyak vitamin dan mineral yg diperlukan - Vita C, Ostematrix(Magnesium&Kalsium), Zinc, Bcomplex(B6)



Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan berkenaaan skin care Shaklee. Konsultasi PERCUMA!
sms/whatsapp/telegram: 0194587610

Cara Menggunakan Ovulation Prediction Kit (OPK)

Bismillah...
Sekarang ni dah banyak alat bantuan atau tool bagi menjangka bilakah ovulasi akan berlaku seperti Basal Thermometer, Ovulation Microscope atau Saliva Ovulation Predictor dan termasuklah, Ovulation Prediction Kit.

Ovulation Prediction Kit ini menggunakan kaedah lonjakan LH atau LH Surge. Pembebasan Luteinizing Hormon yang banyak akan menyebabkan berlakunya ovulasi - telur dibebaskan dari ovari ke dalam tiub falopio. Peningkatan LH atau LH Surge yg berlaku ketika waktu ini amat ketara berbanding waktu lain dalam kitaran haid dan akan berlaku SEBELUM ovulasi. Dianggarkan, persenyawaan boleh berlaku dalam jangka masa 24-48 jam selepas LH Surge. Jika kit ujian LH anda menunjukan positif, maka anda mungkin berada dalam keadaan paling subur sepanjang kitaran haid anda.

Masa yang paling sesuai untuk mengambil sampel ujian air kencing adalah pada masa yg sama, antara 12 tengah hari - 8 malam. Bukannya pada waktu awal pagi, seperti mengambil sampel kencing untuk ujian kehamilan (UPT). Sampel air kencing perlu dikumpul menggunakan bekas plastic atau kaca. Sangat penting, puasa air selama 3 jam sebelum melakukan ujian.

Masa Yang Sesuai Untuk Melakukan Ujian

1. Kitaran Haid Normal dan Tetap
Tiada masalah jika kitaran haid anda tetap ataupun beza 1-2 hari. Jika beza 1-2 hari, kira purata hari bagi 3-5 bulan kitaran haid yg sebelumnya. Lakukan ujian selama 5 hari bermula pada hari seperti jadual di bawah (Mulakan Ujian Pada Hari Berikut Dalam Kitaran Haid)
Contoh : 
Bulan Jun - 28 hari
Bulan Julai - 29 hari
Bulan Ogos - 30 hari
-->>28+29+30/3 = 30 hari
Purata Kitaran = 30 hari
Jadi, mulakan ujian OPK pada hari ke - 14 selama 5 hari atau sehingga anda mendapat keputusan positif

2. Kitaran Haid Tidak Tetap
Untuk kitaran haid yg tidak tetap, cara untuk menjangka ovulasi secara kasar ialah dengan mengambil kira kitaran haid paling panjang dan paling pendek. Dan digalakkan untuk menggunakan data dari 5 kitaran haid yg sebelumnya bagi mendapatkan anggaran tempoh subur yg tepat.
- Kitaran haid paling panjang ditolak 12 hari
- Kitaran haid paling pendek ditolak 16 hari

Contoh : 

Jika kitaran haid anda berada di antara 26-35 hari
Kitaran haid paling panjang : 35 - 12 = 23
Kitaran haid paling pendek : 26 - 16 = 10
Jadi, waktu subur anda berada antara hari ke 10-23


Cara 1 - Lakukan ujian pada setiap hari dari hari ke 10 - 23
Cara 2 - Perhatikan perubahan yg berlaku pada cecair mukus. Lakukan ujian apabila tekstur dan warna cecair mukus mula berubah.

Cara merekod

Sangat PENTING bagi anda melabel hari dan waktu pada OPK. Dan simpan kesemua test strip sehingga anda menemui keputusan ujian positif. Ini amat penting untuk anda melihat dan menbandingkan perubahan yg berlaku pada ujian OPK anda. Lihat contoh di bawah, bagaimana perubahan pada test strip dari hari ke-12 hingga hari ke-17.


opk result


Menentukan Keputusan Ujian

Hasil ujian OPK boleh memberikan keputusan positif, negatif dan invalid(tidak sah). Waktu terbaik untuk melihat keputusan ujian adalah 3-5 minit selepas mengambil sampel.
1. Positif
Jika jalur ujian(test) adalah sama warna atau lebih gelap dari jalur kawalan (control)

2. Negatif
Jika jalur ujian(test) lebih pudar dari jalur kawalan(control) atau langsung tiada jalur

3. Tidak Sah (Invalid)
Jika jalur kawalan (control) tidak muncul dalam tempoh 10 minit atau kedua-dua jalur tidak muncul



Jika anda mendapat keputusan ujian OPK yg positif, anda digalakkan untuk bersama suami secepat mungkin dan untuk 3 hari yang berikutnya. Ini adalah untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil dengan mengambil kira jangka hayat telur dan sperma dalam badan.

<<SPECIAL Untuk Customer Cahaya Mataku>>
5 Keping Ovulation Prediction Kit (OPK) PERCUMA Untuk Setiap Pembelian Set Kesuburan

***Pembelian set basic kesuburan(GLA +Zinc) pun dah boleh dapat OPK Percuma
***Hanya terdapat di Cahaya Mataku SAHAJA, takda kat pengedar Shaklee yang lain, takda kat cawangan Shaklee

sms/whatsapp/telegram: 0194587610
pm: cahaya mataku



Soya Tidak Baik Untuk Wanita?

Bismillah...

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong. Saya cuba berkongsi beberapa isu dan kajian yg telah dijalankan ke atas soya dan isoflavone.

Soya adalah sejenis Phytoestrogen
Phytoestrogen ialah sejenis kompaun dari tumbuhan yang berupaya menghasilkan aktiviti yg sama seperti estrogen (estrogenic activity). Isoflavone pula diklasifikasikan sebagai sejenis phytoestrogen. Tumbuhan yg mengandungi isoflavone ini termasuklah soya.

Estrogenic dan Anti-Estrogenic
Isoflavone soya telah diketahui memiliki estrogenic aktiviti yg lemah. Estrogen reseptor bukan sahaja terdapat pada tisu sistem peranakan tetapi juga pada tisu pada bahagian badan yg lain. Pada sesetengah tisu badan, isoflavone mampu merangsang kesan estrogen (estrogenic effect). Dan pada sesetengah tisu badan yg lain, isoflavone mampu menghalang kesan estrogen (anti-estrogenic effect).
Antara faedah estrogenic terhadap tisu badan seperti meningkatkan kepadatan tulang dan merendahkan kadar kolesterol. Manakala, faedah anti-estrogenic terhadap tisu badan seperti payudara, prostate dan rahim, pula dapat merendahkan risiko penyakit kanser. Kebolehan isoflavone dalam merangsang dan menghalang aktiviti estrogen menjadi topik fokus kepada para saintis untuk mengkaji dengan lebih lanjut.

Soya dan kanser payudara
Dianggarkan wanita Asia mengambil isoflavone dari soya antara 25-50mg sehari dan wanita bukan Asia mengambil isoflavone dari soya kurang dari 2mg sehari. Tetapi, kadar kanser payudara di negara Asia adalah jauh lebih RENDAH dari negara barat. Wbp, buat masa ini bukti yg menunjukkan soya dapat merendahkan risiko kanser payudara adalah tidak mencukupi.

Soya dan kanser endometrial
Pertumbuhan kanser endometrial adalah berpunca dari kesan pendedahan terlalu lama kepada estrogen dominan, bermakna kehadiran estrogen tidak diseimbangkan dengan progestron. Jadi, kesan anti-estrogenic dalam isoflavone dikatakan mampu mencegah kanser endometrial. Pernyataan ini disokong melalui hasil kajian ke atas sekumpulan wanita, di mana pengambilan isoflavon soya oleh wanita yg menghidap kanser endometrial dikatakan lebih rendah berbanding wanita yg tidak menghidap kanser. Wbp, bukti menunjukkan isoflavone soya mampu merendahkan risiko kanser endometrial adalah terhad.

Gangguan terhadap paras hormon dan kitaran ovulasi
Meskipun ada kajian menunjukkan isoflavone mampu mengganggu hormon akibat dari estrogenic activity, tetapi banyak kajian menunjukkan isoflavone soya tiada impak ke atas paras hormon wanita. Salah satu dari kajian terkini ke atas 34 wanita yg mengambil 100mg sehari selama setahun, dan tiada sebarang perubahan ditemui pada paras hormon ketika fasa luteal.
Tetapi yg menariknya, dalam banyak-banyak kajian ada satu kajian yg menunjukkan pengambilan isoflavone soya menyekat penghasilan estradiol ketika fasa luteal yg berlaku pada seorang wanita Asia. 

Kesimpulan
Soya isoflavone memiliki sifat estrogenic dan anti-estrogenic pada masa yg sama. Wbp, kebanyakan kajian memberikan kesimpulan bahawa yg bukti ada masih tidak cukup bagi mengatakan soya adalah MERBAHAYA untuk kesihatan mahupun mampu menjadi punca kepada sebarang penyakit. Ini kerana, metabolisme adalah pengaruh yg kuat kuat terhadap kesan biologikal soya isoflavone dan bergantung kepada aktiviti bakteria dalam usus besar yg berbeza bagi setiap orang. Saya berpegang kepada saranan Dr Malinda dalam blog beliau - "Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari" .Dan pastikan soya yg digunakan adalah non-GMO.

Rujukan
http://lpi.oregonstate.edu/infocenter/phytochemicals/soyiso/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3074428/


Punca Rahim Membengkak - Fibroid atau Cyst?

Bismillah...

Isu rahim bengkak memang tengah "hot" sekarang ni. Jadi, saya pun curious nak tahu - kenapa rahim membengkak? Jom baca hasil pemahaman saya melalui pembacaan laman web dan fb Dr Malinda Mohd Ali, Dr Zubaidi dan Dr Hamid Arshat.

Sebenarnya, istilah "rahim bengkak" ini adalah istilah yg lemah (artikel). Doktor sepatutnya memberitahu di manakah punca yg menyebabkan saiz rahim membesar. Sama ada ada ketulan dikesan dan di manakah kedudukan ketulan itu di dalam rahim. Tak kurang juga ramai pesakit yg selalu keliru antara Uterine fibroid atau Ovarian cyst. Kedua-dua ini adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'. Perhatikan di mana kedudukan rahim dan di mana letaknya ovari. Berbeza kan?




Uterine Fibroid
Tidak semua wanita yg ada masalah fibroid mengalami sebarang simptom-simptom yg menandakan mereka ada fibroid. Berdasarkan kajian, 20-50% wanita dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor akibat tidak mengalami sebarang simptom. Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Ovarian Cyst
Ovarian cyst adalah kantung yg mengandungi cecair dan berada di dalam kilang ovari. Cyst adalah sejenis tumbuhan (maksudnya ia mengalami pertumbuhan dan semakin membesar) dan boleh mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair becampur protin, darah beku, darah haid , minyak dan lemak atau lendir. Ia juga boleh disertai dengan tumbuhan daging yang mungkin jenis kanser, rambut, cartilage, tulang dll

"Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement" - Dr Malinda

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Estrogen Yang Berlebihan (Estrogen Dominance)
Ini kerana, pertumbuhan fibroid dan cyst bergantung pada estrogen. Anda lebih berisiko untuk mendapat fibroid atau cyst jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang.
Keadaan hormon tidak seimbang ini biasa terjadi terhadap mereka yg mengalami masalah PCOS dan Endometriosis yang boleh menyebabkan ketidaksuburan atau infertiliti.
Pil perancang atau contraceptive juga boleh menjadi punca kepada fibroid atau cyst kerana ia boleh mengakibat keadaan hormon estrogen yg tidak seimbang.

2. Badan mengandungi Xenoestrogen yang tinggi
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang bermaksud ia boleh berada dalam persekitaran termasuk makanan, air, bahan kimia dari industri ataupun produk penjagaan kecantikan.Walaupun ia bukan estrogen sebenar, ia masih boleh menganggu mahupun merangsang fungsi estrogen dalam tubuh kita.
Xenoestrogen boleh berada dalam phthalates (bahan dlm plastic atau getah), racun serangga (pesticides), tembakau dan banyak lagi.

3. Berat badan berlebihan/obesiti
Bila berat badan berlebihan maknanya tubuh kita ada lemak berlebihan Sel lemak juga berupaya menghasilkan sejenis estrogen dengan bantuan enzim iaitu estrone. Lebih-lebih lagi bila berat badan berlebihan, maka lagi banyak sel lemak yg berupaya menghasilkan estrone. Estrone ini yang digelar "bad estrogen", juga dikatakan punca kanser. Estrone adalah satu-satunya hormon estrogen yang ada setelah menopaus. Selain daripada itu, lemak juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

4. Genetik/Keturunan
Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Simptom fibroid /cyst
- masalah kesuburan
- kerap rasa ingin terkencing/tidak boleh mengawal pundi kencing
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut kembung/membuncit
- pendarahan abnormal

Cadangan bagi mengelakkan fibroid - Dr Hamid Arshat
1. Jika ada ahli keluarga yg ada penyakit ini, perlu ambil langkah berjaga-jaga dari awal. Genetik memang memainkan peranan dalam kesemua jenis penyakit khususnya tumbuhan, kanser , diabetes, darah tinggi dan lain2.

2. Kawal paras hormon estrogen

3. Kawal pengambilan makanan yg mengandungi gula , minyak dan lemak berlebihan kerana ia dapat merangsang penghasilan estrogen.
Ambil makanan yang mengandungi natural progesterone diantaranya ialah keladi liar dan keledek merah dan unggu. Makanlah dalam 2-3 kali seminggu sebagai gantian nasi.

4. Jauhkan minum airdalam bekas plastik kerana ia mengandungi phatalates yg boleh menghasilkan xenoestrogen. Jangan panaskan makanan atau air dalam bekas plastik didalam mikrowave.
Kurangkan juga pengambilan makanan dalam tin.

5. Jauhi penggunaan insecticide, herbicide dalam rumah atau dihalaman rumah. Cuba guna bahan organik untuk tujuan tanam sayuran. Begitu juga produk penjagaan diri, bahan pencuci dapur dan rumah, sebaiknya diubah kepada yang organik.

6. Amalkan pengambilan daging haiwan organik, ini lebih selamat untuk penghidap fibroid, dan endometriosis.

7. Jauhi caffeine, sunflower seeds, kunyit, buah pala yang munkin boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid

8. Jauhi produk yg mengandungi paraben. Cari yg menggunakan minyak sayur sebagai pengawet.

Bagaimana dengan produk soya? Yang ini saya akan share di entri yg seterusnya nanti.

Yang penting, dapatkan konsultasi daripada pengedar Shaklee mahupun pengedar apa jua produk kesihatan yang benar-benar tahu akan masalah kesuburan yg anda alami. Tidak semua supplemen sesuai untuk semua jenis masalah. Jika pengedar itu tidak tahu, cari pengedar lain. Ini kerana, anda bertanggungjawab akan apa yg anda masukkan ke dalam badan anda.

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut mengenai produk Shaklee yg bersesuaian dgn masalah kesuburan anda.
sms/whatsapp/telegram - 0194587610 (SHIKIN)
fb : www.facebook.com/vitaminkesuburan

TIPS MENJAWAB SOALAN "LASER" MASA RAYA NANTI

Bismillah...

"Bila nak ada anak ni, dah lama kan kawin?"

Panas je telinga bila dengar soalan ni kan. Kebiasaannya, kita pun balas balik dengan jawapan yg "laser" juga. Akhirnya, kita ni yang kedengaran macam biadab dan kurang ajar. Of course, kita marah dan bengang sebab orang yg bertanya tu macam tak faham keadaan kita yg memang berusaha nak dapatkan anak. Macam-macam ubat kita makan, ujian itu ini, operate 2-3 kali. TAPI...orang yang bertanya tu tak tahu dan tak faham apa yg kita lalui.

Jangan terlalu negatif bila diajukan soalan macam ni, sebab akhirnya kita sendiri yang akan sakit hati. Raya kita nak seronok tapi jadi sentap pulak, balik gaduh laki bini sebab laki kita relax je macam takda perasaan. Percayalah, suami anda juga ada perasaan tapi beliau memilih untuk tidak terlalu memikirkannya.

Jadi raya tahun ni, jom ubah...jadi POSITIF! Berikan jawapan yangg memberangsangkan bila orang tanya soalan cepumas ni - Bila nak dapat anak?
Jawab dengan senyuman:
- "Insha Allah, tahun depan jika diizinkan"
- "Saya tengah berusaha ni, makcik doa-doakan ya"
- "Kak Bedah dah tak sabar nak bagi duit raya kat anak saya ya?"
- "Nak tunggu anak you besar sikit ni, nanti i menyusul"
- "Belanja saya set Kesuburan Shaklee, boleh tak?" ;)
Secara tak langsung, jawapan kita ni umpama doa dan semangat untuk diri kita sendiri.

Ya, memang tak senang nak tukar dari negatif kepada POSITIF. Kena cuba. Bukan sebab kita nak gembirakan hati orang lain tapi sebab nak gembirakan hati sendiri. Sebab kita nak pelihara hati dan minda kita dari perkara negatif. Cuba ingat balik, apakah perasaan kita masa kita beri jawapan yg negatif macam ni:
- "Tak tahulah, belum ada rezeki"
- "Ko sibuk-sibuk sangat nak tahu ni kenapa?"
- "Entah..."
Rasa sedih, marah, bengang, takda mood, sentap, stress kan? Tapi kalau anda rasa puas hati bila beri jawapan-jawapan macam ni, something is not right.

Hakikatnya, orang memang akan sentiasa bertanya. Hatta anak dah dua orang pun (saya lah tu), orang masih akan bertanya...bila nak tambah lagi? Jadi, BE POSITIVE.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Semoga hari-hari terakhir Ramadhan ini dimanfaatkan sepenuhnya
Ikhlas dari, Shikin - your helpful Shaklee agent :)
sms/whatsapp: 0194587610